Pages

Friday, June 15, 2012

Pemain dari Malaysia dapat tawaran pemilihan kelab gergasi Barcelona !



Salah seorang pemain dari Malaysia, Rahmat Che Hashim terpilih mewakili Asia Tenggara bersama-sama 3 pemain lain dari Indonesia, Thailand dan Singapura ke Nike The Chance Global Final 2012 di Barcelona. Seramai 20 pemain dari rantau Asia akan berkampung di Barcelona dan hanya 16 pemain sahaja akan dipilih oleh Pep Guardiola untuk menjalani perlawanan dengan pasukan-pasukan junior Manchester United, Juventus dan USA.

Selepas itu, hanya 4 orang akan dipilih menjalani latihan di Akademi Nike, England. Hanya seorang sahaja akan kekal di sana selama 3 bulan ketika musim depan, untuk memberi peluang mendapatkan kontrak selaku pemain profesional.



 Menyingkap kisah Rahmat Che Hashim. Anak jati Kelantan, dan berasal dari Pengkalan Chepa. Berumur 24 tahun dan baru sahaja menamatkan pengajian bidang Bachelor of Civil Engineering, Universiti Malaysia Pahang. Rahmat sebelum ini tidak pernah beraksi dalam mana-mana liga profesional Malaysia termasuklah Liga FAM.

 Beliau hanya aktif mewakili Universiti Malaysia Pahang ketika masih belajar. Sebelum ini, Rahmat sebenarnya tidak terpilih untuk mewakili Malaysia ke Nike The Chance Asia Tenggara. Beliau hanya dipanggil mengganti tempat Mohd Raphi b Azizan yang telah ditawarkan tempat di dalam skuad Harimau Muda ke Slovakia dan China. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu bukan?

Di Gelora Bung Karno, Rahmat memberi aksi yang terbaik dengan menjaringkan 2 gol ketika sesi perlawanan percubaan di sana, sekaligus mengangkat nama beliau terpilih ke Barcelona.

 Sekali lagi tahniah! Semoga maju jaya dan berikan yang terbaik di Barcelona. -BORAK BOLA

1 comment:

  1. Salam bro..boleh kasi link bro
    http://rezabtanahmelayu.blogspot.com

    ReplyDelete