default

Kecanggihan aset ketenteraan TUDM tiada tandingan @Zahid_Hamidi

on Wednesday, September 5, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Kalau ada RM1juta nak 'beli' pengalaman mengikuti lawatan ke Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Pengkalan Udara Kuantan, pada Isnin, tidak akan jadi. Duit mungkin boleh beli banyak benda, tapi rahsia pertahanan negara tidak untuk dijual beli.
Ini kali pertama TUDM mempamerkan beberapa aset strategiknya kepada orang awam bagi menunjukkan sebahagian kemampuan mereka menjaga pertahanan udara Malaysia.
Kira bertuah sungguh rombongan lebih 80 orang editor kanan media, blogger, pengiat facebook dan twitter terpilih dari seluruh negara.
Kisahnya bermula dari bulan Ramadhan lagi, orang-orang yang dipilih oleh Kementerian Pertahanan kena hantar gambar berserta biodata untuk tujuan tapisan.
Dari hari ke hari, macam-macam pulak maklumat yang dipinta, tetapi syukurlah, semua beres pada 2 September selepas menerima telefon dari pegawai Kementerian untuk berada di Pengkalan Udara Subang pada jam 6.00 pagi 3 September.
Rombongan kami, di bawa ke Pengkalan Udara Kuantan menggunakan pesawat Charlie-130 yang memuatkan lebih 100 orang, selain anggota rombongan ada juga pegawai kementerian, selain kakitangan TUDM sendiri.
Tiba-tiba di tengah-tengah ruang udara, keadaan dalam pesawat yang sedia bising, bertambah bising selepas terdengar deruan dua jet pejuang MiG-29 yang buat misi memintas pesawat kami.
tudm6-300"Alamak..." kata seorang kawan yang tidak senang duduk tengok jet tersebut terbang beriringan dan pesawat kami.
Kami yang tidak tahu menahu ingat pesawat ada problem enjin ke... ye lah kebanyakannya kali pertama naik C-130, dan bunyi bisingnya memang luar biasa.
Dalam hati berdoa semoga tidak ada apa-apa yang buruk terjadi, tidak lama kemudian pesawat mendarat dengan amat kasar, memang berderau darah rasanya.
Naik C-130 ini, bukan macam naik pesawat komersial, bunyi bising yang terlampau itu menyebabkan kita hilang deria, tidak pasti pesawat di udara ke, di darat, bergerak atau berhenti, semuanya sama.
Sebaik pintu dibuka, sepasukan tentera eilit TUDM Paskau, menyerbu dan menjerit-jerit minta semua ahli rombongan berbaris.
"Depa buat lawak apa ni..." kata seorang kawan saya. Beliau mungkin sikit tension, sudahlah baru berdepan pengalaman 'ngeri' tiba-tiba kena jerkah pulak.
Anggota Paskau itu tidak menunggu lama, dalam kami berbaris berjalan, seorang lelaki yang berjalan tidak jauh dari saya, diherat dan dibaling ke tanah.
Ya Allah, kata saya, lelaki tersebut memakai baju korporat yang sama dengan kami pakai, maknanya ahli rombongan media yang dibawa ke Kuantan.
Lepas sorang-sorang kena terajang dan melutut. Saya boleh agak ini sebahagian demonstrasi Paskau, tapi ingatkan budak yang di depan saya kena baling ke tanah, saya jadi geram.
tudm2Jangan-jangan aku pun kena baling sama, sat lagi...hati saya berdetik.
Sampai giliran saya, memang dah sedia, kalau dia baling, saya siap mempertahankan diri, tapi syukur selamat. Ada lima orang semuanya yang melutut dan diberkas.
Kami yang sibuk ambik gambar kemudian dimaklumkan, demonstrasi tersebut menggunakan anggota Paskau bukan orang awam.
"Mereka menyamar dengan memakai baju macam tuan-tuan," kata Datuk Zahid Hamidi yang menyambut kami dengan ketawa panjang.
Mungkin dia puas hati sebab kami semua sudah 'terkena'.
Rupanya kehadiran pesawat MiG-29 itu untuk demo plan intercept dan force down oleh TUDM.
Manakala yang geng Paskau dok menjerit dan memcampakkan orang ke tanah itu, sebahagian dari demo security inspectn oleh pasukan elit TUDM itu.
Selepas jamuan pagi, berbagai pertunjukan lagi diatur, dari yang melibatkan terjunan udara, hinggalah yang meletup-letup dengan api menjulang naik setinggi bangunan tiga tingkat.
Untuk terjunan, Pengerusi UMB, Tun Faisal Ismail bersama wartawan kanan The Star ambik bahagian mewakili rombongan kami.
Mereka terjun dari ketinggian 10 ribu kaki dengan diikat belakang anggota Paskau.
tudm-400Saya tidak pasti apa jadi dengan terjunan wartawan kanan The Star terbabit, tapi saya dimaklumkan Tun Faisal 'berpusing-pusing' akibat hard landing masa mendarat. Nasib badan.
Selain pertunjukan demi pertunjukan tersebut, kami juga dibawa melihat pameran statik beberapa senjata terkini TUDM.
Ada bom yang boleh memecahkan bunker dan dipandu berdasarkan pancaran laser, ada alatan-alatan yang digunakan Paskau dan sebagainya.
Di setiap sesi ada pegawai-pegawai TUDM yang bertugas memberikan penerangan kepada kami.
Selain pertunjukan dan pameran, kami juga untuk kali pertama dalam sejarah TUDM berpeluang melihat Command and Control system di Sqdn 320 Sector Operations Centre 02 (SOC02) atau singkatannya SENTRY.
Teknologi ini bukan sebarang teknologi, baru dipasang pada 2011, dibeli dari Amerika dan menjadi mata TUDM di ruang udara.
Nak cerita bagi mudah, setiap pergerakan pesawat, kecil atau besar, sepanjang ruang udara Malaysia, semua dalam pemantauan 24 jam TUDM.
Sistem tersebut dapat mengenal pasti dengan mudah pesawat yang dikenali dan tidak dikenali berdasarkan warna pada jalur yang terbentang besar pada skin pemantauan.
Kalau warna biru, friendly, kalau warna kuning, pesawat tidak dikenali, maknanya dia belum hubungi menara kawalan untuk lapor keberadaannya dan jika yang warna kuning itu kekal tidak lapor dalam masa dua minit, jalur tersebut akan bertukar oren.
Makna jalur oren adalah pencerobohan, jika pesawat gagal dikenalpasti dalam tempoh lima minit seterusnya, dua pesawat MiG-29 akan digunakan untuk membuat 'siasatan'.
Wah bukan main-main rupanya menjaga kawalan udara negara ini, ada kes menurut penerangan pegawai TUDM itu membabitkan pesawat sebuah negara kuasa besar dunia.
Pesawat tersebut enggan melaporkan kehadiran mereka, tetapi dengan didikasi TUDM, dalam tempoh singkat, ia berjaya dikenalpasti berikutan 'pengakuan' oleh kedutaan negara tersebut.
"Ada lebih 2000 kes membabitkan 'pencerobohan' pesawat sebuah negara jiran, itu kita akui, tetapi ia bukan 'pencerobohan' dengan niat jahat," kata pegawai tersebut.
tudmsentry
Sebelum itu, kami bertanya soalan mengenai pesawat Singapura yang selalu dikatakan penceroboh ruang udara Malaysia.
Menurut TUDM, apa yang sebenarnya berlaku adalah, Malaysia dan Singapura berkongsi ruang latihan bersama-sama di satu kawasan luas tidak berpenghuni di Laut China Selatan.
Jadi pesawat Singapura yang hendak ke situ perlu melalui berhampiran dengan ruang udara Malaysia dan ada ketikanya mereka 'termasuk' berikutan faktor cuaca, juruterbang baru, dan lain-lain.
tudm-helme400"Setiap kali terjadi kami akan hantar laporan kepada Wisma Putra dan selalunya Wisma Putra akan hantar nota diplomatik," ujarnya.
Jadi 'pencerobohan' yang selalu diperkatakan itu bukanlah ancaman kepada kedaulatan negara.
Dan bukan hanya Singapura kerana terdapat juga kes pesawat Thailand 'termasuk' ruang udara kita di Langkawi semasa latihan.

