Ikut ceritanya timbul ‘ guruh dan halilintar ‘ semasa mesyuarat Exco Pemuda UMNO Malaysia di ibupejabat UMNO di PWTC petang Khamis.
Kalangan Exco Pemuda dikatakan panas berdebat tentang prestasi kepimpinan pergerakan itu dan hala tujunya selama ini yang dianggap oleh sesetengah pihak agak lesu. Malah ada seorang Exco yang naik angin sampai mencabar kepimpinan Khairy.
“Suasana mesyuarat semalam memang panas sikit” kata satu sumber yang layak dipercayai kepada Agendadaily pagi Jumaat bila ditanya desas desus yang berlegar tentang hal itu.
Difahamkan suasana panas itu timbul semasa mereka menilai prestasi Pemuda UMNO setakat ini.
Sebelum ini memang sudah terdengar desas desus ada kalangan Exco yang tidak puashati segala macam.
Dalam pada itu Khairy dikatakan menghadapi suasana sukar ekoran ada sebahagian dalam barisan Exconya terdiri dari penyokong Datuk Seri Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir. Namun semasa sidang akhbar berlangsung selepas mesyuarat tiga jam berkenaan suasana nampak macam tenang-tenang saja.
Khairy serius berbincang dengan Naibnya Datuk Razali Ibrahim
Beliau memulakan sidang media dengan memberitahu perancangan pemuda untuk kempen menambah jumlah keahlian sebanyak dua kali ganda dari jumlah tahun. “Ianya akan menjadi penanda aras (KPI) terhadap pencapaian Pergerakan Pemuda.” Tegas beliau. Persoalannya, bolehkah Pemuda mencapai dua kali ganda penambahan keahlian sedangkan pemuda itu sendiri telah dilihat tiada penyatuan dan bermasalah. Ketika diminta mengulas kedudukan Pergerakan Pemuda UMNO hari ini terutama dikalangan barisan kepimpinan, Khairy jelas membayangkan suasana dalam mesyuarat itu agak ‘panas’ bila beliau berkata, banyak bincang soal gerakan, program, kelemahan dan apa yang perlu diperbaiki. “Saya amat berpuashati dengan perbincangan hari ini, kita dapat banyak pandangan dan juga imput kepada menambahbaik pengurusan pentadbiran dan gerakan pergerakan pemuda. Saya yakin tahun ini setelah kita merancang beberapa aktiviti dan program yang kita umumkan pada masa akan datang, gerakan pemuda itu akan nampak lebih jelas dan kemas.Banyak perkara kita dapat bincang secara terbuka hari ini dikalangan exco,” tambah Khairy. Menyentuh sokongan di kalangan Exco-Exco Pemuda yang dikatakan menyesakkan beliau dalam mengurus insititusi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy menjelaskan bahawa beliau telah meminta supaya merapatkan barisan di peringkat kepimpinan tertinggi pemuda. “Saya melihat walaupun ada beberapa pandangan dan teguran namun komitmen kita untuk bersatu memang amat tinggi.” Katanya. Ditanya komitmen dikalangan Exco untuk memantapkan Pemuda, Khairy berkata, “semua dalam Exco Pemuda termasuk saya sendiri, pucuk pimpinan pemuda umno dan ketua-ketua Pemuda negeri perlu penambahbaikkan dari segi kerja kita. Kalau kita sudah rasa selesa maka kita takkan dapat buat apa yang mahu kita buat iaitu untuk memastikan generasi muda bersama dengan kita.” Katanya, “usaha ke arah penambahbaikkan kerja kita sendiri maka itu amat positif. Saya rasa semua exco pun ada ketetapan dan menyatakan komitmen akan turun ke bawah, akan turun ke bahagian dan bahagian angkat masing-masing. Saya telah memberi komitmen pada biro dan sebagainya, saya rasa kita melihat ke depan dan tidak lagi toleh ke belakang selepas ini.”
Menurut Khairy, bukan sekadar penambahan ahli, namun dua syarat penting keahlian telah dapat dipenuhi iaitu pertama, kualiti yang melalui proses latihan dan kedua, kuantiti ahli.
Menjawab soalan 10 bulan selaku Ketua Pemuda dan kekangan yang dilaluinya, Khairy memandang perkara itu bukan kekangan tetapi dilihat dari sudut tanggungjawab politik kerana tahun lepas banyak masa dihabiskan untuk membantu gerak kerja pilihan raya kecil, perhimpunan dua kali tahun lepas dan kursus, ianya lebih kepada asas tanggungjawab kita. Menurut Khairy, pada 2010 ini, dengan pelancaran Juara Rakyat, parti induk pun baru nak bergerak dari segi kesan parti untuk mendekati rakyat dan saya harap pemuda akan dapat bersama dengan Presiden parti untuk pastikan Juara Rakyat ini ada kesan dan juga penglibatan pemuda tapi bukan melepaskan batuk ditangga tetapi penglibatan yang betul-betul dirasai. Mengenai tanggapan Pemuda UMNO semakin lesu dan lemah, Khairy berkata, “ini bukan soal makin lesu dan lemah tapi soal tanggapan dan soal penyusunan strategi yang memerlukan masa, inilah untuk kita mula bergerak. “Saya harap selepas ini dapat dilihat Pergerakan Pemuda sejauhmana kita dapat bantu Presiden kearah penambahan ahli dan penambahan sokongan orang muda terhadap Pergerakan Pemuda.” ujarnya.-29/1/2010 sumber : agenda daily Link
you sure both fuckers can stand each other in the same grave? hmmm, how about we bury both fuckers in the 69 position, ie. giving each other blowjobs