Pages
▼
Friday, June 8, 2012
Blogger & Temuduga kerja Kerajaan
GPB menyokong sangat-sangat cadangan terbaru SPA yang memberi pilihan kepada calon untuk memilih waktu yang sesuai untuk menjalani temuduga perkhidmatan awam . Ini merupakan langkah yang tepat kerana GPB sendiri pernah mengalami masalah waktu temuduga ini .
Ada ke patut agensi di bawah JPM bila panggil GPB untuk temuduga kerja ...call hari ini untuk datang esok pagi jam 8.30 pagi dan tempat temuduga di Putrajaya. Tak ke gila namanya ... Ingat P.Pinang dengan Putrajaya itu dekat ke , lepas itu nak kena apply cuti lagi serta merta ..ingat senang ke nak dapat ?
Lepas itu bila minta tukar hari lain ke ...senang je dia cakap ..kalau Encik berminat kerja ini , kena berusaha la untuk minta cuti .... hahaha ..lepas tu kirim salam la ..tak pergi la jawabnya ..
Sampai sekarang setelah tamat berlajar di IPT , GPB tak tahu la bila boleh kerja dengan Kerajaan ini yang selalu kita pertahankan di dunia blog ini . Ye la kerja kerajaan sekarang semakin baik terutama skim perkhidmatan yang menarik diperkenalkan .
Setakat ini GPB sudah pergi satu sahaja temuduga ..tapi selepas setahun berlalu , masih lagi tak tahu jawapannya samada dapat ke tidak .
Cuma yang GPB bengang tu , member sebaya yang dok baca setiap hari Harakah & Suara Keadilan senang pulak dapat kerja dengan kerajaan . Macam mana la mangkuk seperti ini boleh dapat .
Bila pi dengar ucapan Pak Menteri kita semua tu ...pakat keluar dewan program , isap rokok sambil dok pakat maki belakang . Ini lah realitinya yang berlaku !!!
PUTRAJAYA – Semua calon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam akan diberi pilihan untuk menjalani sesi temu duga sama ada pada waktu malam atau pada hujung minggu dalam masa terdekat.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam (gambar kecil) berkata, pendekatan baharu tersebut antara penambahbaikan yang dilakukan oleh pihaknya sejajar dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Beliau bagaimanapun berkata, calon yang mahu berbuat demikian perlu memaklumkan kepada SPA selepas menerima surat tawaran menghadiri temu duga.
“Ia bertujuan memberi kemudahan kepada calon memilih waktu temu duga mengikut kesesuaian mereka kerana ada antara calon mengalami kesukaran untuk ditemu duga pada waktu pejabat,’’ katanya pada majlis pertemuan dengan media di sini semalam.
** Regim DAP awat senang je bawa masuk orang depa kerja dalam agensi kerajaan negeri ..tapi kerajaan kita pulak biar je orang yang siang malam pertahan kerajaan ni dari tumbang di PRU13 tak juga dapat-dapat kerja .........Adil ka ??
adil...sebab diorang pun rakyat malaysia....
ReplyDeleteGPB mcm nk salahkan kerajaan je dlm hal ni..bukan ke kita boleh pilih tempat temuduga masa isi permohonan online..yang penting usaha,kalau dh usaha tawakal je..kita sebagai manusia hanya merancang,yang menentukan segalanya hanya Allah SWT..bykkn berdoa supaya dipermudahkan segalanya..insyaallah ada rezeki kita nanti,tak dapat sekarang mungkin hari2 yang mendatang..
ReplyDeleteyang penting kita kena pertahankan kerajaan kita skrg..jgn lemahkan semangat rakan-rakan seperjuangan yang lain..
Sebenarnya GPB tak minta online...kalau minta online SPA sampai sekarang la tak dapat lagi panggil temuduga.
ReplyDelete