Pages
▼
Saturday, July 25, 2015
PENJELASAN KDN GANTUNG PERMIT THE EDGE 3 BULAN
Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Jumaat menjelaskan tiga sebab penggantungan permit penerbitan 'The Edge Malaysia' dan 'The Edge Financial Daily' untuk tempoh tiga bulan bermula 27 Julai ini.
Pertama, tajuk dan cara pelaporan serta pemberitaan kedua-dua penerbitannyamenimbulkan persoalan dan persepsi negatifkepada masyarakat terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang seterusnya berkait dengan kerajaan dan kepimpinan negara.
Kedua, laporan yang diterbitkan turut bersumberkan maklumat yang diragukan dan belum ditentukan kesahihannya, yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai dan boleh/mungkin memberi kemudaratan kepada ketenteraman awam dan kepentingan negara.
Ketiga, isu berkaitan 1MDB ini sedang disiasat oleh pasukan penyiasat yang telah ditubuhkan. Oleh itu, adalah tidak wajar pemberitaan yang boleh menimbulkan persepsi negatif yang dilakukan secara berterusan dan ia adalah tidak adil kepada syarikat 1MDB seterusnya kepada kerajaan dan kepada kepimpinan negara.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Alwi Ibrahim dalam kenyataan berkata penggantungan itu dibuat selepas KDN meneliti laporan berkaitan 1MDB dalam kedua-dua penerbitan tersebut dan jawapan surat tunjuk sebab yang telah dikemukakan.
"Kedua-dua penerbitan itu didapati mengandungi hasil penerbitan yang melanggar penerbitan Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 kerana mengandungi hasil penerbitan yang memudarat atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam atau mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara," katanya.
Alwi berkata media sewajarnya lebih bertanggungjawab dalam laporan yang diterbitkan selaras dengan kebebasan yang diberi.
"Impak kepada laporan yang tidak bertanggungjawab perlu diperhalusi kesannya kepada ketenteraman awam dan kepentingan negara dan tidak bersalahan dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 2012)," katanya.
Penerbitan juga perlu dilaksana mengikut peraturan permit penerbitan yang berkuat kuasa, katanya.
Sunday, July 19, 2015
#1MDB : KONSPIRASI GULING NAJIB SEMAKIN TERDEDAH , WHASAPP, PERBUALAN & EMAIL DIPEROLEH
Kisah hendak menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mendakwa beliau penjenayah dan 'makan' duit firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) nampaknya bertukar sebaliknya.
Kumpulan yang berkomplot hendak 'mengenakan' Najib kini terdedah selepas dua minggu polis Thailand menyiasat bekas eksekutif PetroSaudi International Xavier Andre Justo dalam lokap paling ketat di negara Gajah Putih itu.
Pada Jumaat, tatkala umat Islam di Asia Tenggara menyambut Aidilfitri, atau Hari Kemenangan, ada berita baik untuk Datuk Seri Najib.
Komplot mengulingkan beliau terbongkar... londeh habis.
Pertama polis Thailand mengesahkan bahawa sebuah organisasi berita berpangkalan di London telah memalsukan dokumen membabitkan 1MDB.
Jurucakap polis Thailand Lt Gen Prawut Thavornsiri berkata kepada akhbar Singapura The Straits Times (ST) bahawa organisasi berita yang mengubahsuai dokumen sulit PetroSaudi International itu milik seorang wanita warga Malaysia yang tinggal di Britain.
Thavornsiri berkata bahawa wanita itu sebahagian daripada sekumpulan orang yang berminat untuk membeli dokumen-dokumen sulit itu daripada Xavier Andre Justo.
"Sebahagian anggota kumpulan itu, termasuk seorang wanita, telah bertemu dengan Justo tiga kali di Thailand untuk menentukan sama ada maklumat yang terkandung di dalam dokumen itu ada sebarang kegunaan kepada mereka.
"Maklumat yang terkandung dalam dokumen yang diterbitkan dalam web kelihatan berbeza daripada salinan digital asal diambil dari komputer peribadi Justo," kata Thavonsiri.
Kumpulan itu bertemu Justo beberapa kali dan dipercayai telah mengadakan pertemuan di Singapura sekurang-kurangnya sekali.
