..

..

SIARA EPL PERCUMA : TAK MASUK AKAL JANJI PH , LEBIH BAIK DUIT DIBINA KOMPLEKS SUKAN - KJ

on Monday, January 8, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





MENTERI Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin membidas janji pakatan pembangkang untuk memberikan hak penyiaran bola sepak luar negara kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekiranya mereka menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang. Beliau berkata ia merupakan janji baharu pemuda Pakatan Harapan (PH) untuk memikat hati golongan muda.

 "Mereka berjanji bahawa perlawanan bola sepak Liga Inggeris dan Sepanyol akan disiarkan secara langsung oleh RTM. Saya ada bertanya kepada rakan saya di stesen tv berapakah kosnya untuk menyiarkan perlawanan secara langsung, dan hak penyiaranan ini melalui proses bidaan… setiap tahun bidaan mencecah ratusan jutaringgit mungkin lebih daripada RM100 juta.

 "Kalau diberikan kepada RTM, siapa yang akan bayar? Akhirnya menggunakan wang rakyat. Katakanlah nak bersiaran kena bayar RM200 juta, takkan nak belanja begitu sahaja?" katanya pada majlis pelancaran jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Parlimen Jelebu hari ini.


Turut hadir, Pengerusi BN Jelebu, Jalaluddin Alias, timbalan pengerusi Baharudin Jali, pemimpin parti komponen BN Jelebu dan 6,000 ahli BN Jelebu. Pemuda Pakatan Harapan pada konvensyennya semalam menjanjikan siaran perlawanan bola sepak antarabangsa termasuk Liga Perdana Inggeris di RTM, jika pembangkang memperoleh mandat mentadbir negara selepas PRU14 nanti.

 Menyifatkan janji itu tidak masuk akal dan bertanggungjawab, Khairy yang juga ketua Pemuda BN dan Umno berkata adalah lebih baik duit yang hendak digunakan untuk membuat siaran langsung perlawanan bola sepak itu digunakan membina kompleks sukan di seluruh negara bagi manfaat rakyat keseluruhan.

 Khairy dalam pada majlis itu turut mengumumkan pembinaan sebuah kompleks sukan baharu di sini.

 "Kita akan tenderkan kerja ini secepat mungkin dan kalau dapat kita tender dalam masa terdekat, 18 bulan boleh siap. "Ia akan dibina dengan kos sebanyak RM8 juta," katanya. Kompleks sukan itu adalah permintaan daripada Jalaluddin yang menurutnya merupakan permintaan daripada golongan muda di Jelebu. – Bernama, 7 Januari, 2018.



KOMEN GPB 

Janji paling bangang !!   Siaran EPL cukup mahal   dan kalau tak ASTRO tak naikkan la harga untuk slot sukan  .    

 Bayangkan kalau wang kerajaan dibayar itu ratusan juta semata-mata untuk siaran EPL berbanding  dibina sekolah , hospital ,  jalanraya , pengangkutan rakyat dan lain-lain lebih manfaat. 





One Response

  1. Anonymous says:

    Janji dapat balik RM100 juta dari KJ dan buat kompleks sukan dengan duit tu. Yang dah songlap hangpa dok diam, yang belum belanja hangpa dah bising2.

    Betullah lah hangpa ni barua!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.