default

Pemuda Umno PP buat laporan polis terhadap Himpunan Janji Bersih

on Tuesday, September 4, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kemarahan orang ramai terhadap tindakan biadap peserta Himpunan Janji Bersih yang memijak gambar PM &hina Jalur Gemilang semakin memuncak apabila 39 laporan polis dibuat termasuk Pemuda Umno P.Pinang.



Ketua Pemuda Umno negeri, Ir Shaik Hussein Mydin membuat laporan polis pada jam 3.00 ptg di IPD Bandar Perda di sini dengan disertai beberapa ketua pemuda Umno Bahagian.

Pemuda Umno negeri memandang serius tindakan kumpulan perserta berkenaan dan berasa tercabar dengan penghinaan ke atas pemimpin negara.
Published with Blogger-droid v2.0.8

default

Hanya di Malaysia , Proton Persona convert jadi BMW !!

on Sunday, September 2, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Sekali tengok macam kereta BMW , malah   diletakkan pulak lagi logo tertera kereta buatan  Jerman ini  . Sebenarnya ini hanyalah kereta PROTON PERSONA SE yang di conrvert jadi BMW.

Kalau Proton Inspira tukar logo ke Mitsubishi itu tak pa sebab keretanya memang asal dari situ , tapi yang lawaknya ini sejak bila BMW jadi partner dengan PROTON ..hahahaha...

Macam -macam betu;  ragam la pengguna kereta di Malaysia ini ...

default

Misteri bendera Jalur Gemilang dinaikkan di Selatan Thai

on Saturday, September 1, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




PATTANI, Thailand - Kumpulan pemberontak disyaki membakar beberapa helai bendera Thailand dan menaikkan bendera Malaysia di sini dalam satu operasi pengeboman terancang yang amat jarang berlaku di kawasan selatan negara ini semalam. Menurut polis, alat seperti bom ditemui di sekurang-kurangnya 60 lokasi di Narathiwat dan Pattani, wilayah yang majoritinya terdiri daripada penganut Islam.

Kebanyakan alat itu adalah palsu, tetapi hampir 12 unit daripadanya meletup dan mencederakan enam orang tentera.

 Pegawai Operasi Keselamatan Dalaman Selatan, Pramote Prom-in memberitahu tindakan memasang bendera Malaysia dengan bahan letupan itu bertujuan menunjukkan penentangan terhadap kerajaan Thailand dan mencipta ketegangan dengan Malaysia. Beliau meminta supaya kerajaan bertindak tegas sambil menyatakan serangan tersebut tidak memberi kesan terhadap hubungan di antara Bangkok dan Kuala Lumpur.


 Masih tidak jelas kenapa bendera Malaysia dinaikkan oleh kumpulan pemberontak itu. Bendera tersebut dipasang di sepanjang jalan, tiang elektrik, pokok dan laluan pejalan kaki di wilayah Yala, Pattani, Narathiwat dan Songkhla. Para penganalisis menyatakan militan mahukan sebuah negara yang merdeka, tetapi tidak pernah menunjukkan minat mahu menjadi sebahagian daripada Malaysia.

 Penyelidik kanan Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di New York, Sunai Phasuk mengakui bahawa motif pemberontak menaikkan bendera Malaysia masih misteri. Kumpulan pemisah dikatakan mula muncul sejak Januari 2004. Sejak itu, seramai 5,206 terbunuh dan 9,137 lagi cedera dalam banyak siri serangan. - Agensi Anda mungkin juga meminati:

default

3.6 juta Tweet Merdeka kepada PM dalam masa sejam ! #Merdeka55

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Dua rekod bagi kategori tweet terbanyak dan perhimpunan pengguna tweet terbesar dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang dtujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam Jumaat.

 Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, sebanyak 3,611,323 juta tweet dicatat dalam masa sejam kepada akaun perdana menteri, @NajibRazak seluruh negara yang mengandungi pelbagai mesej kemerdekaan.

 "Satu lagi rekod adalah kira-kira 10,128 orang telah menghantar tweet di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil dengan menggunakan #Merdeka55 pada satu-satumasa," katanya.

 Rais, yang juga Pengerusi Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, berkata demikian semasa mengumumkan rekod itu pada Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati sempena Hari Kemerdekaan negara di stadium itu malam Jumaat. Beliau berkata, pihak MBOR akan menyampaikan sijil rekod itu kepada PerdanaMenteri sempena sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September ini.

