..

..

BILA PROJEK ADA SKANDAL , MULA TERDESAK TUDUH KERAJAAN PUSAT CUBA SABOTAJ

on Wednesday, February 14, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Inilah pembangkang , bila projek mereka terlibat skandal rasuah , dituduh kerajaan Pusat cuba sabotaj projek  di P.Pinang.

Mengapa projek infra kerajaan Pusat seperti MRT  dan juga projek di negeri P.Pinang tidak berdepan isu  ?? 

Sebab ia berjalan mengikut jadual dan kontraktor dilantik berkeupayaan bukan seperti projek terowong kerajaan DAP  yang mana selepas 10 tahun baru nak dibina  dan laporan kajian juga masih belum siap !

Tak hairan lah hari ini  giliran Exco kerajaan DAP pulak dipanggil ke pejabat SPRM untuk disoalsiasat skandal projek terowong dasar laut ini 

 . 





PULAU PINANG - Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman membidas dakwaan kerajaan DAP Pulau Pinang bahawa Kerajaan Pusat cuba mensabotaj projek mereka.

Zainal Abidin berkata, pihaknya tidak mempunyai masa untuk berbuat demikian kerana sibuk menjayakan beberapa projek untuk kemudahan rakyat Pulau Pinang pada masa depan.


"Kalau betul kita (Kerajaan Pusat) sabotaj, maka, kita tidak akan meneruskan projek jambatan kedua dengan kos mencecah RM4.5 bilion sebelum ini. Namun, kita teruskan juga projek itu hingga siap seperti yang dijadualkan.

"Pada masa yang sama, kita juga bina tiga lagi jalan penyuraian dengan kos keseluruhan RM1.1 bilion. Jadi, bila masa kita sabotaj projek mereka?

"Inilah bezanya antara kerajaan cekap (BN) dengan kerajaan tidak cekap. Kerajaan cekap, dia umum, dia jalan (projek) dan dia buat ikut jadual, tapi, kerajaan tak cekap ni pula sebaliknya," katanya. - Utusan Online


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.