Pages
▼
Monday, September 26, 2016
TUGAS BERAT KHAIRY JAMALUDDIN & PEMUDA UMNO PASTIKAN SOKONGAN BELIA DENGAN BN
Pergerakan Pemuda UMNO mempunyai tanggungjawab dan tugas besar bagi memastikan sokongan belia tidak beralih arah sekali gus menyertai parti baharu yang ditubuhkan bekas pemimpin UMNO menjelang pilihan raya umum akan datang.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, parti baharu yang ditubuhkan bertujuan menentang Barisan Nasional (BN) dianggap serius dan memerlukan Pemuda untuk melipatgandakan usaha bagi memastikan BN terus menjadi pilihan.
“Pemuda memandang serius dan tidak mengambil mudah penubuhan parti baharu ini. Saya berpesan kepada semua pemimpin Pemuda bahawa kita mempunyai tugas besar untuk memastikan sokongan sedia ada tidak beralih kepada parti baharu.
“Saya sering ingatkan pada setiap pertemuan dengan pemimpin Pemuda bahawa mereka kini menggalas tanggungjawab untuk memastikan UMNO dan BN kekal menjadi pilihan belia termasuk di Sabah,” kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan replika cek peruntukan Hari Sukan Negara (HSN) 2016 peringkat Sabah di sini hari ini.
Pada majlis itu, Kementerian Belia dan Sukan mengumumkan peruntukan kira-kira RM2.7 juta kepada 2,985 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) bagi menjayakan HSN 2016.
Khamis lalu, bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengesahkan beliau akan mengambil alih sebuah parti politik sedia ada di Sabah yang akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Dalam pada itu, Khairy turut berharap, generasi muda terutama di Sabah terus rasional melihat kepada kestabilan politik yang dibawa oleh BN terutama ketika UMNO berada di negeri ini. -
Saturday, September 17, 2016
Tweet BiaDAP Jeff Oii tunjukkan DAP parti Rasis terhadap ulamak
Ini lah pemimpin parti rasis DAP . Dalam tempoh tak sampai 24 jam Jeff Ooi punya spin boleh berubah 360 darjah.
Apabila modus operandi mereka diulangi dengan cepat-cepat menafikan tweet itu dengan menggunakan alasan twitter digodam, ia jelas memakan diri.
Mungkin disebabkan dia terpaksa berkata semula twitternya tidal digodam.
Kenyataan tweet 'Adios Harun Din. Let there be peace' yang menimbulkan kemarahan umat Islam jelas membuktikan kebenciannya kepada ulama seperti Datuk Dr Haron Din selama ini.
Ini bukan kali pertama pemimpin DAP mengeluarkan perkataan kurang ajar tetapi sudah berulang kali.
Sebenarnya inilah realitinya menunjukkan wajah sebenar DAP apabila berdepan dengan isu melibatkan agamawan yang dilihat tidak selari dengan ideologi perjuangan sekular mereka menentang hudud .
Hanya macai2 DAP Melayu dan PKR sahaja masih mahu duduk bersekongkol dengan pemimpin rasis dan bebal dalam DAP .
Thursday, September 15, 2016
WARKAH SAIFUL BUKHARI UNTUK MUHYIDDIN TERDESAK NAK BEBASKAN ANWAR
WARKAH SUBUH BUAT TAN SRI MUHYIDDIN
Kepada Tan Sri, jika benar seperti yang dilaporkan dalam keratan media yang saya lampirkan ini, maka saya amat bersimpati dengan Tan Sri. Saya bersimpati kerana di awal perjuangan melalui wadah baru (PPBM) ini Tan Sri sudah terkhilaf.
Pada hemat saya, tidak perlu gentar untuk peroleh sokongan jika yakin wadah baru ini BENAR. Perjuangan berlandaskan kebatilan saya kira kurang keberkatannya, sukar untuk berjaya. Apatah lagi memohon pertolongan 'sokongan' dari makhluk yg Tan Sri sendiri tahu kebenarannya dan sudah diputuskan bersalah oleh Mahkamah.
Mohonlah pada Allah SWT dan bersama makhluk yang BENAR jalannya.
Dalam kamus politik berdusta itu kononnya tidak salah, tapi dalam agama berdusta tak kira dalam politik atau tidak, ia sama sahaja semasa perhitungan di masyar nanti.
Apa lagi dengan menjaja dusta itu untuk meraih sokongan, yang bakal menganiaya saya sebagai mangsa dalam kes ini.
Nasihat saya, usah cemarkan wadah baru(PPBM) yang ibarat bayi yang masih suci ini dengan kekotoran. Marhaen di luar ingin tahu hala tuju parti, dasar, idealisme n etc, bukannya janji jika menang pilihanraya mahu bebaskan banduan yang bersalah.
Biarlah beliau menjalani hukuman, kelak akan bebas jua akhirnya, berkemungkinan lebih awal jika berkelakuan baik.
Belum terlambat untuk perbetulkan. Namun jika Tan Sri beranggapan 'jalan pintas' ini jalan yang terbaik, maka saya ucapkan selamat 'maju' jaya.
Terus doa, sabar & istiqamah.
SAIFUL BUKHARI AZLAN
p/s: Sebelum anda semua tanya apa hak saya nk ulas? Ingin saya maklum sebagai pihak yang berkepentingan dalam kes ini, saya mempunyai 'locus standi' untuk mengulas apa yang diperkata oleh Tan Sri.
p/s 2: Kpd Tan Sri, mohon renung, dan hayatilah dua Firman Allah di bawah:
Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalang mereka dari jalan yang benar,
sedang mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk.