"Kami mempunyai bukti kukuh untuk menyokong dakwaan pertemuan dan kita boleh mengesahkan di kedua-dua negara," katanya sambil menambah kumpulan itu termasuk kakitangan utama daripada pembangkang, kerajaan dan media Malaysia.
"Mereka berkomunikasi (sesama mereka) menerusi e-mel, WhatsApp. Kami mempunyai semua dokumen...setiap perbualan," katanya.
Kedua beliau turut membangkitkan kemungkinan kumpulan ini yang membeli salinan dokumen asal kemudian telah mengubahsuainya berikutan wujud perbezaan maklumat berbanding maklumat asal dalam e-mel yang dicuri oleh Justo.
Katanya Justo telah membuat pengakuan dan ini telah banyak membantu siasatan kes dan dia juga membantu kami menjalinkan hubungan dengan orang lain yang dia hubungi berdasarkan maklumat seperti tarikh dan masa temu janji dan lokasi pertemuan.
"Apabila kami meneliti dengan apa yang dia sebut, kami dapati ia adalah betul. Misalnya, temu janji di hotel, tarikh ketibaan dan pelepasan individu yang menyertai kumpulan itu. Kami juga mendapat maklumat perjalanan di Thailand dan negara-negara asing," katanya.
Menurutnya polis Thailand mendapat semua maklumat daripada Justo untuk membolehkan mereka melakukan siasatan dengan lebih lanjut.
Sementara itu, Ketua polis Thailand, Pol Gen Somyot Pumpanmuang berkata kes itu melibatkan pelbagai bidang kuasa kerana walaupun kesalahan berlaku di Thailand, perniagaan syarikat ini (PetroSaudi) melibatkan banyak negara.
"Ini adalah isu yang amat sensitif yang menjejaskan politik sebuah negara jiran, katanya, sambil menambah Justo menyalurkan maklumat kepada seseorang untuk digunakan bagi menjejaskan keadaan politik di sebuah negara jiran.-sumber -
Wednesday, July 8, 2015
RAFIZI BAWA POLITIK BODOH, TUDUH TANPA BUKTI PEMUDA UMNO DENGAN ISU MARA - @KhairyKJ
Khairy Jamaluddin hari ini tampil mempertahankan tuduhan liar yang dilemparkan oleh Rafizi Ramli terhadap barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia apabila dikaitkan dengan skandal pembelian hartanah MARA di Australia.
Dalam kenyataannya Khairy menyifatkan usaha pertubuhan pembocor rahsia National Oversight and Whistleblowers (NOW) yang mengaitkan exco Pemuda Umno dalam skandal pembelian hartanah Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Australia satu perbuatan bodoh.
Ketua Pemuda Umno itu berkata, Pengarah NOW Rafizi Ramli hari ini membuat tuduhan mudah mengaitkan exco Pemuda Umno dalam kes berkenaan tanpa berlandaskan kepada bukti kukuh.
"Logik Rafizi tak boleh pakai langsung sebab dia hanya tunjuk individu tersebut ada kaitan dengan exco Pemuda, tetapi urusan perniagaan tak ada kena mengena dengan kes di Australia.
"Macam mana nak kaitkan kes di Australia dengan exco Pemuda? Itu kerja bodoh.
"Kalau nak kait mengait saja dengan menggunakan 'you kenal dia, you terlibat dalam kes ini', itu memang saya tak boleh terima. Itu politik bodoh," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis berbuka puasa bersama Pemuda Barisan Nasional di sebuah hotel di Kuala Lumpur petang ini.
Khairy berkata, Rafizi tidak wajar membuat kesimpulan mudah mengaitkan exco Pemuda Umno dengan skandal pembelian hartanah Mara di Australia.
Katanya, jika Rafizi dibiarkan berterusan melabel pihak yang tidak berkenaan ke dalam kes itu maka lebih banyak orang tidak bersalah terheret sama.
"Contohnya mudah saja. Katakanlah saya kenal A dan B. B buat satu kesalahan yang tiada kaitan dengan A langsung tetapi oleh kerana kenal B, dia tiba-tiba salah. Mana boleh kira begitu.
"Kalau macam itu siapa-siapa yang buat salah melanggar undang-undang, yang dia kenal pun sama terpalit dengan kesalahan tersebut. Apa logiknya Rafizi pakai?" soalnya.