 Tweet sempena Merdeka adalah antara program semasa Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati, yang bertujuan memecah rekod dunia sebagai perhimpunan pengguna Twitter terbesar dunia dengan catatan 10,000 pengguna Twitter. - BERNAMA

default

MB Terengganu tak kompromi VS Che Mat pertahan pemain !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



''Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menegaskan, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak boleh berkompromi dalam menangani dua pemain Terengganu yang disingkirkan daripada skuad itu kerana masalah disiplin.

"Kita kena ikut peraturan dan tidak boleh berkompromi dengan mereka (dua pemain itu). Kita tidak mahu pemain yang tidak berdisiplin ini berada dalam pasukan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai dua pemain skuad Penyu yang dihukum keras oleh pengendali Peter James Butler kerana membawa perempuan balik ke bilik hotel penginapan.

Ahmad berkata beliau menyerahkan kepada pihak pengurusan PBSNT dan tidak kisah mengenai kehilangan dua pemain yang hebat kerana Terengganu mempunyai beberapa tonggak bintang muda untuk digilapkan.

"Kita tidak boleh jadikan bintang itu sebagai pasport mereka untuk menunjukkan contoh tidak baik walaupun kita perlukan tenaga mereka," katanya yang juga merupakan peminat nombor satu pasukan Terengganu.

Terengganu pastinya menerima tamparan hebat apabila dua pemain tonggak, Muslim Ahmad iaitu pemain pertahanan dan Ismail Faruqi Asha'ri (posisi tengah) disingkirkan daripada skuad itu kerana masalah disiplin. Tindakan itu dibuat selepas mereka didapati melanggar peraturan dan pulang ke bilik penginapan kira-kira 3 pagi serta kesalahan-kesalahan lain.


"Beberapa pemain dan pihak hotel melaporkan kepada saya bahawa Muslim dan Ismail dilihat telah keluar masuk hotel bersama dua orang wanita pada jam 3 pagi, malam sebelum perlawanan dengan Kedah." kata Peter Butler.

 "Ini satu perkara yang tidak berdisiplin dan tidak boleh diterima selagi saya jurulatih di Terengganu." tambahnya lagi. Peter Butler jurulatih yang dikenali sebagai seorang yang memegang kepada prinsip dan menekankan disiplin akui kecewa dengan sikap sesetengah pemain bola sepak di Malaysia. 

"Saya tidak kisah pemain ingin mempunyai teman wanita. Tetapi bukan pada jam 3 pagi, sehari sebelum perlawanan. Seorang pemain bola sepak harus bersikap profesional dan pilih waktu dan tempat yang betul.

Kejadian berlaku semasa skuad Penyu bertandang ke Alor Setar pada perlawanan Piala Malaysia tempoh hari sebelum kecundang 1-2 kepada tuan rumah, Kedah pada keesokannya (Selasa lalu). Ini sekaligus meranapkan impian dua pemain itu untuk meneruskan kempen Piala Malaysia musim ini bersama skuad 'Peteh Ganu Peteh'.

Sementara itu, pengurus pasukan, yang juga Yang Dipertua PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh berkata, persatuan itu belum menerima sebarang maklumat dan laporan daripada Butler berhubung salah laku dua pemain terbabit.

 "Kita meminta dia (Butler) membuat laporan secara rasmi berhubung perkara itu kepada persatuan supaya siasatan dapat dijalankan," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas perkara itu. Bagaimanapun, Che Mat berkata beliau kecewa kerana perkara itu timbul ketika pasukan Terengganu bergelut untuk merebut slot ke pusingan suku akhir.

Katanya, walau apapun, beliau yakin pemain Terengganu tidak mungkin melakukan perbuatan seperti yang didakwa jurulatih itu. "Kita percaya disiplin pemain-pemain kita tinggi," katanya.

Che Mat juga berkata, apa yang penting sekarang ini ialah Terengganu mesti menang semua perlawanan pusingan kedua saingan kumpulan, dan bukan mengadakan alasan jika kalah. "Kita dah kalah, terima sajalah... kenapa pula menimbulkan masalah dalaman kepada pihak luar yang boleh memalukan persatuan dan pemain?" katanya dalam nada kesal. - Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.