
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diingatkan supaya tidak sentiasa melupakan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam barisan kabinetnya. Ketua Pemuda Umno Selangor Suhaimi Mohd Ghazali hari ini menyuarakan hasrat itu supaya Najib dapat mengambil berat permintaan itu kerana ia pernah disuarakan sebelum ini.
"Jawapan yang diberikan Najib (adalah) mahu menunjukkan kepada masyarakat bahawa kita (Pemuda Umno sedia) berkhidmat dalam parti dahulu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Bagaimanapun, tambahnya, akar umbi pergerakan itu tetap akur dengan keputusan rombakan terbaru itu kerana "apa-apa kuasa adalah di tangan Najib". Selepas rombakan terbaru kabinet Najib kelmarin - yang menyaksikan Khairy sekali lagi tidak terpilih mengganggotai jemaah menteri - terdapat suara bantahan beberapa pemimpin pergerakan itu. Selepas mengambilalih teraju kepimpinan negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi tahun lalu, nama Khairy tidak tersenarai dalam barisan anggota kabinet barunya.
Dan dalam rombakan terbaru semalam, sekali lagi nama ketua Pemuda Umno itu yang juga ahli parlimen Rembau tidak tersenarai.
Dalam tradisi Umno, ketua Pemudanya sentiasa diberi jawatan dalam kabinet termasuklah Najib sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Sementara itu, Naib Pemuda Umno Perak Ali Zainal Abidin pula berpendapat Khairy selaku ketua Pemuda Umno, sepatutnya diberikan jawatan sekurang-kurang sebagai timbalan menteri. Menurutnya, jika Khairy tidak memegang apa-apa jawatan dalam kabinet, secara tidak langsung semangat anggota pergerakan itu akan menjadi lemah, sekaligus menjejaskan gerak kerja BN untuk pilihan raya umum akan datang.
"Nanti susah hendak tarik orang muda untuk menyokong BN sebab ketua sendiri pun tidak ada jawatan," katanya.
Sehubungan dengan itu, Ali juga menzahirkan perasaan dukacitanya dengan tindakan "pelik" perdana menteri yang melanggar tradisi memperuntukkan kerusi kabinet kepada ketua Pemuda Umno.
"(Peranan) Pemuda (seperti) tidak dihargai oleh mereka," katanya dengan nada kecewa.
KPU tak layak berada dlm kabinet. Beliau adalah lialibiliti. Menang ketua pun atas rasuah politik. Proof : lembaga disiplin dah buat keputusan dia bersalah. Titik. Harap pemuda buat la kerja. Jgn dok pakat kejar pangkat dan harta. Berjuang dgn ikhlas
ReplyDeleteSumpah aku akan undi pembangkang kalau si khairy di lantik jadi menteri..
ReplyDeleteJadi ketua pemuda pun sebab pengaruh wang dan bapak mertua..
sumpah aku akan kempen sokong pembangkang kalau khairy jadi menteri..
hahahaha..najib dah tahu siapa KJ!!!politik anda telah berakhir!!!letak je jawatan!!!
ReplyDelete-Ipoh Marley-
tak perlu nak ada jawatan kerana nak menarik golongan MUDA.alasan lemah dan org muda skg tak berfikir macam tu.Bila tiada jawatan lagi banyak masa boleh ditumpukan pada PEMUDA UMNO.
ReplyDeleteSEBENARNYA HANYA PEMUDA GENG-GENG PENYOKONG KHAIRY SAJA DOK KEMPEN NAK KHAIRY DILANTIK. KEMENANGAN KHAIRY SEBAGAI KP UMNO PUN MASIH MENJADI MISTERI SAMPAI HARI INI. MASYARAKAT UMUM DAN MAJORITI AHLI UMNO MENOLAK KHAIRY KERANA MEREKA TAHU SIAPA KHAIRY. KALAU KHAIRY DILANTIK JUGA, ALAMATNYA UMNO AKAN BUNGKUS DAN BN AKAN TUMBANG. GENG-GENG KHAIRY NI HANYA FIKIR PERUT MEREKA SAJA.PEMBANGKANG MEMANG PURA-PURA SIMPATI DAN KONONNYA KHAIRY LAYAK DILANTIK KERANA MEREKA TAHU KALAU KHAIRY DILANTIK MAKA BN AKAN KALAH DALAM PRU AKAN DATANG.
ReplyDeleteKj nak dilantik? Pirah!!..Sepatutnya sejak dulu KJ tidak dilantik menjadi ketua pemuda umno..KJ tiada jasa didalam pemuda umno..
ReplyDelete