Pages
▼
Tuesday, April 26, 2016
Bila Orang kuat Guan Eng sound PKR Go To Hell ! #PRNSarawak
Semakin panas isu tikam belakang antara PKR dan DAP yang berebut kerusi bertanding di PRN Sarawak. Puak ultra kiasu DAP meroyan dakwa mereka ditipu PKR.
Malah Ng Wei Aik atau panggilan manjanya YB Tong Gas telah menghina PKR sebagai Ask PKR Go To Hell !!
Manakala PKR pulak mendakwa mereka pertahankan hak mereka kerana di PRN lepas mereka yang tanding di DUN berkenaan.
Sebenarnya kedua - dua parti patut Go To Hell dari Sarawak kerana mereka ini adalah perosak dan penghasut kepada ketenteraman masyarakat berbilang kaun di sini.
Wednesday, April 20, 2016
LAGI BUKTI AKAUN BERSUMPAH PHANG MENIPU DIBONGKARKAN
Lagi pendedahan bukti pembohongan akaun bersumpah penjual banglo murah kepada Cheap Minister Guan Eng iaitu Phang Li Koon.
Bukti hubungan perniagaan syarikat Phang dengan kerajaan Negeri jelas membongkarkan penipuan mereka kepada rakyat .
Lagi kuat mereka bohong lagi banyak tembelang penipuan didedahkan
KUALA LUMPUR - Akuan bersumpah ahli perniagaan, Phang Li Koon yang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang urusan bisnes dengan kerajaan negeri kembali dipersoal apabila dokumen yang menunjukkan wujud hubungan antara wanita tersebut dan Kerajaan DAP Pulau Pinang didedahkan.
Menerusi www.malaysia-today.net, portal tersebut mendakwa, akuan bersumpah Li Koon yang sebelum ini menjadi perhatian umum setelah menjual banglonya pada harga luar biasa murah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah satu pendustaan semata-mata.
Dakwa malaysia-today, ini kerana wanita itu yang juga mempunyai kaitan dengan Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) mempunyai hubungan perniagaan dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang melalui pelbagai syarikat.
Portal tersebut mendakwa, salah satu daripada syarikat tersebut ialah Magnificent Emblem Sdn. Bhd. yang terlibat dalam pembangunan hartanah.
“Jadi tidak dapat dielakkan mesti syarikat berkenaan berurusan dengan kerajaan negeri,” dakwa portal itu.
Pendedahan dokumen melalui portal tersebut turut dikongsi Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menggunakan akaun Twitter beliau hari ini.
Portal berkenaan juga membandingkan tandatangan akuan bersumpah yang telah diturunkan oleh Li Koon dan surat yang ditandatangani olehnya bagi pihak Magnificent Emblem yang mana pemilik KLIDC, Datuk Tang Yong Chew merupakan pemegang saham majoriti dan Li Koon pula pemegang saham minoriti.
Dakwa portal itu, surat yang ditandatangani oleh Li Koon itu dialamatkan kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang merupakan 100 peratus milik kerajaan negeri dengan Pengerusinya ialah Guan Eng yang juga Ketua Lembaga Tender PDC.
“Surat tersebut merupakan satu cadangan untuk projek yang bernilai RM25 juta hingga RM30 juta dan pada mulanya projek tersebut telah dianugerahkan kepada Li Koon dan Yong Chew melalui Magnificent Emblem.
“Surat tawaran kepada syarikat tersebut dikeluarkan PDC untuk Li Koon dan Yong Chew pada bulan April 2014 atas nasihat Lembaga Tender PDC yang diketuai oleh Guan Eng.
“Bagaimanapun, selepas menerima surat tawaran tersebut, Magnificent Emblem menghantar surat kepada PDC untuk menukar syarat dan disebabkan beberapa isu di luar kawalan Guan Eng, surat tawaran tersebut terpaksa dibatalkan.
“Dipercayai surat tawaran ini kini berada dalam pemilikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas mereka menyerbu PDC Pulau Pinang dan merampas beberapa dokumen,” dakwa portal itu.
Justeru, menerusi portal tersebut,satu cabaran dilontarkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Lalu lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow untuk menafikan bahawa dokumen yang didedahkan itu palsu.
“Menggunakan dan membuat akuan bersumpah palsu merupakan satu kesalahan yang serius di negara ini dan boleh dihukum di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan dan Seksyen 200 Kanun Keseksaan. Berapa ramai lagi orang yang telah dikorbankan untuk melindungi seorang Ketua Menteri,” ujar portal tersebut
by DAP Insider
“I do not understand why my agreement to selling the house to CM has been blown up to such a big national issue when I have no business dealings with the state government.”
The above words were in the Statutory Declaration affirmed by Miss Phang Li Koon, the seller of the underpriced Bungalow to Penang CM Lim Guan Eng
Saturday, April 16, 2016
KERANA KEBODOHAN MENTERI , PESARA TENTERA MARAHKAN UMNO
Cukup memalukan !! Buat program di kawasan parlimen sendiri Kubang Pasu tetapi telah memalukan UMNO di mata pesara tentera yang majoriti orang MELAYU !