Rafizi terdahulu hari ini memberitahu media, 5 anggota Pemuda Umno terbabit dalam 3 pembelian hartanah di Australia yang belum didedahkan, iaitu hartanah 746 Swanston Street, 333 Exhibition Street dan 51 Queen Street.
Beliau membina kaitan Pemuda Umno ini dalam sebuah syarikat bernama Thrushcross Land Holdings Limited yang didaftar di pusat kewangan pesisir luar pantai British Virgin Island (BVI).
Malah, lebih mengejutkan, syarikat tersebut didakwa didaftarkan hanya selepas pembelian hartanah di 746 Swanston Street itu selesai.
"Pembelian hartanah ini diluluskan oleh Majlis Mara pada 9 Ogos 2012 dan urus niaga disempurnakan pada 28 Ogos 2012.
"Carian syarikat ini menunjukkan ia hanya didaftarkan pada 18 Januari 2013 iaitu selepas Mara membeli hartanah 746 Swanston Street. Ini bermakna urus niaga yang disempurnakan pada 28 Ogos 2012 itu tidak menggunakan syarikat milik Mara," kata Rafizi.
Sementara itu, 2 anggota Pemuda Umno yang berada dalam syarikat tersebut juga tidak kena mengena dengan Mara, tetapi menurut Rafizi, terlibat dalam urus niaga pembelian hartanah di 746 Swanston Street itu.
Mereka juga terlibat dalam syarikat Optimus Capital Sdn Bhd dan Biosis Group Berhad, katanya.
Individu yang berada dalam Biosis itu katanya, memegang jawatan kedua tertinggi dalam pergerakan sayap Umno itu.
Rafizi mendakwa daripada maklumat yang diperolehnya, wujud bukti mereka ini terlibat sebagai pengatur kepada urus niaga kontroversi hartanah di Australia.
Monday, July 6, 2015
TUDUHAN WSJ AMAT JAHAT , TINDAKAN UNDANG-UNDANG AKAN DIAMBIL @NajibRazak
Perdana Menteri berkata, keputusan tentang tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadap pihak-pihak yang membuat tuduhan liar itu akan diputuskan dalam masa terdekat.
Menurut beliau, perkara tersebut telah dirujuk kepada peguam-peguamnya sebelum tindakan selanjutnya diambil.
“Mereka akan memberi nasihat kepada saya tentang tindakan undang-undang yang boleh diambil di dalam serta luar negara.
“Insya-Allah saya akan buat keputusan dalam masa beberapa hari lagi tentang tindakan selanjutnya yang akan saya ambil terhadap dakwaan yang cukup jahat ini,” katanya dalam sidang akhbar pada majlis berbuka puasa bersama orang ramai di Masjid Bandar Rinching, Semenyih dekat sini hari ini.
Yang turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz.
Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini melaporkan para penyiasat Malaysia didakwa telah mengesan hampir AS$700 juta ke dalam apa yang mereka percaya adalah akaun peribadi Perdana Menteri.
Kelmarin, Perdana Menteri dalam kenyataannya antara lain menegaskan beliau tidak pernah mengambil dana 1MDB atau mana-mana entiti untuk kepentingan peribadi dan menyifatkan dakwaan palsu itu sebagai sabotaj politik untuk menjatuhkannya.
Thursday, July 2, 2015
KENAPA HARGA MINYAK RON95 NAIK SEDANGKAN HARGA MINYAK DUNIA TURUN ??
Sebab ramai yang tanya kenapa harga RON95 naik sedangkan harga minyak mentah Brent turun bulan Jun saya akan terangkan ringkas kenapa harga RON95 naik 10 sen untuk bulan Julai.
Sebelum itu mari lakukan fact check betul ke harga Brent turun pada bulan Jun? Untuk lebih tepat dan sesuai dengan Automatic Pricing Mechanism yang digunapakai kerajan bagi menentukan harga minyak, kita gunakan harga purata bulanan dan bukan harga pada hari terakhir hujung bulan.
