Pages

Monday, June 18, 2012

Gambar lawatan TPM ke Bagan yang tak masuk Meloyakini !




TPM semasa berucap menyatakan Guan Eng  jika hadir hari ini  di Bagan tentu akan menggeletar bila melihat 40 ribu rakyat sekitar parlimennya menyerbu program anjuran BN P.Pinang.  Majoriti yang hadir adalah kaum Cina dari  taman-taman berdekat sepanjang  Jalan Raja Tun Uda .

Mereka tanpa segan silu memakai T- Shirt BN tertera Jom Bersama TPM bagi menunjukan sokongan TPM datang ke kawasan mereka.

Adakah  sudah bermula angin perubahan di PP selepas Teng Chang Yeow dilantik Pengerusi BN P.Pinang ?


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kehadiran 40,000 rakyat sekitar Parlimen Bagan pada Program Jom Bersama TPM sebagai manifestasi sokongan rakyat negeri ini terhadap kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) di P.Pinang sudah kembali . 


 Beliau berkata walaupun diadakan di kawasan Parlimen pembangkang yang diwakili Ketua Menteri Lim Guan Eng , kehadiran ramai rakyat Bagan yang majoritinya kaum Cina pada program hari ini menunjukkan rakyat merasa lebih dekat dengan kerajaan BN, yang boleh membantu mereka melayari bahtera hidup dalam keadaan yang lebih baik pada masa akan datang. Beliau berharap rakyat P.Pinang dapat membuat keputusan yang bijak dengan dengan kembali memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.




 kupon 1 Malaysia untuk menikmati jamuan rakyat 1 Malaysia 


















1 comment: