default

Pemuda DAP tunjuk hero buat laporan polis

on Sunday, February 15, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Laporan polis terhadap Khairy

IPOH 14 Feb. – Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) membuat laporan polis terhadap UMNO dan Naib Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin kerana menganjurkan perhimpunan haram di Padang Sultan Abdul Jalil di sini Isnin lalu.

Laporan itu dibuat oleh Naib Pengerusinya, Wong Kah Woh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning, kira-kira pukul 10.50 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini.

“Berdasarkan laporan media, ucapan Khairy pada perhimpunan itu secara jelas berniat menggalakkan kekerasan digunakan terhadap bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin,’’ katanya ketika ditemui di perkarangan IPD Ipoh di sini hari ini.

Beliau berkata, polis perlu mengambil tindakan secara adil ke atas semua pihak tanpa mengira parti politik.

www.utusan.com.my

Komen PB

-Apabila pemimpin UMNO Datuk Khir ditahan polis ,baru la Pemuda Dapsy ( seperti nama awek Donald Duck ) mula tunjuk hero membuat laporan polis .Sekarang ini baru DAP ini kalut buat report polis ,sedangkan mereka ini buat bodoh dan pekak lebih daripada 90 laporan polis dibuat kepada Pengerusi DAP Karpal Singh yang mahu saman Sultan .

-Adakah salah Khairy Jamaluddin bersama-sama Pemuda UMNO Perak ,MP Pasir Salak Datuk Tajuddin Abd Rahman mempertahankan kedaulatan Raja -Raja Melayu dan ketuanan Melayu daripada penderhaka -penderhaka yang biadab dan berani membuat rusuhan ketika perlantikan Menteri Besar baru .

-Di dalam perhimpunan itu ,Khairy sendiri menasihatkan semua yang hadir agar menjaga tata susila dan tidak mengeluarkan kata-kata kesat ,maki hamun serta mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pihak polis yang menyuruh bersurai selepas itu

-Tiada kecederaan yang tidak diingini berlaku ,tiada cermin kereta pecah ,tiada kenderaan polis dan harta awan yang rosak . Ini menunjukkan perhimpunan ini aman dan sopan berlainan dengan rusuhan oleh Pakatan yang ganas dan sanggup berani mati tidur atas jalan bagi menghalang kereta Raja Muda Perak . Wahai Pemuda DAP ,jangan tunjuk lagak kerana pemimpin parti anda memang biadab dan berani menderhaka kepada Raja-Raja Melayu .

-saya setuju dengan blog Sdr SUKJ gelaran yang paling bagus untuk mereka ini iaitu BABI MUDA klik di sini

default

Plus mahu naikkan tol 5 peratus Mac

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


KUALA LUMPUR: Plus Expressways Berhad (Plus) dijangka menaikkan kadar tol sehingga lima peratus bagi semua lebuh raya dikendalikannya mulai bulan depan jika kerajaan tidak membuat tawaran pilihan sama ada memberi pampasan atau melanjutkan tempoh konsesi.

Sumber Plus berkata, unjuran kenaikan lima peratus itu dibuat berdasarkan keadaan ekonomi semasa dengan mengambil kira beban terhadap pengguna dan unjuran itu hanya separuh daripada kadar kenaikan 10 peratus yang dibenarkan dalam perjanjian konsesi.

Katanya, keputusan itu belum muktamad kerana kerajaan belum menyatakan pendirian berhubung perkara terbabit, yang perlu mendapat kelulusan Kabinet. klik di sini

Komen PB

- Tidak patut Plus Exspressway iaitu anak syarikat induk UEM Group meminta kadar tol dinaikkan dalam ekonomi negara yang mengalami kemelesetan ,pekerja dibuang ,dan barangan mahal . Saya yang berkerja sendiri dalam anak syarikat UEM sendiri tidak bersetuju dengan langkah PLUS mendesak kerajaan menaikkan kadar tol dalam keadaan sekarang ini.

