default

ABU "Asalkan Bukan UMNO "dah melingkup jadi abu mayat ..

on Tuesday, August 14, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Kemana perginya mereka mereka yang kononnya membawa kempen Asalkan Bukan UMNO? Inilah hasilnya selepas mereka yang mahu memburukkan UMNO.

Kini ABU bakal terkubur, menurut rakan Keris yang juga bekas ahli ABU,dia menyatakan sebenarnya mereka didalam ABU sudah tidak punyai sebarang persefahaman dan semuanya nampak macam gila kuasa.

 Berebut jawatan dan mahu jadikan ABU sebagai medan batu loncatan mereka dalam meraih kedudukan dalam hieraki pembangkang. Jelas mereka telah pergi jauh daripada motif penubuhan ABU.

 Pernah Keris kata dahulu bahawa projek ABU ini akan gagal kerana rakyat Malaysia masih lagi percayakan kerajaan Barisan Nasional dan UMNO sebenarnya. Kini Haris Ibrahim juga telah menyatakan kebimbangan dia terhadap ABU. Nak kata apa? Beli batu nesan sahajalah buat 'Asalkan Bukan UMNO' sumber : Keris 7lok

default

Akibat terpengaruh The Dark Night, rakyat Kelantan letup Bank Rakyat !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Seorang suspek kes meletupkan Bank Rakyat Cawangan Masjid Tanah, Melaka kelmarin berjaya ditahan oleh polis Kelantan di Pasir Puteh awal hari ini. Lelaki berusia 25 tahun, yang dipercayai bertugas sebagai kakitangan awam, berjaya diberkas kira-kira jam 2.45 pagi semasa berada di rumahnya di Kampung Merkang.

 Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, suspek akan diserahkan kepada polis Melaka untuk tindakan selanjutnya.

 "Dipercayai lelaki terbabit yang berasal dari Kelantan, bekerja berhampiran kawasan bank itu," katanya. Dalam kejadian kelmarin, sekumpulan perompak gagal dalam cubaan mereka melarikan wang dalam sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) selepas cuba meletupkannya. 

 Dipetik media kelmarin, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata dalam kejadian 3.20 pagi itu, sejenis bahan letupan dipasang pada salah sebuah mesin ATM di bank tersebut yang menempatkan dua mesin ATM dan satu mesin deposit wang (CDM).

 Letupan itu bukan saja mengakibatkan kerosakan teruk pada mesin ATM itu malah menyebabkan cermin bahagian hadapan bank tersebut pecah selain keretakan pada dinding dan siling bangunan itu.

Komen GPB

Duit rompakan ini sebagai derma untuk buat lebuhraya rakyat Husam kot ...hahaha..

default

Cara baru syarikat tambang murah menarik pelanggan !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Ada bikini show didalam pesawat merupakan hal yang belum pernah dilakukan maskapai penerbangan mana pun di dunia ini namun masakapai penerbangan baru di Vietnam menghadirkan bikini show didalam pesawat yang menampilkan wanita wanita cantik Vietnam denganbikini yang sedang berlangak lengok didalam pesawat.



 Salah satu maskapai penerbangan baru di Vietmam bernama VietJet Air menyajikan pertunjukan unik Bikini Show dalam pesawat dalam penerbangan perdana mereka menuju Ho Chi Minh City ke pantai eksotis Nha Trang dengan hanya memakai bikini.

 Pihak maskapai penerbangan menggunakan wanita wanita cantik dari kontes kecantikan Vietnam mereka mengenakan bikini seksi sambil berjalan jalan didalam pesawat, acara ini pun menjadi tontonan menarik bagi para penumpang pesawat VietJet Air, m0mentum ini pun dimanfaatkan para penumpang untuk mengambil foto dan video para model yang mengunakan bikini seksi itu bahkan ada penumpang yang mengungah videonya kedalam situs Youtube.

 Namun aksi yang dilakukan maskapai VietJet Air ini mendapatkan sangsi dari Badan Penerbangan Sipil Vietnam karena diangap mengabaikan keselamatan penumpang dengan mengizinkan para penumpang mengunakan ponsel di dalampesawat. Maskapai baru inipun mendapatkan denda sebesar 20 juta dong atau sekitar Rp9. sumber: laman Izz


default

Tips untuk elak terperangkap jammed di lebuhraya PLUS !!

on Monday, August 13, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Plus Ekspressway Bhd (PLUS) pada Isnin mengeluarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) kepada penggunanya bagi mengurangkan kesesakan di lebuhraya menjelang musim perayaan Aidilfitri. Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi berkata, pelan perjalanan yang diatur oleh ini akan membantu orang ramai merancang perjalanan mereka dalam menghadapi 1.4 juta kenderaan yang dijangka berada di lebuhraya PLUS pada waktu puncak nanti.

 “Jumlah ini adalah peningkatan 30 peratus berbanding 1.1 juta kenderaan sehari yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan pada hari biasa. “Jika semua kenderaan memasuki lebuhraya serentak sudah pastilah kesesakan teruk akan berlaku…sebab itu kita rangka jadual TTA dengan mengagihkan trafik secara berperingkat,” katanya pada sidang media yang diadakan di Persada PLUS dekat sini, Isnin.

 Menurut Mohammad Fuad, TTA membantu dengan pengagihan trafik mengikut masa dan destinasi tertentu.

Lembah Klang ke Kedah , Perlis ,P.Pinang & Johor  

1-  memasuki lebuhraya Utara-Selatan sebelum pukul 12 tengahari.

