Pages

Sunday, March 3, 2013

BREAKING NEWS! 6 lagi anggota polis terkorban di krisis Lahad Datu





TERKINI - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail 
Omar sebentar tadi mengesahkan 6 anggota polis terbunuh dalam kejadian tembakan di Semporna dan dua penjenayah ditembak mati ketika serbuan malam tadi. 

Sementara itu, polis turut menahan tiga penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, semalam ketika cuba keluar daripada kepungan pihak berkuasa.-BERITAHARIAN-






Berikut adalah senarai nama 6 orang anggota yang telah terkorban semasa serangan di Semporna :

1. Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman)
2. ASP Michael, (KCKD Semporna)
3. Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna)
4. Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna)
5. Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah)
6. Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau)


Ya allah ..lindungilah semua anggota keselamatan negara yg sedang mempertaruhkan nyawa mereka di krisis Lahad Datu

No comments:

Post a Comment