Yang penting adalah TUDM sentiasa memantau dengan rapi setiap pergerakan masuk dan keluar ke dalam ruang udara kita.
Tiada satupun yang terlepas, kerana jika ada yang menggunakan teknologi yang gagal dikesan radar, TUDM ada cara lain mengesan pesawat halimunan tersebut.
Cuma kami tidak dimaklumkan dengan teliti berikutan faktor keselamatan, namun dari riak wajah pegawai TUDM yang beri penerangan tersebut, saya boleh buat kesimpulan TUDM ada teknologi untuk kesan pesawat anti-radar.
Selain SENTRY kami juga ditunjukkan bilik simulasi latihan peperangan udara yang membabitkan teknologi canggih yang menjimatkan puluhan juta kos latihan juruterbang-jururterbang elit pesawat perjuang TUDM.
tudm4001Bilik simulasi 360 darjah tersebut lengkap dengan semua rekod dan situasinya seperti dalam keadaan peperangan sebenar.
Selain simulasi untuk melatih pegawai-pegawai yang mengendalikan menara kawalan penerbangan.
Sungguh mengujakan lawatan setengah hari yang berakhir jam  2.00 petang itu. Walaupun sekejab namun padat dengan penerangan dan info yang patut dan boleh diceritakan kepada pembaca.
Selepas makan tengah hari ada sesi dialog dengan Datuk Zahid Hamidi, beliau dalam ucapan pembukaannya mengalu-alukan 'peluru-peluru' untuk dijawab beliau dalam sesi berterus-terang itu.
Ada macam-macam soalan, tapi paling menarik bab kehilangan enjin jet F-5E yang heboh diperkatakan tidak lama dulu.
Datuk Zahid tersenyum dengar soalan, selepas tarik nafas, beliau cerita dari A-Z apa yang jadi, ada yang boleh tulis ada yang tidak sebab kes masih dibicarakan di mahkamah.
Cukuplah untuk dikatakan, kes tersebut membabitkan seorang sarjan kebetulan ada kedai besi buruk dan kekasih warga Rusia.
Beliau menggunakan kedudukannya sebagai sarjan untuk mencuri masa cuti perayaan, sehingga anggota bawahan tidak menyedari apa yang terjadi.
Kes tersebut mendapat liputan berikutan desakan dan spekulasi yang dibuat pembangkang. Namun yang mengecewakan, kata Datuk Zahid, selepas sarjan tersebut didakwa, peguam pembangkang (DAP) juga yang membela beliau.
Dan cuba menjadikan isu tersebut sebagai isu kaum.
"Hakikatnya senang saja, dia buat kerja sorang-sorang, tiada pegawai yang terlibat dan kini enjin pesawat tersebut sudah kembali dan ada dalam simpanan TUDM," katanya.
Sebelum ini, enjin tersebut telah dijual ke luar negara dan ditemui di sebuah negara Amerika Latin.
Berkat dokumentasi TUDM yang lengkap, Peguam Negara berjaya mendapatkan semula enjin tersebut dan khabarnya baru tiba pada bulan Ramadhan lalu.
tudm3Lawatan tersebut berakhir selepas kami dengan selamatnya mendarat di Pengkalan Udara Subang kira-kira jam 4.00 petang.
Ingat dah habis, rupanya ada lagi acara makan dan sembang-sembang dengan pegawai-pegawai TUDM sehingga jam 7.00 malam di Kelab Rekreasi Tentera Udara.
Kambing golek jadi menu minum petang kami. Syukur, pengalaman yang mahal dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
Harap lepas ini, Datuk Zahid ajak pi naik kapal selam pulak. Akhirnya, terima kasih TUDM, terima kasih semua.

