default

Pesanan Datuk Hamdi Abu Bakar untuk rakyat Perak

on Thursday, May 14, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Selepas PRU12 8 Mac 2008. Atas alasan BN memperolehi 28 kerusi berbanding DAP 18, PKR 7 dan PAS 6. Dato Tajol Rosli telah mengadap DYMM Tuanku Sultan Perak memohon BN membentuk kerajaan. Baginda menolaknya, kemudian Dato Tajol memohon pembubaran Dewan atas alasan tiada parti yang mempunyai majoriti! Tuanku Sultan Perak telah menolak!

Maka Dato Tajol berkata adalah tidak adil jika Tuanku Sultan membubarkan Dewan sekarang ini di atas tuntutan DAP, PKR & PAS yang mempunyai hanya 28 kerusi sahaja, sedangkan kita semua tahu BN + Bebas = 31 kerusi(Majoriti mudah)

Maka YB Dato Dr Zambry berkata adalah menjadi tanggungjawab BN untuk mempertahankan hak majoriti rakyat melalui persidangan Dewan! BN tidak gentar menghadapi pilihanraya. Persoalannya sekarang kenapa kita harus memohon dewan dibubarkan pada ketika BN mempunyai majoriti?

Lagipun pilihanraya akan hanya membazirkan wang rakyat dan menyusahkan kehidupan rakyat sahaja.

Kembalilah Kepada Rakyat. Pertahankan Hak Majoriti Rakyat di Dewan Undangan Negeri Perak!

Sekian. Dato Hamdi Abu Bakar

default

Gempar! PKR Perak: 1 Ahli Parlimen 1 Adun Perak Akan keluar Dari PR

on Wednesday, May 13, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

MEMANG BERITA GEMPAR HARI INI DAN PASTINYA HITS TERTINGGI ... KRISIS POLITIK DI PERAK SEMAKIN PANAS .TIADA LAGI JALAN PENYELESAIAN KE ARAH LEBIH BAIK DALAM MASA TERDEKAT INI .

WALAUPUN KEPUTUSAN ISNIN LEPAS MEMIHAK KEPADA NIZAR BINTANG 3 SEKEJAP DAN DITARIK BALIK SEMALAM OLEH MAHKAMAH RAYUAN YANG MEMBENARKAN ZAMBRY SEBAGAI MENTERI BESAR YANG SAH LAGI SEHINGGA KEPUTUSAN RAYUANNYA DIUMUMKAN . KINI TIMBUL PULAK ISU 1 AHLI PARLIMEN DAN 1 AHLI DUN BAKAL KELUAR DARI PKR PERAK!!!

SEMAKIN HARI SEMAKIN TERDEDAH KEPINCANGAN DAN KERAKUSAN NIZAR SERTA NGA DAN NGEH YANG GILAKAN KUASA SERTA TIDAK LANGSUNG MENDENGAR PANDANGAN ADUN2 MEREKA YANG LAIN .

KLIK DI SINI BLOG PISAU
PANASSS

Adun PKR Kuala Kurau dan Ahli Parlimen PKR Bagan Serai akan keluar dari PKR. Difahamkan rundingan telah pun diadakan malam tadi dengan wakil BN Perak. Adun Kuala Kurau ini saya difahamkan terlalu meluat dengan perangai Nizar,kerana langsung tidak berbincang dengan semua Adun dalam kemelut poltik di Perak.

Manakala Ahli Parlimen Bagan Serai itu pula ada masalah dengan Ketua Bahagiannya. Difahamkan ketua bahagiannya telah memberi amaran kepadanya yang berbunyi begini 'jangan harap kamu akan dipilih sebagai calon dalam pru akan datang'.



ADAKAH INI PETANDA PR DI PERAK BAKAL MENUJU KEHANCURAN ??? DENGAN KEMELUT YANG ADA DI DALAM PAKATAN SENDIRI ADALAH TIDAK WAJAR DIBUBARKAN DUN PERAK . JIKA ADUN PKR KUALA KURAU INI KELUAR BERKMAKNA BELIAU BAKAL MENGIKUT JEJAK 3 ADUN BEBAS ITU .

Akhir kata, sepotong ayat Al-Quran untuk renungan kita semua..

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاء وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاء وَتُعِزُّ مَن تَشَاء وَتُذِلُّ مَن تَشَاء بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Ali-Imraan, ayat 26)Wassalam....

