default

Pro Kerajaan Perpaduan diminta jangan berkempen di Manik Urai

on Sunday, June 14, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Manek Urai: KPP minta penyokong k'jaan perpaduan jangan berkempen
Jun 14, 09 5:37pm
Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan meminta pemimpin PAS yang menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, supaya tidak menyertai kempen parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manik Urai pada 14 Julai ini.

Timbalan Presidennya, Yap Kok Seng berkata ini kerana penglibatan sesetengah pemimpin itu hanya akan mengelirukan pengundi dan penyokong PAS di kawasan itu berhubung isu berkenaan, lapor Bernama.

"Kami Kelab Penyokong PAS tidak mahu pemimpin yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan itu turut berkempen dalam pilihanraya DUN Manik Urai kerana ia boleh mengelirukan rakyat, khasnya pengundi PAS kawasan itu jika mereka memperkatakan isu itu.

"Jadi, lebih baik mereka jangan datang berkempen dalam masa kempen pilihanraya DUN Manik Urai kali ini," katanya.

Khamis lalu, Nik Aziz membidas pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".

Nik Aziz dilaporkan berkata beliau tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu untuk menyokong Pakatan Rakyat.

Beliau juga dilaporkan berkata suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno.

Laporan minggu lalu itu turut memetik Nik Aziz sebagai berkata, isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh presiden PAS, bukannya menggambarkan kehendak PAS.

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya dalam laporan tersebut.

sumber : Malaysikini.com

Komen PB

Apabila kuasa politik Melayu lemah maka kaum lain mula mengugut dan menuntut macama-macam. Kini 2 parti terbesar Melayu iaitu UMNO dan PAS menghadapi situasi ini , UMNO menghadapi ugutan oleh MCA dan Gerakan yang mahu keluar BN dan PAS pulak dari DAP yang mahu PAS minta maaf berhubung cadangan Hadi mahukan kerajaan perpaduan UMNO-PAS . Fikir-fikirlah sebelum tanah air nenek moyang kita ini tergadai ..

default

Presiden PAS perlu minta maaf dan dengar arahan DAP dan PKR

on Friday, June 12, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Presiden PAS perlu minta maaf dengan DAP, PKR - Karpal

PULAU PINANG: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu meminta maaf kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mencadangkan perbincangan isu kerajaan perpaduan dengan Umno kerana jelas ia tidak jujur, kata Pengerusi DAP Karpal Singh.

Katanya DAP mengkritik para pemimpin PAS setiap kali mereka mengeluarkan kenyataan yang melampau.

"Hadi Awang telah memalukan pakatan pembangkang dan selepas ini beliau kena berfikir dua kali sebelum bercakap," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS dalam nada penuh emosi dan marah dipetik sebagai berkata bahawa pemimpin ini (pemimpin PAS) mahu merosakkan parti itu.

"Malah Nik Aziz secara terbuka mengkritik rakannya dalam PAS kerana menyokong agenda perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno," k
atanya.

Katanya DAP juga tidak membiarkan walaupun Abdul Hadi yang mencadangkan perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno baru-baru ini.

Komen PB

Memalukan !! Hadi Awang baru mengekalkan jawatan sebagai Presiden PAS dalam Muktamar lepas kena pulak pergi sujud dan mohon maaf kepada DAP dan PKR . Itu lah PAS perlu sedar diri semula ,PAS paling rendah dalam jumlah kerusi di Parlimen berbanding DAP dan PKR . Bagaimana PAS hendak membuat keputusan sendiri dan ingin menjadi dominon dalam PR jika kerusi mereka di Parlimen sedikit . PAS hanya kuda tungangan sahaja dalam PR ..tidak boleh cakap dan menyuarakan langsung pendapat .Isu SIS pun dikecam hebat oleh PKR dan DAP.

default

Forum Perdana : Politik - Agenda Perubahan

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Satu Forum Perdana bertajuk Politik :Agenda Perubahan akan diadakan di Institut Al Qayyim ,Mengkuang , P.Pinang. Ahli panel yang terlibat ialah Dr Asri Zainal Abidin, Ustaz Mohd Afandi Yusoff ( Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Malaysia ) dan Ustaz Azman Shapawi ( Timbalan Ketua Pemuda PAS )