Sumber: EIA |
Harga purata Brent crude pada bulan Mei adalah US$64.07/barrel manakala harga purata pada bulan Jun adalah US$63.96/barrel. Ini bermakna harga purata pada bulan Jun adalah lebih rendah sedikit berbanding bulan Mei. Sekali pandang sepatutnya harga RON95 kekal pada bulan Jun bukannya naik sebab harga purata Brent turun sedikit atau flattish berbanding bulan Mei.
Brent crude adalah minyak mentah yang belum diproses. Selepas diproses menjadi gasoline (petrol) dan diesel harga perlu ditukar kepada Ringgit Malaysia untuk mengira harga akhir RON95. Penanda aras harga RON95 adalah MOPS95. Harga MOPS95 sensitif terhadap pergerakan harga Brent. Jika harga Brent naik harga MOPS95 akan naik dan juga sebaliknya. (klik gambar untuk paparan lebih besar)
Harga Bulan Mei 2015 |
Harga Bulan Jun 2015 |
Harga purata MOPS95 pada bulan Mei adalah US$83.960/barrel dan pada bulan Jun adalah US$83.650. Akan tetapi kadar tukaran matawang purata USD/MYR pula meningkat dari 3.599 pada bulan Mei kepada 3.739 pada bulan Jun. Ini bermakna Ringgit jatuh berbanding US Dollar dalam tempoh Mei sehingga Jun.
Apabila ditukarkan kepada Ringgit dan ditambah dengan kos APM yang ditetapkan Kementerian Kewangan harga purata RON95 pada bulan Mei adalah RM2.21/liter manakala pada bulan Jun adalah RM2.29/liter. Jadi faktor yang menyebabkan harga purata RON95 naik pada bulan Jun berbanding Mei adalah disebabkan Ringgit yang melemah berbanding US Dollar walaupun harga Brent dan harga refined product MOPS95 menurun sedikit.
Selain daripada itu harga RON95 yang sepatutnya naik pada bulan April dan Mei tidak dinaikkan oleh kerajaan atas sebab faktor yang kita sendiri boleh faham iaitu GST pada bulan April dan pilihanraya kecil Rompin dan Permatang Pauh pada bulan Mei. Pada bulan Jun pula harga RON95 sepatutnya naik 25 sen tetapi kerajaan hanya menaikkan harga sebanyak 10 sen.
Sekiranya kerajaan menaikkan harga RON95 pada harga APM pada bulan April, Mei dan Jun, harga RON95 boleh dikekalkan untuk bulan Julai. RON95 patut dinaikkan 25 sen pada bulan Julai tetapi kerajaan sekali lagi menaikkan sebanyak 10 sen. Ini bermakna harga runcit RON95 iaitu RM2.15 masih lagi rendah berbanding harga sebenar (APM).
Dengan itu dijangka bulan depan harga RON95 akan naik lagi (mungkin 10 sen), melainkan harga Brent turun mendadak sepanjang bulan Julai di mana harga MOPS95 akan juga turun mendadak.
Kesimpulannya:
Selain daripada itu harga RON95 yang sepatutnya naik pada bulan April dan Mei tidak dinaikkan oleh kerajaan atas sebab faktor yang kita sendiri boleh faham iaitu GST pada bulan April dan pilihanraya kecil Rompin dan Permatang Pauh pada bulan Mei. Pada bulan Jun pula harga RON95 sepatutnya naik 25 sen tetapi kerajaan hanya menaikkan harga sebanyak 10 sen.
Sekiranya kerajaan menaikkan harga RON95 pada harga APM pada bulan April, Mei dan Jun, harga RON95 boleh dikekalkan untuk bulan Julai. RON95 patut dinaikkan 25 sen pada bulan Julai tetapi kerajaan sekali lagi menaikkan sebanyak 10 sen. Ini bermakna harga runcit RON95 iaitu RM2.15 masih lagi rendah berbanding harga sebenar (APM).
Harga Minyak Sepanjang Jun 2015 |
Kesimpulannya:
- Harga purata Brent menurun pada Jun berbanding Mei.
- Ringgit yang jatuh berbanding USD menyebabkan harga refined product meningkat pada Jun berbanding Mei.
- Harga RON95 yang sepatutnya dinaikkan pada April dan Mei tidak dinaikkan, dan sepatutnya naik 25 sen hanya dinaikkan 10 sen pada Jun menjadikan harga RON95 lebih rendah dari harga sebenar dan masih disubsidi.