Korang tak bengang ke panggil beramai-ramai ke program ambil duit RM1000 tetapi bila jamuan makan ambil makanan atas lori dan dalam longgokan plastik sampah hitam . Lepas tu meja dan khemah tidak disediakan dan disuruh berdiri makan tepi longkang !!
Apa yang ditegur Presiden PBTVM Mohd Ahli Baharom @ Ali Tinju memang ada betulnya sepatutnya Pak Menteri DS Hishamuddin Tun Hussein mengikut cara Menteri YB DS Ismail Sabri yang berjaya menyatukan Ketua-ketua kampung (JKKK &JKKP) bersama PM
Masalah kebajikan pesara dan balu hingga kini masih lagi tidak terbela dan jangan terkejut jika pesara ini tidak menyokong kerajaan di Pilihanraya umum akan datang !!
Takkan isu kebajikan pesara dan balu ini nak kena tunggu campur tangan Perdana Menteri selepas menerima memo bantahan daripada mereka.
Malu la jadi Menteri Pertahanan kalau perkara ini kena perlu bos terpaksa selesaikan .
Thursday, April 14, 2016
Alahai Zaid Ibrahim.. selepas Ku LI kini Zahid pulak jadi mangsa ?
Tindakan Datuk Zaid Ibrahim memetik nama TPM DS Ahmad Zahid Hamidi sebagai PM menggantikan DS Mohd Najib Tun Razak adalah strategi terbaru geng anti Najib diketuai Tun Mahathir .
Ini kerana agak pelik sebelum ini mereka tidak pernah menamakan siapa PM untuk menggantikan Najib dan hanya mendesak berundur sahaja. Malah nama Zahid Hamidi juga tidak pernah disentuhsebagai pengganti oleh Tun Mahathir.
Mereka juga tahu strategi menjatuhkan Najib melalui deklarasi dan campur tangan asing tidak berkesan disebabkan prinsip demokrasi pengganti PM hanya boleh melalui proses peralihan kuasa dalam parti majoriti menang sahaja.
Sebelum ini mereka mencadangkan nama Ku Li tetapi ia dinafikan tuan punya badan.
Jadi , mereka tiada pilihan terpaksa memilih Zahid Hamidi.
Apakah Zahid akan berbuat demikian ? Tidak sama sekali kerana Zahid dikenali orang setia kepada bos nya .
Melaga-lagakan No 1 dengan No 2 memang jalan mudah tapi ia tidak semudah itu seperti mana Mahathir gunakan Muhyiddin sewaktu jadi TPM .
Beri Zahid peluang ganti Najib, kata bekas menteri
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mahu semua pihak memberi peluang kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menerajui negara.
Menulis di blog, katanya, rakyat telah sekian lama melalui kemelut skandal 1MDB dan bersetuju dengan perdana menteri bahawa semua pihak mesti bergerak ke hadapan tetapi bukannya bersama Datuk Seri Najib Razak.
“Beliau (Zahid) perlu beritahu perdana menteri, dengan tegas, bahawa peralihan kuasa perlu mengambil tempat sebaik sahaja pilihan raya Sarawak selesai, dan tidak boleh menunggu sehari lebih lama.
“Beliau mesti meletakkan kepentingan negara terlebih dahulu, walaupun ini bermakna mengambil sebarang langkah akan meletakkan dirinya dalam risiko.
“Beliau perlu menjalankan pemberontakan ini,” kata Zaid yang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang terbabit secara aktif dalam gerakan Deklarasi Rakyat bagi ‘Selamatkan Malaysia’ dengan agenda utama menumbangkan Najib.
Beliau berkata Zahid mungkin tidak demokratik dan tidak kelihatan ‘bersih’ tetapi selagi rakyat berpegang kepada prinsip parlimen bahawa parti majoriti yang seharusnya memerintah, maka semua pihak perlu menerimanya sebagai perdana menteri yang baru.
“Pemimpin Umno yang terus berkata berikan Najib peluang sekali lagi perlu menyusun semula kata-kata mereka - beri Zahid peluang,” katanya.
Sambil mengakui beliau tidak mengenali timbalan perdana menteri secara rapat, namun Zaid berkata beliau pasti bahawa adalah sukar untuk Zahid daripada menjadi lebih teruk daripada perdana menteri hari ini.
Tuesday, April 5, 2016
Rahman Dahlan dedah bukti KLIDC untung RM59 juta jual tanah Taman Manggis
Kenyataan Media
Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Komunikasi Strategik BN
April 5, 2016
BUKAN SEKADAR PERSOALAN RM2.8 JUTA, NAMUN RM59 JUTA.
• Pada 23 Mac 2016, saya telah mengemukakan satu bukti berkenaan isu pemilikan hartanah yang sebelum ini dijangka untuk dibangunkan sebagai projek perumahan mampu milik 2 fasa di Taman Manggis, Penang.
• Bukti tersebut menunjukkan berlakunya transaksi sub-sale hartanah tersebut dari KLIDC kepada pihak ketiga.