LINK
PERMULAAN SEBUAH LAGI PERJUANGAN- Datuk Dr Zambry
AKU CABAR KAU NIZAR !! - PARPUKARI
2 WAKIL RAKYAT PAKATAN BAKAL KELUAR
ANWAR PERIOD ??
Realiti politik di Perak
Siapa ahli politik ,Siapa Negarawan di Perak ??

default

Gambar MB MINORITI sementara Perak yang sah

on Monday, May 11, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments


Nizar begitu gembira sekali hari ini kerana dia sudah berjaya menentang siapa yang menghalangnya untuk memegang kuasa .Dalam sejarah demokrasi di Malaysia dan mengikut prinsip demokrasi , NIZAR adalah orang pertama menjadi Menteri Besar yang menjadi MB yang kerajaannya minoriti dalam DUN!!! haha

Di tempat kerja aku ,penyokong2 pas dan pkr cukup bangga keputusan mahkamah memihak Nizar dan mengutuk zambry supaya balik Pangkor dan serah balik kereta Camry .Kita sendiri sedia maklum Tuanku Sultan yang melantik MB Perak iaitu Dr Zambry dan telah berlaku juga proses mengangkat sumpah di Istana Raja. Jika kita lihat perkara ini , Nizar inilah Melayu yang tidak hormat keputusan Raja yang berani mencabar keputusan perlantikan Dr Zambry tempohari maka ianya secara tidak langsung telah mencabar keputusan Sultan Perak!




Wahai Nizar, anda harus ingat seperti kata2 P Ramlee dalam Labu Labi , " Hari ini hari kau ,entah esok hari aku pulak " .

Kita semua haruslah bersabar dan bertenang menerima keputusan Mahkamah hari ini. Semuanya ada hikmah disebaliknyaTak kan lari gunung dikejar. Manusia merancang,tetapi Allah yang menentukan segalanya.Jika tidak aral melintang Insyaallah negeri Perak ini akan kembali lagi ditadbir oleh kerajaan BN dengan aman damai. KLIK DI SINI

SELAIN ITU ,MENURUT BLOGGER X PKR , KAEDAH SUN TZU 'THE ART OF WAR' SEDANG DIIMPLEMENTASI !

KITA BERUNTUNG MEMPUNYAI PM DS NAJIB TUN RAZAK IAITU SEORANG YANG KUAT MEMBACA DAN SEORANG PEMIMPIN YANG BIJAK ...

KLIK DI BAWAH


http://x-pkr.blogspot.com/2009/05/anwar-meludah-ke-langit.html

default

Tahniah Nizar !! Dari Penduduk Perak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Ke hadapan YAB Dato Seri Nizar, didoakan semoga berada dalam perlindungan Allah hendaknya. Saya mengucapkan tahniah kepada Dato Seri kerana berjaya menjadi Menteri Besar semula dengan keputusan Mahkamah Tinggi.

Sesungguhnya YAB Dato Seri telah mencipta sejarah yang besar serta menjadi orang pertama yang dahulu (the first to achieve several first) dalam sejarah di negara ini.

YAB Dato Seri adalah satu-satunya Menteri Besar di dalam dunia yang mempunyai hanya enam kerusi dari 59. UMNO ada 27, MCA ada satu, DAP ada 17, PKR 5, Bebas 3 dan PAS ada enam. Tetapi kehebatan Dato Seri menjadikan Dato Seri Menteri Besar Perak walaupun mempunyai kerusi yang sedikit.

Kedua Dato Serilah yang pertama memberikan tanah hak milik 999 tahun kepada kampung-kampung baru. Jika lihat sejarah, kampung-kampung baru ini adalah bekas-bekas komunis yang dipindahkan di bawah Rancangan Briggs zaman darurat. Tahniah Dato Seri mengiktiraf pengganas komunis. Malangnya tidak pula memberi pengiktirafan kepada bekas-bekas tentera yang 99 peratus orang Melayu yang telah berkorban jiwa dan nyawa untuk tanahair. Tahniah Dato Seri.

Penghargaan juga kepada YAB Dato Seri kerana menjadi ahli politik PAS pertama merealisasikan konsep Malaysian Malaysia anjuran PAP yang disambung perjuangannya oleh DAP. YAB Dato Seri juga tahu bahawa Lim Kit Siang, maestro DAP itu adalah bekas setiausaha politik Lee Kuan Yew dan merupakan penyambung perjuangannya di Tanah Melayu selepas Singapura disingkirkan dari Malaysia.

YAB Dato Seri saya juga mengucapkan tahniah kepada YAB Dato Seri kerana berani mengenepikan Raja dan lebih patuh serta taat kepada Ngeh dan Nga lebih daripada DYTM Sultan Perak. Dato Serilah wira.

Dato Seri tahniah juga kerana walaupun berdarah separuh Cina, Dato Seri lebih Cina dari Cina-cina lain sebab sanggup menggunakan agama Islam untuk menjual orang-orang Melayu Perak.

Ini bukan sembah derhaka cuma doa saya agat kubur YAB Dato Seri tidak akan dikencing anak cucu kita nanti bila agama, negara dan bangsa sudah tergadai demi semata-mata untuk YAB Dato Seri mencapai cita-cita Dato Seri menjadi Menteri Besar.

Akhir kata saya doakan agar YAB Dato Seri dilindungi Allah swt dan dibukakan hati untuk melihat kebenaran. Amin

Salam Hormat

Rahimi Ariffin
Kg Seri Kinta
Ipoh Perak

MINTA JASA BAIK RAKAN-RAKAN SEMUA UNTUK SEBARKAN MAKLUMAT INI!

sumber : http://parpukari.blogspot.com/2009/05/tahniah-nizar-dari-penduduk-perak.html

Link

http://faisalrohban.blogspot.com/2009/05/warkah-terbuka-untuk-nizar-bintang-tiga.html

default

Nizar akan berhadapan dengan undi tidak percaya

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Mahkamah Tinggi telah memutuskan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Dalam keputusanya Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata Menteri Besar hanya boleh disingkirkan menerusi undi tidak percaya sedangkan Dewan Undangan Negeri Perak tidak mengadakan undi berkenaan keatas Nizar.

Dr.Zambry dan 6 exconya diberitakan sedang mengemas pejabat sekarang untuk keluar daripada sana sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.Syabas kepada Dr.Zambry dan exco-exconya kerana menghormati keputusan mahkamah. inilah satu contoh yang baik ditunjukan oleh seseorang pemimpin yang mendukung prinsip demokrasi dan bukan seperti pemimpin pakatan seperti nizar dan sivakumar penderhaka .

Satu sidang tergempar DUN Perak akan diadakan untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada Nizar .lihat di sini blog Parpu Kari

Insyaallah bila sidang tersebut diadakan ianya akan memihak kepada BN. Ini kerana BN mempunyai 28 orang adun + 3 bebas menyokong BN= 31. Manakala pakatan hanya mempunayi 28 adun. Nizar harus ingat pengantungan Sivakumar terhadap 10 ADUN termasuk Zambry adalah tidak sah kerana mahkamah telah membenarkan mereka menghadiri Sidang DUN .

Bila keputusan sidang dun nanti diputuskan saya berharap penyokong-penyokong pakatan juga akan menerima keputusan tersebut sebagaimana keputusan mahkamah hari ini.Rakyat Perak amnya tidak boleh menerima pemimpin yang samseng ,naik atas meja kerusi maki orang ,tidak menghormati langsung Tuanku Raja Muda yang terpaksa menunggu 5 jam untuk memberi titah ucapan . Pada 7 hb Mei itu lah Allah telah menunjukkan diri sebenar pemimpin DAP dan PKR yang cukup samseng dan rakus kepada kuasa.

Di mana Maruah Bangsa kita jika pemimpin pakatan seperti ini memimpin negeri kerana Sultan sendiri yang menjadi payung kepada seluruh rakyat pun mereka permainkan dan tidak menghormati inikan pulak jika ada teguran rakyat bawahan terhadap mereka.

BANGKITLAH BANGSAKU !!! JANGAN BIARKAN MARUAH BANGSA KITA INI TERGADAI DAN JIKA KITA BIARKAN KELAK ANAK CUCU CICIT KITA AKAN MENYUMPAH KITA DEK KERANA DIRI KITA SENDIRI YANG ALPA DAN TIDAK AMBIL PEDULI MARUAH BANGSA SEKARANG YANG KITA SUDAH DIPERMAINKAN ...

HIDUP MELAYU !! HIDUP MELAYU !! HIDUP MELAYU !!


link

Akur keputusan tetapi masih ada jalan
Nizar berdepan undi tidak percay di DUN Perak
Apa faedah Nizar menang di mahkamah ???
Nizar Bintang 3 dilantik semula menjadi MB tetapi.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.