default

NAJIB MAHU AKTIVIS MEDIA SOSIAL PRO BN DALAM MODE ATTACK

on Saturday, April 15, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sudah tiba masanya aktivis media sosial pro kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menyerang musuh-musuh di alam maya dalam usaha mempertahankan kerajaan dan membantu mengekalkan BN di Putrajaya.

Perdana Menteri yang berkeyakinan dengan peranan yang dimainkan oleh para aktivis itu untuk kerajaan BN, mahu mereka juga melihat diri sendiri sebagai pejuang nasionalis dalam perjuangan di medan perang yang baharu.

"Kita sudah lama berada dalam 'defensive mode' (mod bertahan). Cukuplah. Kini tibalah masa untuk menyerang!" katanya menerusi blog najibrazak.com bertajuk 'Himpunan Aktivitis Media Sosial 2017.'

Najib berkata medan perang pada hari ini, misalnya dalam pilihan raya, sudah berubah dan tidak dalam bentuk fizikal atau face to face (bersemuka), tetapi alam maya atau ruang siber adalah medan perang yang baharu.

Beliau memberi contoh dalam dua pilihan raya umum yang lalu apabila kerajaan BN terdedah kepada serangan tanpa ada bala tentera yang boleh menangkis serangan itu, namun hari ini sudah ramai aktivis media sosial sebagai panglima alam maya yang setia dan tetap percaya dengan perjuangan dan dasar kerajaan BN.

Perdana Menteri bagaimanapun mengingatkan para aktivis media sosial itu supaya berpegang kepada tiga prinsip asas untuk perjuangan bersama itu.

Pertama ialah mereka perlu mengelakkan pertelagahan sesama sendiri dan komited kepada perjuangan bersama untuk menegakkan kerajaan BN dan yang keduanya ialah memperluaskan rangkaian alam maya agar mesej yang disampaikan kepada rakyat dapat disebarluaskan dengan lebih berkesan.

Prinsip ketiga ialah mereka perlu belajar daripada apa yang berlaku dalam pilihan raya umum terdahulu.

"Kita mesti tangkas dalam respons dan tidak terperangkap, sepertimana yang berlaku pada hari mengundi dalam PRU ke-13 di mana pembangkang telah menyebarkan berita palsu kononnya kita membawa masuk pengundi Bangladesh untuk mengundi, bahawa kononnya kita mewujudkan keadaan 'blackout' di tempat tertentu untuk memanipulasi undi.

"Cerita ini semua langsung tidak masuk akal, tetapi ramai terpedaya dengan berita ini yang sedikit sebanyak membawa kesan kepada pengundi dan pilihan raya itu sendiri," katanya.

Najib menjangka pembangkang akan kembali menggunakan taktik kotor serupa dengan melontarkan sesuatu yang tidak terfikir untuk membuatkan orang marah dan benci pada kerajaan BN kerana mereka berpegang kepada satu prinsip sahaja iaitu 'If you cannot convince them, confuse them' (jika anda tidak dapat meyakinkan mereka, kelirukan mereka).

Taktik kotor pembangkang, katanya amat jelas iaitu jika mereka tidak dapat meyakinkan pengundi untuk mempercayai janji-janji kosong atau kata-kata manis mereka, modus operandi mereka adalah untuk mengelirukan rakyat agar menimbulkan ketidakpercayaan serta kemarahan terhadap kerajaan BN.

Perdana Menteri menyifatkan aktivis media sosial pro kerajaan BN sebagai panglima di alam maya yang setia mempertahankan dasar kerajaan BN, mempertahankan maruah parti dan membidas segala pembohongan yang giat dipermainkan oleh pembangkang sejak sekian lama.

"Insya-Allah, dengan semangat juang dan kesepaduan sesama kita, kita mampu peroleh kejayaan besar dalam PRU 14, dan Putrajaya akan kekal milik Barisan Nasional! katanya.