sumber : AGENDA DAILY



Komen GPB 

Ada lagi lawatan seperti ini ..jangan lupa juga  jemput Blog GPB .. ....Tak kan GPB nak  baca majalah Perajurit je setiap bulan   , kalau boleh nak merasai juga pengalaman .


default

Pakatan buta sejarah, Sang Saka Malaya bukan bendera asal Tanah Melayu !!

on Tuesday, September 4, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



 Dakwaan kumpulan yang mengibarkan bendera ‘Sang Saka Malaya’ pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, Khamis lalu, bagi menggantikan Jalur Gemilang kononnya ia bendera asal Tanah Melayu disanggah pakar sejarah. Bukan itu sahaja, pakar sejarah turut menggelar kumpulan tersebut sebagai pelupa dan jahil sejarah tanah air.

 Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah.

 Menurutnya, warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.

 “Perkara yang diperjuangkan kumpulan KMM ini adalah memerdekakan Tanah Melayu, tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya.

 “Namun majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Katanya, selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam.



 “Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun perjuangan mereka ini ditolak majoriti rakyat Tanah Melayu, tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula,” katanya.

 Semalam, Sinar Harian melaporkan blogger 'Singa Selatan' mengakui membawa bendera baru pada sambutan kemerdekaan tanah air kerana Sang Saka Malaya bendera itu adalah simbolik panji perjuangan dalam menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu.

 Sementara itu, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, bendera Sang Saka itu memang sering digunakan oleh negeri-negeri Nusantara sejak dahulu lagi, namun ia bukanlah bendera asal Tanah Melayu. Katanya, dakwaan bahawa bendera itu sebagai bendera asal adalah sesuatu yang amat bodoh dan cubaan mempersoalkan kedaulatan negara.