• Hari ini, saya mempunyai surat Perjanjian Jual Beli tanah tersebut yang telah ditandatangani dan dicop bertarikh pada 11 November 2015, di hadapan saya. Harga tanah yang disebut dalam perjanjian itu melalui transaksi sub-sale adalah RM70,643,628.00.
• Perjanjian-perjanjian yang wujud pada jual beli ini adalah saling berkait-rapat (inter-alia) antara satu sama lain, dan secara undang-undangnya disebut atas satu perjanjian, iaitu:
1. Penjualan Kuala Lumpur Kuala Lumpur International Dental Center Sdn Bhd (KLIDC) untuk RM18,643,628; dan
2. 2. Penjualan Victoria International Medical Centre Sdn Bhd (VMC) untuk RM52,000,000.
• Datuk Tang Yong Chew dan isterinya memiliki ketiga-tiga syarikat tersebut – KLIDC, VMC dan vendor-vendor kepada VMC, Tang Renewable Energy Engineering – secara majoriti.
• Berdasarkan serahan akaun yang terbaru kepada SSM menunjukkan KLIDC telah membayar modal sebanyak RM300,000 dan nilai aset negatif yang bersih sebanyak RM1.2 million.
• Sementara itu, VMC yang ditubuhkan pada September 2010, dua bulan selepas penganugerahan projek Taman Manggis, juga telah membayar sebanyak RM500,000 dengan nilai aset negative sebanyak RM1.6 juta.
• Selanjutnya dalam perjanjian tersebut ada menyatakan bahawa VMC juga pada Julai 2011 telah melaksanakan satu perjanjian usahasama antara KLIDC untuk membangunkan tanah tersebut.
• Apabila dibuat perbandingan, ternyata kedua-dua perjanjian tersebut mempunyai persamaan ke atas jualan projek Medical Centre dan Hotel tersebut dengan Taman Manggis sebagai aset utama mereka.
• Berdasarkan pasaran hartanah terkini, nilai tanah komersil sepanjang Jalan Burmah di mana lokasi tanah tersebut berada adalah RM1,000 kaki persegi, atau lebih.
• Selepas pendedahan yang saya bentangkan di Parlimen baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang telah menafikan bahawa tanah tersebut dijual pada pihak ketiga. Namun, beliau tidak menyatakan bahawa tanah tersebut itu kini di bawah pegangan pihak KLIDC dan dalam masa yang sama, penjualan saham-saham KLIDC turut sama memberi kesan kepada penjualan tanah tersebut.
• Menurut kebiasaan projek-projek kerajaan dan privasi perjanjian, penjualan atau penukaran status pemilikan kepada sesebuah syarikat yang telah dianugerahkan dengan projek hendaklah dimaklumkan dan diberi kelulusan oleh pihak kerajaan negeri sebelum setiap penjualan saham boleh diambilkira.
• Persoalannya,
i) Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memaklumkan penjualan projek ini pada November 2015 dan sekaligus meluluskannya? Atau,
ii) Adakah terma umum ini tidak digunapakai dalam perjanjian antara pihak kerajaan negeri dan KLIDC?
• Tanah tersebut pada asalnya telah dijual kepada KLIDC pada 16 Jun 2010 semasa Kerajaan Negeri DAP memberi projek tersebut melalui prosedur RFP yang kontroversi pada harga RM11,552,208.00 atau RM232 kaki persegi – harga yang saya yakin ramai mengetahui, adalah jauh lebih rendah daripada nilai pasaran sebenar pada waktu itu.
• Dengan pendedahan di hadapan anda pada hari ini, untuk lebih jelas, tanah tersebut yang dirancang untuk projek perumahan rakyat kos rendah, telah dijual pada syarikat swasta untuk harga yang kononnya lebih rendah berbanding nilai asal, namun tidak wujud sebarang aktiviti pembinaan secara fizikal untuk hampir 6 tahun selepas penyerahan projek.
• Projek ini, yang telah dijual kembali kepada pihak ketiga selepas 5 tahun kemudian – untuk harga yang lebih tinggi iaitu RM70.6 juta – dan dijangka memberi pulangan sebanyak RM59 juta walaupun projek utamanya masih belum dibangunkan.
• Dengan ini, saya telah mengarahkan jawatankuasa saya untuk menghantar Perjanjian-perjanjian Jual Beli dan dokumen-dokumen yang berkaitan, yang telah didedahkan pada hari ini kepada pihak SPRM dan PDRM untuk tindakan lanjut. Kami berharap agar dokumen-dokumen tersebut dapat membantu pihak SPRM dan PDRM untuk melaksanakan tugas mereka dengan lebih cekap tanpa prejudis.
Diterjemah oleh : KKMM
TENDER ALA DAP , UBAH SYARAT SELEPAS TAWARAN SYARIKAT MENANG !!
Modus operandi Tender2 DAP...letakkan syarat-syarat yang susah masa tender...ubah syarat lepas penawaran tender kepada syarikat kroni .
Contoh tender taman manggis..syarat pengalaman bidang pembinaan atau pakar perubatan..dua bidang yang berbeza...lesen cidb atau kementerian kesihatan pun tak perlu.
Inilah open tender kompetitif ala DAP !!