[al-Zukhruf 43:37]
Syaitan sentiasa menjanjikan mereka serta memperdayakan mereka
dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh syaitan itu
tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.
[al-Nisa’ 4:120]
Wednesday, September 14, 2016
PM UMUM UPGRADE PENCAWANG ELEKTRIK ATASI MASALAH LRT KELANA JAYA @NajibRazak
Langkah drastik diambil kerajaan BN untuk mengatasi gangguan elektrik untuk sistem LRT Kelana Jaya diumumkan PM semalam dengan menaiktaraf 15 pencawang tenaga elektrik
Pengumuman oleh PM menunjukkan keprihatinan pemimpin No 1 negara terhadap masalah dihadapi rakyat yang menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat di Lembah Klang . Semasa dibawah pemerintahan Najib , sektor pengangkutan awam telah banyak ditambah untuk rakyat seperti penukaran tren baru LRT Ampang , MRT dan LRT 3 .
Pencawang tenaga elektrik sewajarnya perlu ditukar bukan sahaja set tren dan laluan sahaja ditambah . Ini kerana sistem lama yang sudah menjangkau usia 20 tahun digunakan sudah tentunya akan rosak dan menghadapi masalah teknikal .
Terima kasih kerajaan di atas langkah segera untuk mengatasi masalah gangguan elektrik LRT Kelana Jaya ini .
Beberapa langkah segera akan diambil untuk mengatasi gangguan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya termasuk menaik taraf serta merta 15 pencawang tenaga elektrik sepanjang laluan berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penaiktarafan pencawang elektrik itu akan memastikan jangka hayat sistem elektrik dapat dipanjangkan bagi menampung keperluan semasa yang kian meningkat serta mengambil kira keperluan pada masa hadapan.
"Langkah ini dijangka mengambil masa di antara tiga hingga enam bulan untuk diselesaikan sepenuhnya,"kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata dalam perbincangan dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz, dan Suruhanjaya Pengangkutan Awan Darat (SPAD) hari ini, beliau telah dimaklumkan bahawa siasatan awal Prasarana mendapati bekalan elektrik terputus mengakibatkan gangguan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada 7 dan 9 Sept lepas.
"Selain itu, SPAD menekankan keperluan Prasarana melaksanakan penilaian terperinci keseluruhan sedia ada memandangkan LRT Kelana Jaya sudah pun beroperasi hampir 20 tahun," kata beliau.
Perdana Menteri berkata, penilaian itu akan mengenal pasti risiko yang ada serta langkah yang perlu diambil bagi mengatasi risiko berkenaan selain menyediakan perancangan sistem gantian bagi sistem-sistem kritikal yang semakin hampir kepada penghujung jangka hayat penggunaannya.
"Saya telah mengarahkan supaya Penilai Teknikal Bebas dilantik oleh Prasarana untuk menjalankan penilaian ini dengan kerjasama SPAD, bagi pematuhan semua syarat dan peaturan sedia ada," tambah beliau.
Najib berkata, beliau turut mengarahkan Prasarana supaya menjalankan penilaian semula keseluruhan operasi mereka bagi memperkukuh prosedur operasi standard (SOP) sedia ada untuk memastikan kapasiti mencukupi bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.
"Prasarana juga akan memperkenalkan secara berperingkat gerabak-gerabak kereta api baharu bagi laluan Kelana Jaya menjelang November ini.
"Gerabak-gerabak ini berupaya membekalkan kapasiti serta kekerapan tambahan, sekali gus mengurangkan kesesakan pada waktu puncak pada hari bekerja," kata beliau. - BERNAMA
Saturday, September 3, 2016
KEPUTUSAN TEPAT , KHAIRY SERAH PEN DRIVE PENYELEWENGAN FAM KEPADA SPRM @KhairyKJ
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengakui tidak diberitahu siapa individu yang menyerahkan pemacu pena (pendrive) yang didakwa mengandungi penyelewengan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada Tunku Mahkota Johor, (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim.
Khairy berkata, beliau sebaliknya hanya menerima pendrive tersebut dan membaca isi kandungannya seperti yang diminta oleh Tunku Ismail dalam pertemuan mereka di Istana Bukit Pelangi, Johor, Jumaat lalu.
"Saya tak tahu siapa yang serahkan pendrive itu kepada TMJ. TMJ tak beritahu. Beliau mahu lindungi sumbernya juga.
"Saya pun tak tahu siapa yang bagi dokumen itu kepada TMJ. Sudah pasti, kalau betul ada rasuah, mereka tak akan dedahkan siapa ‘whistleblower’ itu," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan pemacu pena yang didakwa mempunyai bukti rasuah dan ketirisan dalam FAM di Ibu Pejabat SPRM di sini, Jumaat.
Menurut Khairy, Tunku Ismail juga tidak menyatakan atau menetapkan apa yang perlu beliau lakukan dengan pendrive yang telah diserahkan kepadanya.
"Beliau kata tidak mahu memegangnya lagi dan meminta saya membacanya serta melakukan apa yang perlu dilakukan.
"Saya telah membacanya, ia satu laporan yang besar dan mengambil masa untuk membacanya. Saya fikir ia mengenai kepentingan awam dan ketelusan sebab orang ramai menganggap ia mengandungi rasuah, jadi biar SPRM sahkan sama ada terdapat bukti mengenainya," katanya.
Khairy bagaimanapun berpandangan, keputusannya menyerahkan pendrive itu kepada SPRM sebagai satu tindakan yang tepat.