 “Parti yang mendukung pembentukan Indonesia Raya telah diharamkan, tetapi penyokongnya masih ada, jadi mereka cuba membuat pembohongan besar dengan cuba menukar sejarah kononnya itu adalah bendera asal,” katanya.

default

Sharbinee nafi jual perlawanan Terengganu vs Kedah ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Penjaga gawang pasukan Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli menafikan terlibat ‘menjual’ perlawanan ketika menentang Kedah Sabtu lalu dan bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan itu. Kontroversi itu bermula apabila Sharbinee dikatakan menjadi sasaran kemarahan pengendali skuad Penyu, Peter Butler selepas penjaga gol itu melepaskan gol mudah ketika Terengganu mendahului Kedah 1-0 di laman sendiri kelmarin.

 Mohd Sharbinee berkata, dia sedia disiasat badan anti rasuah itu kerana dia tiada apa-apa yang hendak disembunyikan. “Saya mahu membersihkan nama saya dan biar SPRM siasat, tuduhan ini amat menyedihkan apabila mereka melabelkan saya pemain yang mudah ‘dibeli’.

 “Walhal saya tidak pernah melakukan perbuatan itu dalam mana-mana perlawanan sekalipun. Sekiranya saya ada melakukan kesilapan, saya rela ditegur atau dikritik, tetapi bukannya dengan cara sebegini,” katanya ketika ditemui di Jalan Sultan Zainal Abidin, dekat sini semalam.

 Dalam pada itu, bekas penjaga gawang kebangsaan itu turut mengakui dia membuat kesilapan dalam perlawanan ketika menentang Kedah tempoh hari, dan tidak takut untuk mengaku kesalahan itu. “Apabila berlaku perkara seperti ini (dituduh jual perlawanan), ia memberi tamparan hebat buat saya untuk berdepan dengan masyarakat, lebih-lebih lagi peminat bola sepak.

 “Saya bersedia menerima kritikan terutamanya daripada jurulatih, tetapi bukannya dimalukan di hadapan peminat dalam stadium,” katanya. Menurutnya, tindakan Peter Butler yang mengkritiknya di hadapan penonton menyebabkan dia hilang sabar dan bertindak membaling botol air ke arah jurulatih kelahiran England itu.

 “Saya akui hilang sabar ketika itu, dia sepatutnya mengkritik saya dalam bilik persalinan dan saya sedia mendengar bukannya melemparkan kutukan pada saya dalam padang. “Malah saya juga hairan dengan tindakan dia (Butler) kerana sebelum ini kami mempunyai hubungan yang baik,” katanya. Sementara itu, Sharbinee berkata, dia bersedia berundur jika perkhidmatannya tidak diperlukan lagi, tetapi bukan dengan cara sebegini, sambil menyangkal khabar angin mengatakan dia akan bersama pasukan Johor musim depan. 

“Saya suka bermain untuk Terengganu tetapi jika saya perlu meninggalkan pasukan ini, maka saya tidak mahu untuk dengan cara seperti ini (rasuah). “Mengenai khabar angin itu (beralih ke Johor), ia sama sekali tidak betul dan saya masih pemain Terengganu. Buat masa ini saya mahu menyelesaikan masalah yang berlaku dengan cara terbaik,” katanya.

 Justeru, dia akan menunggu keputusan yang akan dibuat Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh sebelum membuat keputusan mengenai tindakan lanjut secara profesional. Sebelum ini, dua lagi pemain Terengganu, Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi Ashari turut disingkirkan daripada pasukan Terengganu yang didakwa oleh bekas jurulatih Kelantan itu melanggar disiplin dengan membawa pulang wanita ke bilik penginapan, ketika menentang Kedah di Stadium Darul Aman minggu lalu. 

Bagaimanapun, dua pemain ini tampil menyangkal dakwaan itu dan menuntut Peter Butler memohon maaf, namun bagi Mohd Sharbinee, dia tidak akan meminta Butler berbuat demikian. “Jika dia merasakan dia seorang jurulatih profesional, maka dia akan melakukan perkara yang sepatutnya,” katanya. Terengganu bakal kehilangan beberapa tonggak utama termasuk Mohd Sharbinee dalam saingan pusingan kedua Kumpulan B, Piala Malaysia ketika turun menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah esok (malam ini). Selain itu, skuad Penyu juga tidak dapat menurunkan penyerang import Liberia, Francis Forkey Doe, kerana digantung satu perlawanan berikutan dilayangkan kad merah ketika menentang Kedah Sabtu lalu

default

Owen bakal menyarung jersi pasukan di Liga Malaysia !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Bola sepak tempatan semalam dihebohkan dengan berita bintang penyerang England, Michael Owen bakal dilamar oleh pasukan dari Liga Malaysia (Liga-M). Beberapa laman web sukan tempatan dan rangkaian sosial, Facebook serta Twitter melaporkan sekumpulan usahawan dari Malaysia akan berlepas ke England untuk berbincang dengan pemain berusia 32 tahun itu, yang kini tidak mempunyai kelab selepas kontraknya bersama Manchester United tamat, Jun lalu.