- Kita berharap Menteri Kerjaraya Datuk Ir Zin Mohammad dan Perdana Menteri tidak melayan sebarang tuntutan PLUS ini yang hanya memikirkan keuntungan dan KPI mereka sahaja tanpa mengambil kira kesannya kepada Rakyat jika kadar tol ini dinaikkan.

default

Khir toyo pun nak demontrasi juga ..

on Friday, February 13, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


tak ku sangka ada lagi demontrasi tapi yang ini diketuai oleh Khir Toyo didatangkan khas dari Selangor turun mai Penang bersama 3 Ketua Pemuda bahagian iaitu Pemuda bahagian aku iaitu Permatang Pauh Cikgu Zaidi Said ,Pemuda UMNO Tasek Gelugor dan Pemuda UMNO Kulim bandar Baharu .klik di sini

Jarang kita jumpa demontrasi ini dibuat di depan rumah orang malah kebanyakan yang buat bantahan di seluruh negara ini selepas hingar dan riuh itu pergi buat laporan polis di balai .Selalunya di Malaysia ini orang membuat bantahan atau demontrasi ini di pejabat dan kawasan tumpuan umum . Tetapi sudah ada blog yang telah menganggap Khir ini pemuda berani kerana telah ditahan polis bersama ketua2 pemuda lain berbanding demontrasi menentang penderhaka di bumi Perak yang lagi hebat dan ramai di Ipoh dianjurkan oleh Pemuda UMNO Perak .Kenapa Khir dengan tiba-tiba muncul di Pulau Pinang berdemontrasi dan bukan bersama membantu Pemuda Selangor dan Wilayah ketika membuat bantahan di pejabat Karpal di Jalan Pudu baru-baru ini .

Tapi sayang perhimpunan beliau gagal dan ditahan oleh polis dan layakkah khir diangkat sebagai Pemuda Berani seperti blog ini ?? Ini kerja cukup senang pun susah ke hendak buat

Ini bukan berani namanya tetapi berlakon nak tunjuk Hero yang berjuang lone ranger
Sepatutunya kita kena bersatu dalam satu pasukan dan bukan menjadi striker solo dalam memburu jaringan gol .

default

Jangan biadab - titah Sultan Selangor

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj hari ini melahirkan perasaan amat kecewa dengan apa yang baginda sifatkan sebagai gelagat biadab terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini.

"Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan baru kerajaan negeri Perak barubaru ini, yang sehingga membawa kepada gelagat biadab terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan Beta" titah baginda dalam satu kenyataan akhbar khas yang dikeluarkan dari Istana Alam Shah di sini.

Dalam kenyataan tiga muka surat itu, Sultan Selangor menasihatkan pihak yang mencabar hak, peranan serta kedudukan Raja-Raja yang dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan supaya menggunakan pertimbangan akal yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita, janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji serta biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa," titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah bahawa rasa kecewa dan dukacita dirasai baginda lebih-lebih lagi kerana Sultan Azlan adalah ayahanda saudara baginda dan keluarga Diraja kedua-dua negeri mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

Menurut baginda, Sultan Azlan Shah dikenali sebagai seorang tokoh yang tinggi ilmu serta berpengalaman dalam perkhidmatan perundangan dan kehakiman sesuai dengan kedudukan Sultan Perak itu sebagai bekas Ketua Hakim Negara.klik di sini

Sultan Selangor juga telah murka dan Siapa yang derhaka yang dimaksudkan oleh baginda ??

1. Anwar Ibrahim
2. Nizar Jamaluddin
3. Karpal Singh
4. Konco2 Pakatan Rakyat seperti Ngeh ,Nga ,
4. Penyokong taksub Pakatan

default

Perhimpunan Besar-besaran Menjunjung Setia "Daulat Tuanku" 19 Februari Ini

on Thursday, February 12, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 11 Comments



Oleh Kazman Kamal

Kuala Lumpur -- Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) akan menganjurkan satu perhimpunan Menjunjung Setia "Daulat Tuanku!" secara besar-besaran di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur 19 Februari ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perhimpunan tersebut bukan bertujuan untuk mencipta dan bermusuh dengan mana-mana pihak tetapi untuk menyatukan suara hati generasi muda secara lebih tersusun dan konstruktif bagi menyatakan sumpah taat setia dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kedaulatan Institusi Raja-raja dan Sistem Raja Beperlembagaan.

Jelas beliau pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili pelbagai golongan masyarakat, termasuk kelompok profesional, bukan profesional, pertubuhan politik, agama, kebajikan dan seni pertahanan diri diseru untuk menyertai perhimpunan terbabit.

"Adalah menjadi harapan Pemuda BN bahawa perhimpunan ini akan menjadi satu indikator kepada seluruh masyarakat bahawa kita semua boleh berpolitik dan berbeza pandangan dengan mana-mana pihak termasuk dengan pihak istana sekalipun tetapi ianya tidak boleh melampaui batasan susila.

"Kesedaran bahawa hukum perundangan adalah hukum yang sah dari segi perlembagaan adalah perlu tetapi jatuh letak sesuatu pihak dalam usaha mengheret institusi raja ke ruang pengadilan hanya kerana dibayangi oleh sentimen politik dan kuasa adalah sesuatu yang dangkal dari segi nilai dan pemikiran.

"Ia tidak boleh sama sekali dibiarkan menjadi amalan kita kerana dibimbangi berkecenderungan akan menjadi satu budaya", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.


Justeru tegas baliu perhimpunan tersebut berpendirian untuk mempertahankan kedaulatan institusi Raja dan akan mengambil tanggungjawab mempertahankan kemuliaan Sultan-sultan dari sebarang bentuk yang merendah, mencemuh, mempertikai dan menghina institusi Raja oleh mana-mana pihak sekalipun, yang dilakukan sama ada secara perbuatan mahu pun pengucapan.

"Perhimpunan ini juga diharapkan akan menjadi titik tolak mutakhir agar rakyat dapat melihat semula secara lebih positif hubungan harmoni antara Istana dan rakyat dengan berlandaskan adat dan tradisi bangsa turun temurun, dalam semangat negara berperlembagaan dan rakyat bersultan.

"Selama ini, Institusi Raja-raja telah berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama", ujarnya.

Beliau berkata senario politik terbaru di negeri Perak ternyata telah membuka lembaran baru kepada sejarah negara ini.

Institusi raja yang selama ini dipandang mulia dan tinggi oleh rakyat yang terbanyak tambahnya telah mulai dilihat sebagai sebuah institusi yang negatif oleh kelompok-kelompok rakyat yang tertentu.

"Tindakan-tindakan yang dilakukan bermula dengan demonstrasi dan akhirnya ke peringkat menyaman terhadap Ke bawah DYM Sultan Perak telah menyebabkan berlaku kekeliruan kepada rakyat tentang institusi raja dan perundangan.

"Persepsi negatif yang dibina oleh pihak-pihak tertentu ini, ternyata sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan telah mencalar dan memalukan institusi Raja Berperlembagaan di negara ini yang merupakan sebahagian daripada sejarah dan sistem berkerajaan di bumi Malaysia ini", ujarnya.

pemudaUMNO.org.my

komen PB

Syabas kepada Ketua Pemuda UMNO Dato Seri Hisyamuddin dan kepimpinan Pemuda UMNO yang mahu menganjurkan Perhimpunan Menjunjung Setia Daulat Tuanku di PWTC minggu hadapan tatkala sekelompok bangsa Melayu sendiri menyokong Karpal dan Nizar menderhaka Sultan Perak . Di masa inilah pemimpin Pemuda UMNO harus menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kita membela bangsa kita yang sedang dihina sekarang .Saya sedih melihat hanya beberapa pemimpin Pemuda UMNO seperti YB Khairy ,Datuk Azeez ,Zainol Fadzi ,Datuk Reezal Marican yang berani bangun menentang Karpal da Nizar yang telah menghina Raja kita . Ke mana hilangnya suara calon-calon lain seperti Muhkriz ,Khir ,dan calon-calon Exco lain ?? Pada 19 Feb ini kita harap semua pemimpin Pemuda UMNO dapat bergabung dan berganding bahu bersama-sama mempertahankan daulat Raja dan bangsa Melayu. Hidup UMNO !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.