default

Saya rela menjadi Mangsa dari menjadi seorang biadab

on Sunday, November 16, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 14 Comments



Apabila saya membaca akhbar alternatif SIASAH terbaru ,saya lebih berminat berita mengenai temuramah oleh Editor SIASAH MSO . Temuramah ini merupakan kali pertama dan YB KJ sedia ditemuramah oleh akhbar itu . Kemunculan KJ di dalam arena politik negara menimbulkan banyak kontroversi ,fitnah dan pelbagai tohmahan .Apakah persepsi terhadap beliau merupakan realiti atau pun retorik untuk memburukkan imej beliau sebagai calon Ketua Pemuda UMNO ?

Di dalam temuramah itu ,beliau telah memberi pandangan tentang permasalahan dalam UMNO dari pandangan seorang anak muda iaitu UMNO perlu perubahan dan pembaharuan untuk menarik minat orang muda kepada UMNO. UMNO perlu tonjolkan lebih terbuka ,lebih inklusif dan bukannya imej elite yang tidak berpijak di bumi yang nyata.

Selain itu ,beliau juga menerangkan kaedah2 yang akan digunakan untuk menarik golongan muda iaitu tidak hanya mengadakan program untuk Pemuda sahaja,malah perlu bersama dengan generasi muda di luar . Turun padang dan bertemu golongan muda di setiap negeri di sesi dialog bersama golongan muda ,town hall meeting merupakan antara idea-idea bernas KJ untuk menarik orang muda kepada UMNO.

Saya cukup tertarik soolan ini dan YB KJ telah menafikan tuduhan mengenai pembahagian projek2 kepada ketua2 pemuda.

" Seperti yang saya cakap dalam interview saya akhir-akhir ini ,ada usaha nak buruk dan menjatuhkan saya.Dilempar tuduhan saya kaya ,main projeklah dan macam-macam.Ini semua semata-mata untuk menjatuhkan imej dan secara tidak langsung tempiasnya kena kepada PM. Memang saya terima padahnya hari ini dengan pencalonan begitu rupa .Tetapi saya tidak mudah patah semangat,saya berjumpa dengan perwakilan saya exlain.Kalau saya tidak explain maka ia akan terima saja aa yang dia dengar itu "

Selain itu ,KJ apabila ditanya mengenai tuduhan yang dilemparkan oleh Tun dan beliau bersikap tidak menjawab ,ini jawapan KJ

" Beginilah ..segala tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar.Tetapi saya memilih untuk diam sebab saya rasa tidak sesuai saya jawab kepada seorang Negarawan yang semua orang hormat. Saya rasa untuk menjawab yang Tun berpendapat sedemikian kalau perkara itu mempengaruhi pendapat orang ramai tidak apalah yang saya boleh buat,memang kod diri saya dan kod budaya kita tidak elok kita menjawab .

Kita kadang-kadang nak menjawab dengan fakta dan sebagainya ,tapi bekas PM..orang lama ..tak elok .SAYA RELA MENJADI MANGSA DARIPADA MENJADI BIADAB "






Debat

KJ juga menghuraikan debat antara calon Ketua2 Pemuda ini baik,diadakan dalam tertib dan sebagai platform terbaik untuk calon2 tunjukkan perubahan apa yang hendak di bawa. Sebenarnya debat itu sendiri adalah perubahan dalam UMNO dan UMNO perlu lebih terbuka. Tafsiran Muhkriz bahawa pemilihan UMNO ini adalah hal dalaman UMNO ini yang masalah dan persepsi orang UMNO ini tertutup. Debat ini juga boleh kita tonjolkan bahawa kita bukan parti perkauman kepada kaum lain dan gagasan Melayu boleh dibawa dalam agenda kebangsaan .


Untuk semua perwakilan Pemuda ,jangan menilai seorang itu dari mendengar cerita dari orang tanpa mengetahui cerita sebenar @ mengenali peribadi beliau . Jika ada kemusykilan lebih baik terus ke bertanya kepadanya sendiri @ berjumpa. Betul lah apa yang dilakukan oleh Khairy, biar lah kita menjadi mangsa dari kita di cop sebagai biadab. Kita tidak akan dipanggil hero apabila kita biadab dan kurang ajar kepada yang lebih tua kepada kita. Kini Mukhriz telah di anggap sebagai biadab dan apabila Pak Lah telah membuat keputusan untuk mengundurkan diri , rakyat mula terasa, merasai , mula membuka mata dan nampak kebaiadaban anak kepada Tun Mahathir ini kepada pemimpin tertinggi UMNO ini.