 Menurut berita-berita yang tersiar di internet, sekumpulan usahawan tersebut bersedia menaja gaji Owen yang dikatakan hampir mencecah RM1 juta sebulan. Jumlah berkenaan hampir menyamai apa yang telah diberikan oleh United kepadanya musim lalu. 

 Tidak dinyatakan pasukan manakah yang berminat untuk mendapatkan bekas bintang Piala Dunia England itu, namun Johor FA antara yang dikaitkan dengan pembelian pemain tersebut. Ini kerana Presidennya, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah memberitahu sebuah akhbar tempatan bulan lalu, bahawa beliau berminat untuk membawa masuk beberapa pemain bertaraf dunia, termasuk Owen. 

Selain Owen, pemain yang dikatakan turut menarik minat Tunku Ismail adalah dua penyerang Argentina, Andres D'Alessandro (31 tahun) dan Pablo Aimar (32), penyerang Perancis, David Trezeguet (34) serta tonggak tengah Brazil, Elano Blumer, 31. Selain Johor FA, Kelantan dan Selangor turut dikaitkan dengan Owen malah terdapat versi berita yang menyebut kelab yang mengintai khidmat penyerang itu sedang mendahului kumpulan dalam saingan Piala Malaysia. Empat pasukan menjadi pendahulu Piala Malaysia ketika ini, LionsXII (Kumpulan A), Angkatan Tentera Malaysia (Kumpulan B), Negeri Sembilan (Kumpulan C) dan Pahang (Kumpulan D).

 Biarpun dikaitkan dengan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris, namun sehingga tempoh perpindahan pemain ditutup, 31 Ogos lalu, Owen, yang pernah menyarung jersi Liverpool, United, Real Madrid dan Newcastle United masih belum menyertai mana-mana pasukan. Akhbar Britain sebelum ini melaporkan pemain kelahiran Chester, England itu telah menolak tawaran dua kelab besar Eropah kerana enggan keluar daripada Liga Perdana Inggeris.

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers kelmarin menyuarakan minat untuk membawa Owen kembali ke Anfield, maslah minat yang sama disuarakan Stoke City. Pada zaman kegemilangannya, Owen merupakan bintang besar Liverpool dan England.

Dia telah membuat 216 penampilan buat Reds dan menghasilkan 118 gol. Bersama Newcastle United, dia beraksi 71 kali dan menjaringkan 26 gol. Karier Owen bersama Real tidak begitu gemilang apabila menjaringkan 13 gol daripada 36 perlawanan, manakala di United dia tenggelam bersama hanya lima gol dalam 31 perlawanan. Sepanjang menyarung jersi England dari 1998 hingga 2008, dia telah memiliki 89 cap dan menjaringkan 40 gol.

default

Black Ops basi pembangkang lagakan Muhyidin -Najib !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Poster misteri menyokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13), telah diedarkan di Johor. Bagaimanapun, Umno Johor menafikan bahawa poster itu dicetak oleh parti tersebut dan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu. 

 Imej pada poster itu, bersama dengan potret Muhyiddin dan bendera Malaysia, telah disebarkan secara meluas di Internet. Poster itu berbunyi 'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM sebelum PRU 13'di bahagian bawah dan 'Selamatkan Barisan Nasional' di atas. 

 Ia juga memaparkan logo BN dan Umno, serta tulisan 'Terbitan Barisan Nasional Negeri Johor'. Ketika dihubungi Malaysiakini semalam,- MALAYSIAKINI 



Ini salah satu lagi propaganda pembangkang yang cuba melaga-lagakan PM dan TPM . Memang desperado betul pembangkang  memainkan isu dan dihangatkan pulak oleh Malaysiakini . Isu ini sudah basi dimainkan pembangkang sebelum ini tapi kali ini dicetak pulak poster /risalah palsu .

Setakat risalah bodoh ini sapa pun boleh bikin , tapi  demi menutup masalah dalaman yang lebih parah ..mereka  dah terdesak untuk  mainkan  cerita bangang ini .

GPB difahamkan   Pemuda Umno Johor membuat laporan polis berhubung penyebaran poster tersebut di Johor Baru dan Kulaijaya, dengan mendakwa ia perbuatan untuk mencetuskan perselisihan antara pemimpin negara menjelang pilihan raya umum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.