-- BERNAMA

default

GUAN ENG TAK LAYAK CAKAP INTERGRITI SELAGI PEGANG KM P.PINANG @dzainalabidin

on Friday, February 3, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Pembangkang jangan cuba ambil kesempatan atas isu penggantungan Tan Sri Annuar Musa kerana mereka seharusnya berasa malu apabila Lim Guan Eng masih terus memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang walaupun sedang berhadapan dengan dua kes rasuah di mahkamah, ujar Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Datuk Sr Muhamad Farid Saad.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai isu penggantungan Annuar Musa sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang cuba dipolitikkan oleh pihak pembangkang.
“Ini bukan kali pertama pemimpin kerajaan disiasat… tetapi pembangkang yang konon bersuara lantang tentang ketelusan langsung tidak berani menyiasat atau mengambil sebarang tindakan terhadap Guan Eng.
“… malah apabila ada sahaja isu yang terpalit kepada pembangkang, mereka akan menuduh dan menyalahkan pihak lain pula. Sekiranya mereka benar-benar mengamalkan ketelusan, maka ambillah tindakan terhadap Guan Eng.
“Selagi Guan Eng masih memegang tampuk pimpinan Pulau Pinang, pembangkang tidak ada hak untuk bersuara isu berkaitan integriti,” katanya lagi.
Untuk rekod, Guan Eng didakwa terhadap dua pertuduhan rasuah membabitkan penyalahgunaan kuasa berhubung isu permohonan pengezonan semula status tanah dan pembelian banglo di Jalan Pinhorn.
Mengikut pertuduhan pertama, Guan Eng dituduh sebagai penjawat awam menggunakan kuasa sebagai Ketua Menteri berhubung perbincangan pengezonan semula tanah di Lot 436 dan 437 Derah Barat daya kepada Magnificient Emblem Sdn Bhd pada 18 Julai 2014.
Walaupun telah didesak berkali-kali untuk meletak jawatan atau bercuti demi kepentingan rakyat agar rakyat negeri itu tidak diheret sama ke mahkamah namun Guan Eng masih enggan berbuat demikian.

default

KECOH RAMAI TERTIPU VIRAL KOS CAJ GIGI KONON NAIK , KELAS 3 KEKAL SAMA

on Thursday, February 2, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


CAJ RAWATAN PERGIGIAN RAKYAT BIASA MASIH DISUBSIDI. HANYA CAJ KELAS 1 DAN 2 UNTUK PESAKIT BERKEMAMPUAN SAHAJA YANG DISELARASKAN SEMULA

 - Apabila pekeliling dan arahan kementerian tidak ditulis betul2, akhirnya Ketua Pengarah Kesihatan terpaksa membuat satu lagi kenyataan untuk menafikan berita kenaikan caj rawatan pergigian yang diviralkan secara tidak bertanggung jawab oleh pihak tertentu. Kalau pekeliling dan surat arahan ditulis dengan cermat, berita2 palsu dan yang tersasar dari konteks boleh dielakkan dan Ketua Jabatan tidak perlu mengeluarkan kenyataan penafian atau penjelasan seperti di bawah:


KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

CAJ RAWATAN PERGIGIAN DI FASILITI KESIHATAN KERAJAAN MASIH TERUS DIBERI SUBSIDI YANG TINGGI

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Rakyat Malaysia sememangnya telah dan akan terus menerima perkhidmatan kesihatan bersubsidi tinggi oleh Kerajaan di fasiliti-fasiliti kesihatan KKM, termasuk perkhidmatan bersubsidi tinggi kepada pesakit dalam Kelas 3. Kabinet telah memutuskan untuk mengemaskini kadar caj bagi pesakit warganegara di Kelas 1 dan 2 yang terkandung dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982, seperti yang dimaklumkan dalam Kenyataan Akhbar KKM pada 14 November 2016. Adalah dimaklumkan bahawa caj ini telah sudah sekian lama tidak dikemaskini iaitu sejak ianya mula dikenalkan pada tahun 1982. Namun begitu, pesakit dalam bagi Kelas 3 akan terus menerima perkhidmatan kesihatan bersubsidi tinggi seperti sebelum ini.

KKM ingin menjelaskan mengenai mesej tular berkaitan kenaikan caj pergigian yang telah tersebar di media sosial. Adalah dimaklumkan bahawa kos rawatan yang baru tersebut sebenarnya menggambarkan kos asas semasa pada tahun 2017 bagi rawatan pergigian di Malaysia, iaitu sekiranya ianya diberikan tanpa subsidi kepada rakyat.