Lembah Klang ke  Kuala Kangsar, Changkat Jering dan Taiping

1- memasuki lebuhraya antara pukul 12 tengahari hingga 3 petang

Lembah Klang ke  Ipoh, Simpang Pulai, Gopeng, Tampin dan Alor Gajah (melalui Simpang Ampat)

1-  memasuki lebuhraya antara pukul 3 hingga 6 petang


 Lembah Klang ke Tapah, Bidor, Sungkai, Slim River, Tanjung Malim, Senawang, Port Dickson dan Seremban

1-  memasuki lebuhraya ialah selepas pukul 6 petang.


 Menurut Mohammad Fuad lagi, TTA yang dikeluarkan PLUS adalah untuk pengguna yang menggunakan lebuhrayanya pada waktu puncak iaitu dari 16, 17, 18, 30 dan 31 Ogos ini. Mengulas lanjut, beliau berkata lebih kurang 50 peratus pengguna lebuh raya telah mematuhi TTA cadangan PLUS pada Aidilfitri tahun lepas dan ia merupakan peningkatan sejak diperkenalkan pada 2007.

 Katanya, kadar pematuhan yang tinggi terhadap jadual TTA akan berjaya mengurangkan kesesakan sekali gus melancarkan perjalanan dan selesa kepada pengguna. Beliau menambah, bagi menggalakkan orang ramai bekerjasama mematuhi jadual ini sebanyak 50,000 jadual telah dicetak untuk diagihkan kepada orang ramai.

 Sementara itu PLUS turut mencadangkan waktu memasuki Tambak Johor dan Linkedua serta Jambatan P.Pinang mengikut plat kenderaan.

 “Kenderaan yang nombor plat diakhiri nombor ganjil disarankan memasuki laluan ini pada setiap jam ganjil seperti pukul 9, 11, 1 dan 3 petang.

 “Kenderaan bernombor plat genap pula masuk ke lebuhraya pada jam genap seperti pukul 4, 6, 8 dan 10,” jelasnya. (Mstar)

default

Datuk Lee Chong Wei winnable candidate BN di P.Pinang !

on Saturday, August 11, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Penulis : Beruang Biru.


Sukan sememangnya mampu menyatukan rakyat sesebuah negara. Ini satu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa dan Nelson Mandela telah membuktikannya.

Di Malaysia juga sama di mana setiap kali acara sukan yang menyaksikan pasukan Malaysia beraksi, pasti semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan fahaman politik, akan bersatu menyokong pasukan negara.

Benar, ada segelintir yang bersifat khianat terhadap negara sendiri serta tiada semangat patriotisme mahupun kesukanan seperti ADUN DAP, Manoharan Malayalam dan beberapa lagi pemimpin Pakatan Rakyat, namun jumlah mereka terlalu kecil dan tidak mampu menggoyah semangat perpaduan majoriti rakyat Malaysia di dalam sukan.

Oleh itu, dengan kemenangan pingat perak Dato’ Lee Chong Wei dalam sukan Olimpik yang sedang berlangsung, ramai yang mula memperkatakan tentang kemungkinan beliau akan dinamakan sebagai calon pilihanraya. Lebih-lebih lagi apabila terdapat komen-komen positif dari peminat beliau yang mengaku akan mengundi beliau sekiranya beliau dicalonkan.

Semua orang bersetuju bahawa Chong Wei telah berjaya menyatukan rakyat Malaysia.

Menurut desas-desus, ada pihak yang sedang mencuba untuk menamakan beliau sebagai calon di Pulau Pinang.

Jika ini benar, ia mungkin juga sesuatu yang positif bagi mengimbangi penguasaan DAP yang gemar meniupkan api perkauman dan menghapuskan semangat cintakan negara di kalangan rakyat.

Dengan sikap Manoharan yang memperlekehkan pingat perak Chong Wei telah dengan sendirinya membuktikan bahawa DAP tidak pernah berkongsi aspirasi dan semangat negara ini.

Justeru, memandangkan Chong Wei boleh dikatakan sebagai simbol perpaduan dan semangat rakyat Malaysia, pencalonan beliau dalam pilihanraya mungkin mampu membantu rakyat yang telah tersasar gara-gara terpengaruh dengan DAP/PR, agar kembali menghargai bumi yang dipijak serta langit yang dijunjung ini.

Pencalonan Chong Wei sebagai calon pilihanraya adalah tidak mustahil menjadi nyata kerana sebelum ini, Soh Chin Aun, bekas Kapten Bolasepak Malaysia yang terkenal pernah dicalonkan untuk bertanding dalam Pilihanraya 1986 di Kota Melaka. Bagaimanapun, beliau telah kalah kepada Lim Guan Eng dengan majoriti lebih 17,000 undi.

Namun, ini tidak bermakna yang Dato’ Lee Chong Wei juga akan kalah jika bertanding memandangkan rakyat benar-benar dahagakan seorang tokoh berjiwa rakyat dari kaum bukan Melayu yang mampu mempengaruhi rakyat berbagai kaum untuk menghayati semangat 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri.

Jika faktor ini diambil kira, kita tidak ragu-ragu lagi bahawa wira badminton kita ini adalah termasuk dalam kategori ‘calon boleh menang’ yang kita cari-cari dalam PRU nanti.

Bagaimanapun, ini hanyalah desas-desus dan sekiranya ia benar maka mungkin Malaysia perlu fikirkan semula satu perkara, iaitu: Apakah kita lebih memerlukan Dato’ Lee Chong Wei untuk mengharumkan nama negara di dalam sukan badminton atau kita lebih memerlukan beliau untuk turun padang memberi penerangan serta menghulurkan bantuan kepada rakyat bagi pihak BN?

Yang pasti, melahirkan seorang wira badminton bertaraf dunia tidak semudah mencari calon pilihanraya!

Untuk itu, Syabas Dato’ Lee Chong Wei! Malaysia sentiasa bersamamu, tak kira menang ataupun kalah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.