
Apabila Nik Aziz berkata semalam iaitu anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.
“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga.
( Aku nak tanya PAS , Islam di dalam Pas boleh dibawa ke syurga ke ??sedangkan satu masjid pun tak dibina di Kelantan itu apa PAS buat ?? Apa PAS buat bila arak terus dijual di kawasan majority Islam di Selangor ?? Mana perginya kata-kata orang PAS mahu tutup kilang Carlsberg ?? )
Saya melihat pandangan Nik Aziz mengenai isu masuk syurga ini terus dimainkan oleh PAS di Prmtg Pasir . Jika dahulu mereka berkata UMNO Kafir kerana berkawan dengan MCA dan MIC , kini apa kurangya DAP berkawan dengan PAS. Mana perginya ayat sekerat yang dibacakan oleh Haji Hadi dulu untuk mengkafirkan orang UMNO ??
Malah Tan Sri Harussani juga menegaskan tiada nas dalam Al Quran sertai PAS dijanjikan masuk Syurga .
Tiada nas sertai Pas masuk syurga
PUTRAJAYA 17 Ogos - Tiada nas dalam al-Quran dan hadis mensyaratkan seorang itu perlu menjadi ahli sesebuah parti sebelum dijanjikan masuk syurga.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, syurga dijanjikan Allah hanya untuk mereka yang beriman dan bertakwa kepada-Nya.
''Syurga itu hak Allah, malah belum tentu lagi mereka yang sembahyang diterima (pahalanya) sebab kena tengok dulu sembahyangnya betul atau tidak.
''Apatah lagi jika ada dakwaan kata masuk parti ini baru dijanjikan syurga, itu lagi tidak betul, jangan kita mendahului Tuhan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Kenyataan Nik Abdul Aziz itu dipercayai bermotif politik berikutan persaingan Pas dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir 25 Ogos ini.
Kita jangan terkejut dengan pandangan Nik Aziz ini kerana beliau sanggup membuat apa saja untuk politik sehingga sanggup menghalalkan orang bukan Islam iaitu kafir untuk menghina Islam.Dahulu di Kelantan juga beliau pernah bercakap sebegini iaitu orang yang undi PAS sahaja akan masuk syurga . Ketika ini PAS akan berdepan dengan UMNO/BN dalam PRK Prmtg Pasir selepas hampir tumbang di Manik Urai dengan 65 undi ,PAS sedar demi mendapat undi dari kaum Cina berterusan , mereka cuba menjaga hati pengundi Cina walaupun agama Islam kita dihina cukup teruk oleh pemimpin DAP di Selangor dan PP. Kita harap pengundi di Permatang Pasir dapat berfikir semula kata-kata Nik Aziz dengan akal yang baik yang dikurniakan oleh Tuhan .
" Nak politik ,politik juga tetapi akidah kena jaga "
Anwar kaki bontot akan masuk syurga? Anwar kaki penipu zakan masuk syurga ke? Anwar main bini Azmin Ali akan masuk syurga. Pelacur Eli akan masuk syurga. Ron Liew bapak ayam akan masuk syurga ke? Apa syurga di khas sesiapa sokong PAS walaupun dia itu munafik, dayus dll
ReplyDeleteEh..Eh..rupa-rupanya daripada berbilion umat Islam diatas muka bumi hanya beberapa kerat yang terdiri daripada ahli dan penyokong PAS sahaja yang layak masuk syurga ( mungkin termasuk DAP dan PKR). Hanya Islam yang dibawa oleh PAS saja yang benar dan yang diamalkan dinegara lain terutama Palestin adalah palsu. Adakah ini bermakna Islam yang dibawa oleh ulamak PAS dengan mazhab PAS sahaja yang diiktiraf oleh Allah dan yang lain semua masuk neraka ???...Demo ni kabar ke gapa hak demo kecek ni...main politik biar berpada-pada. Orang dok puji ulamak2 PAS tu ilmu tinggi2 belaka sampai Tok Mufti pun kalah dan kena perlekeh kalau tegur sikit. Tapi tak tahulah kadang2 ilmu terlampau tinggi ni, kecek pun sapai orang tak faham. Banyak sangat bahasa kiasan yang berputar rangas.
ReplyDeleteMungkin juga selama ini para ulamak PAS buat tak kisah bila DAP hina Islam ialah kerana bagi mereka Islam yang dihina itu ialah Islam yang dianuti oleh orang UMNO dan Palestin. Islam yang dianuti oleh PAS adalah Islam lain yang sejati.
ustaz Asri rasanya bukan orang PAS tapi jasad dia tersenyum :)
ReplyDeleteramai je mat2 rempit kampung yg bawak benda pas, tapi bila mati eksiden, muka masam mencuka :(
salam
ReplyDeleterasanya esok kena daftar ahli pas ni tak dapat kad pun tak apa janji ada nombor ahli sebab senang nak tunjukkan kat malaikat
bahaya pun kenyataan nik aziz buat ni
salam
Terkejut juga bila Nik Aziz mengeluarkan kata tu ..
ReplyDeleteerr pasal masjid yang dibina di Kelantan rasanya ada masjid baru ( binaan ala China ) di bina di Kelantan .
apa yang telah dilakukan oleh pas untuk memertabatkan agama dan penganut2 islam?
ReplyDeletejawapanya TIADA LANGSUNG
www.antihero2009.blogspot.com
UMNO bkn mcm dulu...
ReplyDeleteUMNO kini dah lain...
Selamanya UMNO xkn sama...
nik aziz tu dah sesat..elok disuruh BERTAUBAT
ReplyDeleteSalam geng..
ReplyDeleteSaya turut menulis artikel berkaitan kenyataan Nik Aziz ini.
http://nasionalis1982.blogspot.com/
Salam,
ReplyDeleteterlalu lama berkuasa, akan makan diri.
tua dah.dah lama dah.....
ReplyDeletecuba dgr apa nik aziz kata,
ReplyDeleteKOTA BAHRU, 18 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga".
"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi.
Beliau berkata demikian kepada media sebagai menenafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di pejabatnya tengahari tadi.
Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.
Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.
nampaknya, Nik Aziz terpaksa sekali lagi mengambil pendekatan saman terhadap akhbar ini.
"Saya biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.
"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi.
Tambahnya lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.
"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.
Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.
"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.
Ketika diminta mengulas adakah kenyataan beliau sering diputar belitkan kerana musim pilihan raya kecil, Tuan Guru memberitahu beliau memang sedar tentang perkara itu.
"Kita memang dah tahu dah cara (taktik) parti ni, memang macam tu lah,"ujarnya.
Akhbar perdana sudah jadi akhbar Umno
Menyentuh kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.
"Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap.
"Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar," ujarnya.
Nik Aziz juga berharap, agar rakyat di negara ini merdekakan pemikiran dari menurut manusia kepada menurut Nabi Muhamad SAW.
"Manusia kena menukar pemikiran dari mengikut manusia kepada menurut kepada ajaran Nabi Muhamad SAW,"katanya.
nama korang semua pon pecacai umngokk kann
nak buatt cmanerr....
nik aziz da saman ke belom?
ReplyDeletedia mng x saman tu?
sah la sume pencacai umno nie kne tipu?
HAHAHAHAHA.
pls lah. nk bina masjid kt klantan pown kne mtk derma kt negeri irg.
booooooo!