Pages

Tuesday, July 16, 2013

HABIS LA ...AKTA HASUTAN LAGI DIKENAKAN PENGHINA AGAMA ISLAM !!


Apa yang diberitahu oleh Peguam Negara Tan Sri Gani Patail Selasa mungkin akan mengundang rasa gerun mereka yang gatal tangan nak persenda agama orang lain dan lain-lain yang menyentuh sensitiviti seumpamanya.
Pasangan yang bikin sensasi menerusi blog porno mereka Alvin Tan dan Vivian Lee jangan ingat mereka hanya boleh didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia saja kerana isu 'selamat menyambut Rahadhan bak kut teh'.
Menjawab soalan wartawan semasa sidang akhbar selepas satu majlis di Bangi,Gani mengesahkan Akta Hasutan boleh digunakan untuk siasat dan dakwa mereka.
Katanya pertimbangan akan dibuat untuk tujuan berkenaan.
Hukuman dibawah Akta Hasutan adalah lebih berat dibandingkan dengan bawa Akta Komunikasi dan Multimedia.

Menurut Gani pasangan Alvin dan Vivian boleh didakwa serentak dibawah dua akta berkenaan.
Beliau diminta mengulas cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia DS Shabery Cheek bahawa mereka harus didakwa dibawah Akta Hasutan.-16/7/2013 - AGENDA DAILY - 

1 comment:

  1. salam tuan
    mohon dipautkan link saya diblog tuan.
    link tuan sudah saya pautkan.

    http://www.melanaublogger.com/
    terima kasih

    ReplyDelete