..

..

PROJEK TEROWONG DASAR LAUT TAK DIPERLUKAN RAKYAT P.PINANG

on Monday, April 16, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




SEBERANG JAYA – Projek terowong dasar laut kontroversi kerajaan DAP tidak diperlukan untuk rakyat Pulau Pinang.
Kos bernilai sekitar RM6.3 bilion yang dibelanjakan untuk projek mega itu lebih baik digunakan untuk projek jaringan jalan raya yang lebih berkesan untuk penyuraian kesesakan jalan raya yang kronik di negeri itu.
Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Azizi Safar berkata, projek terowong yang bermula pada tahun 2013 dari Gurney Drive ke Bagan Ajam sebenarnya tidak akan menyumbang dalam usaha mengatasi kesesakan jalan raya teruk ke Georgetown dan beberapa kawasan sekitar.
“Kenapa nak buat terowong sepanjang 6.5 kilometer itu sekarang sedangkan kita sudah ada Jambatan Kedua Pulau Pinang Sultan Muadzam Shah dari Batu Kawan ke Batu Maung untuk penyuraian trafik?
“Dengan kos RM6.3 bilion itu kita boleh membawa projek jalan raya yang lebih berkesan untuk menangani kesesakan di pulau.Apa yang DAP cuba lalukan hanyalah retorik.
“Jika kerajaan BN diberi mandat kali ini ia aka membatalkan segera projek itu seperti yang dinyatakan dalam manifesto yang dilancarkan hari ini dan menggunakan wang itu membawa projek yang lebih berkesan menangani kesesakan,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.
Azizi juga mendakwa kajian penilaian impakalam sekitar dianggarkan sekitar RM305 juta oleh kerajaan pembangkang itu yang tidak masuk akal.
Katanya, sepatutnya kajian penilaian seumpama yang kebiasaannya dijalankan ke atas projek di atas darat lebih mahal berbanding dibawah laut.
“Namun di sini kajian penilaian sahaja terhadap terowong dasar laut pula terlampau tinggi tetapi sehingga kini tak selesai juga tanpa status pembangunannya.
“Lebih memeranjatkan kajian teknikal projek itu belum pun selesai 100 peratus tetapi tanah berhampiran kawasan sekitar projek terowong itu mula dijual tanpa jaminan,” ujarnya.
Beliau juga mendakwa tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang berjanji tol percuma kenderaan di Jambatan Pulau Pinang pertama setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjanji memansuhkan tol motosikal di jambatan yang sama.
“Jika kamu hendak memberi tol percuma habis itu kenapa perlukan terowong dasar laut untuk penyuraian kesesakan, tindakan Guan Eng bercanggah dan tiada logik,” katanya.
Apa yang pasti, Azizi berkata, kerajaan DAP telah membawa ‘kemusnahan’ kepada negeri ini sejak 10 tahun lepas dan mereka bertanggungjawab menerangkan kepada rakyat negeri ini yang sebenarnya tidak memerlukan terowong itu.
Sehubungan itu, katanya, BN menawarkan untuk menjadi kerajaan negeri akan datang untuk membawa penyelesaian terhadap kemusnahan yang dilakukan DAP.
“Berbanding PRU-13 lalu komuniti Cina kali ini menerima BN jika sebelum ini mengalih pandangan ke arah lain jika melihat logo BN.
“Kita akan terus berkempen untuk mendapatkan pandangann positif dan kami percaya mereka akan sedar perlunya suara pembangkang.
“Walaupun andai kata tidak berjaya merampas kerajaan negeri kali ini ia akan memastikan suara BN menjadi kuat,” katanya lagi.- theRakyat


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.