" jangan kita tutup hati dan minda kita atas rasa kebencian dan ketaksuban kepada seseorang "


klik link:Saya lebih rela menjadi mangsa dari menjadi seorang biadab

default

Swot Analysis KJ

on Friday, November 14, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


SWOT analysis adalah satu analisa yang biasa digunakan sebagai kaedah mengkaji dan menilai sesuatu subjek atau strategi secara sistematik dan metodologikal. Ia meliputi kajian dari perspektif dalaman iaitu kekuatan dan kelemahan serta pendekatan dari perspektif luaran yang meliputi ancaman dan peluang.

Untuk itu, susunan artikel ini mencuba untuk membuat satu analisa SWOT kepada ketiga-tiga calon KP yang bertanding. Dalam Siri 1, kita cuba menilai KJ dahulu:

Khairy Jamaluddin

Kekuatan

(1) Beliau merupakan calon yang mempunyai karisma; kekuatan, kepetahan dan kapasiti intelek yang tinggi dan diakui ramai, mendapat pindidikan dari university tersohor, Oxford University, serta pemikiran yang mencapah

(2) Beliau mempunyai kekuatan inkumbensi selaku Naib Ketua Pemuda UMNO dan jaringan sokongan kenalan. Ia jua mempunyai kekuatan organisasi hasil daripada gerak kerja, pendedahan dan penglibatan dalam UMNO sejak 1999 lagi serta jawatan-jawatan Exco dan jawatan kuasa yang di pegang, termasuklah projek atau gerak tindakan khas Pemuda UMNO

(3) Beliau merupakan calon termuda pada usia 32 tahun. Ini memberi kekuatan tenaga di samping membawa wajah muda yang boleh dirantaikan kepada generasi muda sekarang. Pada usia ini, beliau lebih memahami dan menjiwai nawaitu, iltizam, kehendak dan masalah yang dipendam dan dirasai oleh hati-hati orang muda

(4) Kekuatan dari segi pandangan ramai bahawa beliau adalah menantu Perdana Menteri. Namun begitu faktor ini tidak lagi menjadi kekuatan utama beliau cetusan dari keputusan Pak Lah untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda.

(5) Prestasi beliau sebagai seorang Ahli Parlimen jua terserlah sebagai salah seorang Ahli Parlimen yang lantang dan bijak berbahas.

(6) Pengalaman sebagai penulis di Economist, kajian dasar semasa bertugas di pejabat PM dan TPM, serta sebagai Pengarah di Syarikat Kewangan dan Pelaburan memberi kelebihan dan pendedahan berguna sebagai calon bakal KP

(7) Tema Setiakawannya begitu inklusif dan merangkumi bukan sahaja Pemuda UMNO, tetapi Pemuda BN dan golongan muda se Malaysia.

Kelemahan

(1) Beliau adalah mangsa serangan dan propaganda pembunuhan peribadi yang berterusan dan terancang , hatta menyalahkan beliau atas segala isu, termasuklah yang berkait dengan PRU 12

(2) Kurang dan lambatnya usaha menjawab dan memerangi tohmahan yang dilontarkan kepada beliau

(3) Beliau dianggap sombong, elitis dan bongkak oleh pengkritik beliau

(4) Hasil keputusan Pak Lah untuk tidak bertanding, memperlihatkan seperti adanya penyokong yang berubah haluan dalam proses pencalonan.

Peluang

(1) KJ sekarang dilihat sebagai seorang yang begitu memperjuangkan isu dan prinsip keterbukaan, ketelusan dan perbincangan yang berhemah sepertimana dalam forum UKEC, cadangan debat bersama calon KP UMNO yang lain serta yang terbaru adalah pelawaan debat bersama KP PAS, YB Salahuddin Ayub tentang isu ISA. Ini semua mencerminkan bahawa KJ sekarang adalah seorang yang mencerminkan kehendak masyarakat median dan golongan muda zaman ini.

(2) KJ juga dilihat begitu mudah didekati, wajahnya pula tampak manis dengan senyuman dan tangan yang murah menyapa dan dan bersalam dengan semua, terutama golongan kampong dan desa. Ini menggambarkan imej KJ yang manis kepada semua.

(3) Dengan keputusan Pak Lah tadi, mungkin inilah masanya KJ dilihat dan dinilai dari daya upaya kandidasinya sendiri

(4) Sepetimana kekuatan tadi, segmen muda adalah segmen idealis yang kadang-kala berubah mengikut rentak dan angin, terutama sekali dari impak idealisme dan pendekatan ikon yang mendekati mereka. Dalam hal ini, KJ merupakan calon yang paling terbaik dari semua calon-calon lain yang sudah luput usia dan tiada stamina, kekuatan, kepandaian dan idea mendekati golongan muda ini.

Ancaman

(1) Ancaman beliau masih lagi dari segmen serangan peribadi dan propaganda pembunuhan karakter yang telah di buat bertahun-tahun lamanya. Namun, strategi dan pendekatan pihak musuh seperti ini pasti ada kepenatan staminanya kerana lambat laun elemen kasihan akan muncul dan perasaan tak patut akan menjelma. Jua, muak pun akan datang.

(2) Dari segi upaya pembiayaan, calon-calon lain mempunyai empayar perniagaan serta track record sebagai kepala syarikat dan ketua negeri. Ini memberikan mereka added advantage.

(3) Adanya pihak yang menganggap sokongan kepada calon lain sebagai fenomena sokongan akar umbi, tetapi hasil kajian blog ini dalam artikel sebelum ini menggambarkan sebaliknya.

Secara keseluruhan dan keseimpulannya: KJ mempunyai gerombolan kekuatan dan peluang yang boleh di adun bersama untuk mengatasi segmen kelemahan dan ancaman beliau. Akhirnya, KJ kita lihat KJ mempunyai competitive dan comparative advantage yang lebih tinggi dari calon-calon lain, terutama dalam memenangi hati dan jiwa golongan pengundi muda.

pro.khairy.com

default

Apabila kita terlepas cakap ...

on Thursday, November 13, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 13 Comments


Pejuang bangsa amat terkejut dengan kenyataan muka depan Sinar harian "Perdana Menteri tidak semestinya Melayu: Tun " .

Tun memang terkenal dengan sindirian tajam dan pedas untuk didengar tetapi kesannya kepada UMNO terutamanya dan BN cukup mendalam .Pakar Perlembangaan Rais Yatim ,pemimpin2 UMNO ,Perkasa ,dan lain serta ahli akademik seperti Prof2 sibuk mempertahankan ketuanan melayu dan bangsa Melayu masih belum boleh menerima PM bangsa lain . Pendapat saya lah Kata-kata yang diucapkan oleh Tun sejak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan keluar dari UMNO adalah punca terbesar mengapa Barisan Nasional tidak kuat dan UMNO berpecah pada hari ini.

Mahathir sehingga sekarang ini masih lagi percaya bahawa dia adalah Pemimpin yang paling bijak, dan semua kata-kata yang diucapkan memberi kesan baik kepada parti dan kerajaan walaupun beliau bukan lagi ahli UMNO.Cuma kesannya ialah beliau cakap semua itu seperti tidak fikir kesannya malah boleh memudaratkan parti .

Pastinya kenyataan itu mendebarkan perasaan setiap Melayu yang mendengarnya. Ramai yang gelabah dan gelisah mendengar pengucapan beliau berkenaan Perdana Menteri Malaysia di masa hadapan boleh menerima sesiapa sahaja asalkan beliau mendapat sokongan majoriti.Kenyataan terkini oleh Dr.M perlu dipandang serius oleh semua pihak khususnya oleh ahli-ahli UMNO.


Apakah di sebalik kenyataan beliau ialah penyatuan Melayu yang amat-amat diperlukan di saat sebegini. Beliau berkali-kali menegaskan sesiapa sahaja yang mempunyai sokongan majoriti akan layak secara automatik menjadi Perdana Menteri. Ini juga merupakan peringatan kepada Melayu-melayu yang memperjuangkan hak-hak kesamarataan yang belum tahu apa akibatnya di masa hadapan.

atau

adakah dia mahu pepecahan di dalam UMNO di saat semua pemimpin UMNO dari pusat ke bahagian dan ahli-ahli UMNO sedang bertungkus lumus untuk menguatkan semula parti UMNO tiba-tiba dengan melepas cakap 'melepaskan' satu letupan bom seakan-akan mahu meranapkan terus parti UMNO dalam PRU 13.

Mana dia penyokong2 Tun dan anak2 dan team Gergasi mereka yang cakap hebat mahu kita akan pertahankan hak orang melayu dan ketuanan melayu ??? Tidak kesian ke melihat bagaimana Gabungan Melayu Perak bersusah payah berarak hantar memorandum ke Sultan Perak untuk mempertahankan institusi Raja Melayu ,pelembagaan persekutuan ,agama islam dan kontrak sosial .

Hakikatnya , Tun tidak Iklas dalam perjuangan, sebab itulah Perjuangannya Tidak Mungkin Akan Selesai..

Dan amat malang bagi Mukhriz kerana dia terpaksa menanggung beban yang dimulakan oleh ayahnya.

Ikuti transkrip sidang media tersebut.

