..

..

AGIH KERUSI : ABANG BESAR DAP PAKATAN HARAPAN SUDAH SOUND KEPADA PAN

on Tuesday, January 9, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini, memberi amaran kepada kepemimpinan Parti Amanah Negara (PAN) supaya berhenti memperbesarkan isu pembahagian kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, parti serpihan PAS itu sepatutnya memberi tumpuan kepada strategi yang jelas bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada PRU-14.
"Macam mana saya nak jawab soalan ini pun saya tak tahu kerana tidak tahu soalan berpunca dari mana, cakap macam mana nak tuntut (lebih banyak kerusi untuk ditandingi).
"Ini kita sudah umumkan dan itulah struktur pembahagian. Justeru, jangan cuba tokok tambah. Apa yang penting kita mara ke hadapan dengan suatu strategi jelas," katanya pada sidang media di KOMTAR di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin dan ahli PAN yang menganggap berlaku pengagihan tidak adil bagi kerusi Parlimen parti itu.
Ketika pengumuman konvensyen pakatan pembangkang kelmarin, PAN mendapat agihan paling sedikit iaitu 27 kerusi Parlimen di Semenanjung untuk ditandingi, berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) (52); PKR (51) dan DAP (35).


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.