Sila hubungi pihak penganjur untuk sebarang pertanyaan:

Institut al-Qayyim,
458B MK18, Mengkuang,
14000 Bukit Mertajam,
P.Pinang
Tel/Faks: 04-5222691

Hadirin Muslimin dan Muslimat dijemput hadir ke masjlis ilmu i

default

Adun DAP Jawi nak letak jawatan pulak gara-gara RM 2000

on Thursday, June 11, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


1. Isu rasuah dan penyelewengan sekali lagi menghantui Khalifah Umar Abd Aziz Pas iaitu LIM GUAN ENG .Kali ini kita ke selatan pulak di Seberang Perai iaitu ADUN JAWI Tan Beng Huat yang telah menyerahkan surat perletakan jawatannya tanpa tarikh kepada pucuk pimpinan parti itu hari ini . klik d sini

2.Melihat sendiri senario pemerintahan DAP-PKR di PP ini yang seperti cakap tak serupa bikin dan ibarat seperti meludah ke langit dan kena muka depa balik .Mereka dulu cukup hebat mengutuk dan menuduh kerajaan BN dahulu banyak rasuah dan terlibat dalam skandal tanah . Kini apa yang mereka tuduh BN itu sudah pulang balik kepada mereka.LGE pada awal-awal pemerintahannya punya lah gah memperkenalkan CAT sebagai prinsip yang perlu dipegang dalam membentuk pentadbiran negeri, namun apa yang dapat dilihat kini adalah kegagalan pemimpin bawahannya untuk menggalas prinsip tersebut yang dibuat oleh mereka sendiri .

3.Sebelum ini kes fairuz khairudin yang dikatakan salahguna kuasa dan terlibat dalam isu kuari sehingga membawa ke perletakan jawatan dan diadakan PRK Penanti .

4. Terbaru ,kes di DUN Jawi yang diwakili oleh DAP telah didapati membuat tuntutan sebanyak RM2000 bagi urusan pembelian set audio visual untuk diserahkan kepada sebuah pertubuhan orang-orang Cina dalam kawasannya. Menurut sumber, pembelian set tersebut yang merangkumi sebuah television dan pemain cakera padat hanyalah sekitar RM450 sahaja.

5.Adun DAP itu menafikan berlakunya salah laku berhubung penajaan RM2,000 untuk pertubuhan amal. Beliau berkata, pihaknya meluluskan permohonan penajaan itu dan tidak terbabit dalam pembelian set televisyen dan pemain cakera padat.Katanya lagi, beliau terkejut apabila diberitahu nilai barangan yang dihantar kepada pertubuhan berkenaan kurang daripada RM2,000. Tan juga turut mengesahkan pegawai SPRM sudah mengambil kenyataan daripadanya. Malah, beliau berkata, tuduhan ketua bahagian DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong, terhadapnya berasaskan agenda peribadi.

6. Itu lah wahai Pakatan Rakyat, jangan anggap pemimpin anda semuanya maksum dan tidak melakukan dosa. Tamak dan mudah gelap mata apabila berdepan dengan wang kini sudah di depan mata anda . Dahulu boleh la anda cakap pemimpin BN rasuah tetapi kini Pakatan sudah ada kerajaan sendiri , isu rasuah ini tidak mustahil boleh berlaku .

default

Badrul Amin kutuk Mufti Perak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 15 Comments



Komen PB

Ini apa punya ustaz badrul amin ,pakai kopiah saja maki hamun dan mencaci Mufti Perak ,Zambry dan Sultan . Kajian apa dia buat kata ribut di Lumut dikatakan gempa bumi . Muka hang ingat elok sangat dok kata muka orang tak elok . Insaf la wahai Ustaz ,namanya sahaja tapi kutuk dan maki orang itu tak berdosa ka . Inilah wajah ustaz akhir zaman ,merekalah yang membawa fitnah akan tetapi fitnah itu akan kembalik kepada mereka akhirnya .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.