Soalan 1

Ramai yang bercakap soal Perdana Menteri bukan Melayu, pandangan Tun mengenai isu ini?

Tun Mahathir: Bila anda bercakap berkenaan bukan Melayu sebagai Perdana Menteri (PM) anda adalah bersifat perkauman, tetapi sama ada Melayu atau bukan Melayu jika ia diterima oleh majoriti masyarakat Malaysia ia boleh jadi Perdana Menteri, bukan macam (Perdana Menteri) Singapura yang mana telah menerangkan bahawa mereka tidak menerima Perdana Menteri dari bukan dari kaum Cina. Di sini (Malaysia), undang-undang mengatakan sesiapa boleh menjadi PM, dan ia tidak semestinya orang Melayu sahaja. Tetapi ia mesti ketua kepada majoriti parti, itu dia spesifikasinya. Jika diterima oleh rakyat Malaysia, ia boleh jadi (PM) sama ada Cina, Melayu, India asalkan dia bangsa Malaysia.

sinarharian

default

Blog terbaru muncul untuk sabotaj geng PRO KJ

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Hari ini saya terkejut apabila membaca di dalam blog Pro KJ satu blog selamatkan umno ,dan blog pejuang bangsa juga terbabit dalam link nya.Yang peliknya semua link dia adalah blogger kebanyakan pro KJ dan juga link menteri-menteri seperti syabery chik dan azalina.

Saya menafikan terlibat dalam mengendalikan http://www.selamatkanumno.blogspot.com/ yang menyerang Bakal Perdana Menteri , Datuk Seri Najib dengan cerita-ceirta kes pembunuhan Altantuya dan juga pembebasan Razak Baginda kini hebat di promosikan oleh pengendaliblog berkenaan.

Jika kita tengok , blog ini cuba memburukkan calon Ketua Pemuda UMNO , Khairy Jamaluddin dengan memaparkan link-link laman yang pro kepada Khairy Jamaluddin secara tidak langsung, Laman ini telah memaparkan link kepada SUARA SUKJ , http://www.prokhairy.com/ , Kulit Pisang Pejuang Bangsa , ::Pemuda Berani:: dan yang menariknya di kaitkan juga dengan blog jejak Azalina.


Saya melihat blog ini bertujuan untuk melagakan orang-orang Najib dan orang-orang Khairy Jamaluddin . Cuma kita harap baik hentikan lah semua ini sebelum ia akan menjadi lagi parah .Maybe akan ada pulak nanti tindakan balas kepada pihak yang melakukan ini .

Blog Pejuang Bangsa adalah penyokong setia DS Najib Tun Razak seperti blog2 lain yang pro KJ . Kami juga tidak akan menikam Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dari belakang. Kita menyokong siapa Presiden UMNO yang dipilih oleh Pak Lah dan Najib calon yang terbaik .

default

Mujur Mukhriz tidak mahu berdebat, jika tidak.....-tepak bersulam

on Wednesday, November 12, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments


Written by byzura
Tuesday, 11 November 2008

Agak terkedu sebentar dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan tidak betul, tidak tahulah sama ada saya yang memang bodoh ataupun kenyataan yang saya baca ini sebenarnya bodoh. Terperanjat mendengar kenyataan Mukhriz, calon hebat Pemuda UMNO dalam wawancara bersama akhbar The Star, Datuk Mukhriz Mahathir mengeluarkan beberapa kenyataan yang sukar saya mempercayai walaupun saya bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi tetapi tidaklah bodoh sangat untuk menilai kebijaksanaan seorang pemimpin.
Jelas bahawa walaupun beliau anak kepada Tun Dr Mahathir, namun ilmu yang dimiliki belum cukup lagi untuk menjadi seorang politikus yang baik seperti ayahnya, sesetengah keterangan dan jawapannya menonjolkan betapa lemahnya beliau dalam pemikiran dan rumusan terhadap sesuatu fenomena mudah, inikan kebijaksanaan politik mahupun intelek untuk memimpin pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

