Pages

Wednesday, June 13, 2012

Pembohongan DAP dalam pembangunan mewah jejaskan alam sekitar




PEMBANGUNAN tidak terkawal yang diluluskan dalam tempoh empat tahun lepas oleh kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa menyaksikan peningkatan bantahan daripada beberapa kumpulan penduduk - sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.



Ekoran itu, kumpulan pengguna dan aktivis alam sekitar yang sudah 'masak' dan berpengalaman dengan senario Pulau Mutiara, yakni Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia baru-baru ini menyuarakan kebimbangan mereka di samping penduduk yang tinggal berdekatan dengan projek-projek pembangunan seumpama itu.

Pemuda UMNO Pulau Pinang membidas sifat berdiam diri ketua menteri berkenaan pengabaian alam sekitar dalam projek-projek pembangunan di negeri itu yang telah dibangkitkan oleh CAP. Malahan pentadbiran kerajaan negeri DAP pula cuba memesongkan isu dengan menyalahkan kerajaan negeri BN terdahulu yang telah meluluskan pelan pembangunan tersebut.



Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin berkata mungkin Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terlupa atau 'jahil' bahawa sah laku sebarang pelan kebenaran merancang adalah selama setahun sahaja jika pembinaan tidak dimulakan lagi.

Ia perlu diperbaharui setiap tahun sehingga maksimum tiga kali sahaja dan ia akan terbatal secara automatik setelah tiga kali diperbaharui serta perlu dikemukakan semula pelan selepas itu.

Shaik Hussein menjelaskan jika kerajaan negeri BN memberikan kelulusan pada tahun 2007, maka secara rasminya ia akan terbatal pada tahun 2010 jika tiada pembinaan dimulakan. Pelan kebenaran baru perlu dikemukakan dan diluluskan oleh kerajaan negeri DAP pula.

Bukankah DAP yang akan meletakkan syarat baru pembangunan dan meluluskan pembangunan tersebut. Guan Eng sepatutnya lebih faham sebelum sebarang pembangunan yang mempunyai impak besar perlu dibuat, kajian kebolehlaksanaan harus dilakukan yang merangkumi Impak Alam Sekitar( EIA), Impak Trafik (TIA) dan Impak Sosial (SIA).
Walaupun tiada keperluan penilaian tersebut dan kawasan pembangunan adalah kecil, kerajaan negeri DAP boleh meminta pemaju melaksanakan kajian tersebut jika dilihat perlu. Mungkinkah Ketua Menteri sibuk mengejar glamour dan keuntungan pada ketika itu sehingga gagal memastikan pembangunan seimbang di Pulau Pinang.

Kenyataan Guan Eng pada 29 Mei tahun ini yang menyatakan bahawa banyak "arahan pemberhentian bekerja" (stop work order) dilakukan menunjukkan kerajaan negeri DAP tegas terhadap pemaju perumahan adalah satu kenyataan yang kurang bijak. Kenyataan tersebut adalah untuk menyangkal bahawa kerajaan negeri DAP telah memanjakan pemaju-pemaju perumahan mewah di Pulau Pinang.

Guan Eng telah menyatakan bahawa bilangan stop work order oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebanyak 11 kali dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebanyak 259 kali membuktikan bahawa DAP lebih tegas terhadap pemaju.

"Di sini, Pemuda mengingatkan Guan Eng agar jangan cuba memutarbelitkan fakta dan isu yang penting adalah bukan siapa yang memanjakan pemaju tetapi bilangan perumahan mampu milik rakyat miskin dan sederhana di Pulau Pinang.

"Penilaian keberkesanan bilangan stop work order yang banyak terhadap mana-mana pemaju pada zaman DAP lebih memungkinkan unsur-unsur rasuah dan pecah amanah timbul berbanding pemaju yang mematuhi undang-undang daripada peringkat awal kelulusan perancangan pembangunan semasa era BN," kata Shaik Hussein.

Dalam menangani isu alam sekitar yang dibangkitkan CAP, Guan Eng cuba berselindung di sebalik kenyataan Presiden Persatuan Pemaju Pulau Pinang (REHDA), Datuk Jerry Chan yang menyatakan harga rumah di Pulau Pinang akan lebih mahal lagi jika pembangunan di lereng bukit dihentikan. Alasan yang tidak sepatutnya diterima oleh kerajaan negeri DAP jika mereka mengutamakan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.

Tindakan meluluskan tebus guna tanah laut di Bayan Mutiara untuk perumahan mewah dan meluluskan pembangunan mewah di lereng bukit tanpa terkawal adalah tidak menepati slogan Cleaner and greener Penang. Terbukti semua slogan tersebut hanyalah gimik untuk mengaburi mata rakyat miskin Pulau Pinang.

Dalam soal ini, kerajaan negeri DAP perlu memastikan pembangunan yang seimbang antara golongan kaya dan sederhana dikawal selia dan tidak membiarkan dikawal secara membuta tuli oleh pasaran.

Kenyataan bahawa kerajaan negeri akan membina 12,000 unit rumah mampu milik di daerah Seberang Perai Selatan (SPS), ditambah pula pengumuman baru tambahan 6,000 di empat daerah lain jelas membuktikan pembangunan yang tidak seimbang bagi setiap daerah di seluruh Pulau Pinang.
"Persoalan pertama yang timbul, kononnya wang hasil jualan tanah emas Bayan Mutiara sebanyak RM500 juta digunakan untuk membiayai perumahan di Batu Kawan tetapi sehingga hari ini, pemaju Bayan Mutiara masih tidak membayar RM500 juta.

"Persoalan seterusnya pula, mengapakah rumah-rumah kos rendah dan sederhana lebih ditumpukan hanya di kawasan seberang dan bukan di bahagian pulau. Di samping itu, Guan Eng turut menganggarkan sebanyak 20,000 rumah mampu milik akan dibina pemaju swasta yang tidak dapat dipastikan lagi, yang mana jumlah kesemuanya adalah 38,000 unit rumah mampu milik akan dibina.

Takut nanti janji tinggal janji," komen Shaik Hussein.

Guan Eng nampaknya cuba mengelirukan rakyat sekali lagi dengan bermain angka tetapi hakikatnya rakyat Pulau Pinang masih mencari-cari di manakah 11,596 rumah kos rendah dan kos sederhana rendah yang kononnya telah dibina oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang menerusi PDC sejak 2008 yang dilaporkan di dalam akhbarBuletin Mutiara milik kerajaan negeri.

Menurut Ketua Pemuda Pulau Pinang itu lagi, Guan Eng perlu faham bahawa rakyat negeri itu tidak boleh diperbodohkan selalu. Semua rakyat Pulau Pinang terutamanya rakyat miskin dan sederhana sememangnya menunggu PRU-13 untuk menumbangkan kerajaan negeri DAP yang mengutamakan orang yang lebih kaya.

Pemuda berharap sangat Guan Eng dapat membawa rombongan rakyat melawat 11,596 unit rumah yang didakwanya sebelum menjanjikan 38,000 unit rumah baru

No comments:

Post a Comment