..

..

MAHATHIR KENA TERIMA HAKIKAT BN KUKUHKAN EKONOMI

on Friday, May 18, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad perlu menerima hakikat yang Barisan Nasional (BN) mewariskan negara dengan keadaan ekonomi yang kukuh kepada Pakatan Harapan (PH).
Bukan itu saja, Mahathir dan kerajaan pimpinannya juga perlu menerima kenyataan bahawa kerajaan BN pimpinan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah membuktikan keupayaan dalam mengukuhkan ekonomi negara.
Bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan, Lokman Adam berkata, data yang diperolehi Mahathir adalah menepati piawaian antarabangsa.
“Saya telah mengambil inisiatif untuk menghubungi Ketua Perangkawan Negara, Datuk Seri Dr Uzir Tengku Ubaidillah bagi mendapatkan pengesahan data-data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia, sekiranya benar sepertimana tuduhan Tun bahawa ianya telah dipalsukan.
“Ini disebabkan, segala data-data yang telah dikeluarkan berhubung soal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) datangnya dari hasil bancian dan dapatan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
“Walaupun Ketua Perangkaan kini bukan lagi berkhidmat dibawah Kerajaan BN beliau secara jujur telah menegaskan bahawa angka Pertumbuhan Ekonomi Negara telah disusun berdasarkan rangka kerja “International Best Practice” dan menepati piawaian antarabangsa. Pengiraannya dilakukan secara professional dan dengan intergriti yang sangat tinggi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.
Mengulas lanjut, beliau berkata perdana menteri sepatutnya berlapang dada dan bersyukur kerana mewarisi kerajaan dengan kedudukan ekonomi yang kukuh.
Beliau turut menggesa Mahathir menjelaskan kepada rakyat bahawa tuduhan mengatakan nehara terbeban dengan kadar hutang yang tinggi adalah tidak benar.
“Tun seharusnya berlapang dada dan menerima hakikat bahawa Tun mewarisi Kerajaan yang mempunyai ekonomi yang kukuh hasil pentadbiran baik Datuk Seri Najib Razak.
“Dalam masa yang sama, Tun juga perlu menjelaskan kepada rakyat bahawa tuduhan bahawa negara ini terbeban dengan kadar hutang yang tinggi adalah tidak benar sama sekali.
“Kadar hutang Malaysia bagi tahun 2017 sebanyak 50.8% berbanding KDNK adalah sihat berbanding kadar hutang zaman Tun memerintah tahun 1986 iaitu 103.4% berbanding KDNK,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau turut menggesa perdana menteri untuk memberi tumpuan kepada pelaksanaan manifesto PH berbanding menyerang Najib Razak.
“Tun sepatutnya menumpukan perhatian menunaikan janji-janji yang telah dibuat sebelum pilihanraya umum ke 14 daripada mengalih perhatian rakyat kepada sandiwara memikul beg kononnya berisi duit yang dimiliki oleh Datuk Seri Najib dan barang kemas serta beg yang kononnya dimilik isteri beliau.
“Sebagai cucu kepada jutawan Melayu, Tan Sri Noah, tidak mustahil jika cucunya kaya raya,” katanya.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Ha...haa...gelinya ketiak aku....!!!

  2. Anonymous says:

    macai pekatun tertipu dgn malaysia nak bangkrup..ular sawa pakai telan segala

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.