1) Menjawab mengenai Politik wang - Mukhriz menyatakan bahawa orang yang memberi wang atas namanya sebenarnya bukan ejennya, cuma orang yang mahu memburuk-burukkan namanya. Mana Mukhriz tahu ada orang bagi wang menggunakan nama beliau, apakah ini sememangnya berlaku ? Di Ipoh Timur dimana Khir Toyo berjaya mendapat pencalonan KP Malaysia, Tun Amar (adik kepada Tun Faisal, antara penyokong Mukhriz yang kalah di Putrajaya kepada Dato' Zaki Zahid) telah memberi 'peluru' kepada para perwakilan, apakah penyokong Tun Amar merupakan penyokong kuat Mukhriz (semua orang tahu, menggunakan nama Mukhriz ,jika benar, tentu Tun Amar mahu menikam Mukhriz dari belakang, eloklah Mukhriz hentikan berkawan dengan Tun Amar ini, kerana dia jahat mempergunakan nama Mukhriz. Dan di Tanah Merah, ejen utama Mukhriz, Sazmi Miah berbuat sepertimana Tun Amar di Ipoh Timur dan berjaya mendapatkan pencalonan untuk Mukhriz. Apakah Sazmi juga orang kuat Mukhriz mahu tikam Mukhriz dari belakang juga, kalau benar, jahatnya Sazmi ini, Mukhriz eloklah jauhkan dari Sazmi.

Yang peliknya, Mukhriz berani mencabar sesiapa sahaja membuktikan bahawa dia ada terlibat dengan politik wang dan jika terbukti beliau akan menarik diri. Mukhriz sungguh yakin sekali dengan kenyataan ini, eloklah Mukhriz tutup dulu Mesin ATM beliau yang bergerak, sdr Anaz, banyak bukti yang telah terkumpul. Minta lembu dapat lembu, minta apa sahaja pasti mesin ATM akan beri.

Umum mengetahui politik wang memang wujud dalam parti UMNO, tetapi memang amat sukar membuktikannya kerana calon akan menggunakan proksi atau ejen untuk menghulurkan rasuah kepada para perwakilan. Maka sebab itulah Mukhriz berani berkata begitu.Slogan Mukhriz berani berubah tidak pula menampakkan sebarang perubahan, hanya berubah dari politik bersih kepada tahun politik wang. Itu sahaja yang berubah.

Kenyataan janggal kedua dalam wawancara adalah apabila Mukhriz berkata bahawa jika beliau kalah pada pemilihan Mac nanti, maka suara akar umbi tidak akan tercapai.

2) Mukhriz membuat kesimpulan bahawa akar umbi mahukan beliau, katanya"jelas sekali akar umbi memang nak kan saya,". Mukhriz mungkin lupa yang tak nak kan dia yang berikan pencalonan kepada KJ dan KT itu tidak mahukan beliau. Jumlahnya lebih 100 % dari pencalonan yang Mukhriz terima. Jika dalam dewan yang mengandungi 198 perwakilan, lebih dari 114 yang tidak sokong Mukhriz, Mukhriz sudah cukup bongkak. Apakah 114 orang ini yang mewakili setiap bahagian bukan suara akar umbi ? Apa yang Mukhriz dapat sebenarnya adalah orang-orang yang menerima wang dari orang yang menggunakan nama beliau.

3) Mukhriz juga ada menyatakan kepada umum apabila ditanya soalan "Apakah pencapaian anda yang boleh dibanggakan?" Jawapannya, "Saya ada kilang fiber optik, semua fiber optik di Malaysia ini kilang saya punya". Sudah la jawapan itu tidak ada kena mengena dengan perjuangan politik Pemuda, jawapan Mukhriz itu juga 'mengkantoikan' dirinya sendiri. Kalau bukan Tun yang jadi PM, tentu beliau tidak jadi raja Fiber Optik.

4) Kadangkala susah juga mahu kita salahkan Mukhriz kerana taraf pendidikan beliau yang pernah mendapat Gred 3 ketika mengambil perperiksaan SPM, hujah dan pemikirannya seakan-akan budak yang tidak matang. Hujah yang tak konsisten, yang tidak masuk akal dan tidak selari antara satu sama lain wajar merisaukan para perwakilan. Ketua Pemuda UMNO sekarang ini perlu hebat dan bijak, bukan yang penakut dan kelam kabut. Mujurlah Mukhriz enggan berdebat, jika tidak apalah lagi keyataan kelakar yang akan kita dengar.-

tepakbersulam.com

ulasan

-Saya tidak bersetuju kenyataan muhkriz yang tidak bijak mengatakan jika mendapat pencalonan terbanyak maka beliau yang layak untuk menang kerana akar umbi mahu dia menjadi ketua .Memang la anda calon favourite ,3 hari sahaja sudah melepasi pencalonan tetapi kenyataan itu adalah tidak sepatutnya keluar dari mulut Muhkriz. Muhyidin sendiri pun tidak berani cakap akar umbi mahu dia untk jawatan Timbalan Presiden .

-Muhkriz tidak sepatutnya mengatakan dirinya adalah paling bersih dan tidak pernah terlibat dalam politik wang .Pastinya tentu perwakilan yang terima duit untuk undi beliau itu akan keliru dan telah terima duit dari orang yang salah .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.