Namun begitu, memandangkan Kerajaan adalah terus komited untuk memberikan subsidi terutamanya bagi pesakit Kelas 3 (yang menerima 98 peratus subsidi bagi kos rawatan perubatan dan pergigian), caj ini hanya dinaikkan bagi pesakit yang berkemampuan (iaitu Pesakit Dalam Kelas 1 dan 2).

KKM ingin memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia bahawa Kerajaan tidak akan melepaskan tanggungjawabnya kepada golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah. Mereka akan terus menerima tahap penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi pada kadar yang amat berpatutan seperti yang telah mereka terima sebelum ini.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
1 FEBRUARI 2017



Akibat arahan yang ditulis secara tidak jelas, ada beberapa blog dan portal fitnah dan yang tak bertanggung jawab cuba megambil kesempatan seperti di bawah:

Caj Cuci Gigi Di Klinik Kerajaan Lebih Mahal Dari Klinik Swasta - http://buletinonline.net/…/caj-cuci-gigi-di-klinik-kerajaa…/
Huge hike in dental charges at government clinics
http://www.freemalaysiatoday.com/…/huge-hike-in-dental-cha…/

default

NETIZEN KUTUK JERSI TERBARU PENANG 2017 MACAM BAJU SEKOLAH

on Saturday, January 14, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


13/01/2017 Pulau Pinang – Walaupun Faiz Subri telah mengharumkan nama Pulau Pinang dan Malaysia ke persada dunia, namun lain ceritanya dengan apa yang terjadi didalam skuad bolasepak negeri itu hari ini.
Pelancaran jersey baru untuk skuad bolasepak berkenaan bagi musim 2017 ternyata mendapat respon yang sangat negatif dari kebanyakan peminat bolasepak negeri ini.
Malah peminat dari negeri-negeri berhampiran juga tak kurang mengambil kesempatan untuk mengkritik jersey baru yang dianggap paling buruk dalam sejarah sukan bolasepak negeri tersebut.
Jersey baru skuad Harimau Kumbang itu dilancarkan oleh Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama-sama Timbalannya Rashid Kasnon.
Dengan menggunakan tagline ‘Simple tapi Rare’.., jersey berkenaan mendapat kritikan kerana dianggap ketinggalan zaman serta setaraf dengan jersey kanak-kanak sekolah rendah.
Ada juga netizen yang menyifatkan penglibatan orang politik DAP didalam pasukan bolasepak negeri telah mencacatkan sukan tersebut terutamanya dari segi pemilihan jersey.
Mungkin mereka merujuk kepada Adun DAP Bukit Bendera iaitu Zairil Khir Johari yang dilantik sebagai Pengurus Pasukan Bolasepak Pulau Pinang ketika ini.
Apapun persepsi yang dilemparkan oleh penyokong serta peminat skuad Harimau Kumbang kepada pihak pengurusan Penang FA, yang pastinya jersey baru skuad bolasepak Pulau Mutiara itu bagi musim 2017 sangat memalukan.
Mungkin tak keterlaluan jika dikatakan, walaupun dijual dengan harga RM19.90 sehelai sekalipun, penyokong dan peminat Pulau Pinang akan ragu-ragu untuk membelinya. – Utaranews.com


default

Belasungkawa untuk Ketua Menteri Sarawak TS Adenan Satem

on Wednesday, January 11, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Dukacita dimaklumkan Ketua Menteri Sarawak, Tok Nan yang berjiwa rakyat & penyayang terhadap rakyatnya telah kembali ke rahmatullah jam 1:20PM tadi di IJN Samarahan, Sarawak.

Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعون

Semoga Allah SWT ampuni segala dosanya, merahmatinya, muliakan pemergiannya, lapangkan pusaranya, jadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.

Semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. #AlFatihah

بِسْÙ…ِ  Ù±Ù„Ù„َّÙ‡ِ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم
ٱلْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ ٱلْعَـلَÙ…ِين۞ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم۞Ù…َـلِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ ٱلدِّين۞Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ۞ ٱهْدِÙ†َا ٱلصِّرَØ·َ ٱلْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ۞صِرَØ·َ ٱلَّذِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ۞ غَÙŠْرِ ٱلْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ ٱلضَّاۤÙ„ِّينَ۞امين

#SalamTakziah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.