Pages

Sunday, April 8, 2012

Bukti rakyat Malaysia kaya, sanggup labur RM 1/2 juta untuk No plat WWW 1



Nombor plat pendaftaran kenderaan WWW 1 yang hangat diperkatakan khususnya di ibu negara kini diramalkan mampu mencecah nilai RM500,000 apabila tendernya dibuka pada 30 April nanti.

Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Nadzri Osman, ramalan tersebut dibuat berdasarkan beberapa tawaran awal yang sudah diterima meskipun tender belum lagi dibuka kepada orang ramai.

"Sejak pengumuman mengenai nombor yang dikaitkan dengan singkatan terkenal WWW iaitu World Wide Web dibuat, beberapa tawaran telah dilakukan oleh individu yang berminat dengan harga sudah pun melebihi RM400,000," katanya ketika ditemui baru-baru ini.[sumber]

1 comment:

  1. jgn mengamalkan gaya hidup yg membazir sebab ada baiknya ko sedekahkan kepada org yg lebih memerlukan...

    kalau no plate apa pun kenderaan akan berjalan jugak...

    kalau menteri2 yg pakai dan beli no plate ni meme sial la...

    ada rakyat yg makan tak cukup dan hidup merempat tapi korang mampu beli no plate harga ratusan ribu...

    jgn sampai ALLAH TAALA tarik balik nikmat hidup sebab selalu membazir sudah la...

    ingat la yg ALLAH TAALA MAHA ADIL...

    sekelip mata saja harta bleh hilang bila banyak pembaziran dilakukan...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete