
Berita paling gempak yang ditunggu-tungu oleh semua orang hari ini Isnin 11 Mei ialah keputusan Mahkamah Tinggi siapa Menteri Besar Perak yang sah samada Datuk Seri Dr. Zambry Kadir atau Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ?
Keputusan yang menentukan dari segi perundangan keatas pertikaian di Perak itu dijangka diumumkan oleh Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim di kompleks mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur sekitar jam 2.30 petang. Mengikut undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak ,jika sesorang MB itu sudah hilang majoriti di DUN maka secara automatiknya beliau disingkirkan Nizar dari jawatan dari MB setelah hilang kepercayaan dalam DUN .Hal ini kerana kini BN menguasai Dewan Undangan Negeri dengan 28 wakil rakyatnya dan tiga Bebas yang menyokongnya berbanding 28 di pihak pembangkang. Kalau tanya budak sekolah pun tahu yang mana lebih banyak samada 31 ke 28 .
Selama ini semua orang beranggapan termasuk saya iaitu bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dipecat daripada jawatan Menteri Besar. Namun, Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-Kuasa Khas Kuala Lumpur diberitahu Sultan Perak tidak memecat Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, sebaliknya beliau disingkirkan daripada jawatan itu mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
Perkara itu dihujahkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam semakan kehakiman yang dikemukakan oleh Nizar untuk mendapatkan perisytiharan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.
Menurut Gani, penyingkiran Nizar dilakukan oleh Sultan Perak mengikut peruntukan Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak ekoran Nizar telah kehilangan kepercayaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Nizar hilang kepercayaan atau sokongan DUN tersebut ekoran tiga orang ADUN iaitu ADUN Behrang, Jamaluddin Radzi, ADUN Bukit Gantang Kapten (B) Osman Jailu, kedua-duanya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ADUN Jelapang, Yee Hit Foong (DAP) keluar daripada parti masing-masing dan menjadi ADUN Benas dan menyatakan sokongan kepada Barisan naisonal (BN) untuk mebentuk kerajaan yang baru.
VIDEO GANAS ADUN PKR /DAP DI DUN PERAK 7/5/2009
SEBARKAN VIDEO INI !!! DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA !! SELAMATKAN ISLAM ! SELAMATKAN MELAYU ! SELAMATKAN MALAYSIA NEGARAKU TERCINTA !
Selain itu , Hari ini juga tarikh keramat bagi UMNO yang menyambut ulangtahun ke 63 penubuhan UMNO yang dahulunya dikenali sebagai PEKEMBAR dan 11 Mei 1946 di Johor Bharu . Semoga UMNO yang dipimpin oleh DS Najib yang menjadi nakhoda akan terus memperjuangkan agama ,bangsa dan negara.



