..

..

FAKTA DISEBALIK KEHILANGAN PEKERJAAN 2017

on Wednesday, January 10, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Fakta Kehilangan Pekerjaan tahun 2017.
3 Januari 2018 - Tajuk berita The Sun Daily "50,000 Malaysians expected to be laid off this year."
5 Januari 2018 - Tajuk berita Sinar Harian "50,000 bakal hilang kerja."
Kedua-dua media melaporkan jumlah pekerja diberhentikan:
2015 - 38,499
2016 - 37,699
Setakat September 2017 - kira-kira 30,700
Tetapi The Sun Daily dan Sinar Harian tidak pula melaporkan bahawa:
(i) 183,433 pencari kerja berjaya ditempatkan dalam pelbagai kategori pekerjaan sepanjang tahun 2017, dan
(ii) laporan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bagi tempoh Januari - Disember 2017 seramai 35,097 pekerja terlibat dengan pemberhentian, menurun 6.2% berbanding 37,699 orang pada 2016.
Dengan hanya membaca tajuk berita, maka ramailah yang membuat andaian negatif dan kecaman. 

Walhal kandungan artikel-artikel tersebut menjelaskan antara faktor yang menyumbang kepada pengurangan tenaga kerja ini adalah:
* Levi yang dikenakan ke atas majikan untuk mengambil pekerja asing dan Skim Insurans Pekerja (EIS).
* Pelaksanaan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari dan cuti perseorangan.
* Pelaksanaan gaji minimum yang dilaksanakan kerajaan pada Julai lalu, turut memberi impak terhadap majikan untuk menggaji pekerja.
* Majikan enggan mengambil pekerja baru bagi menggantikan mereka yang telah bersara, dengan alasan tidak mahu menanggung beban kos tambahan.
* Majikan lebih berhati-hati bagi mengurangkan risiko kerugian kepada syarikat.
* Sektor automotif dijangka terus mengalami pengurangan pekerjaan, berikutan penggunaan robotik dan teknologi maklumat.
* Sektor perbankan dan insurans yang dijangka mengalami nasib sama.
* Syarikat multinasional dijangka beralih ke negara yang menawarkan kos buruh lebih murah seperti Kemboja dan Laos, di mana kos upah hanya RM402 sebulan berbanding RM1,000 di Malaysia.
----------
6 Januari 2018, Majlis Profesor Negara (MPN) telah menjelaskan:
* Ia bukan jumlah besar jika mahu dibandingkan dengan bilangan sebenar pekerja di dalam negara.
* Negara maju akan kurang bergantung kepada pekerja dan penggunaan mesin menggantikan keupayaan manusia.
* Pengangguran berlaku pada setiap tahun dan tahun lalu lebih kurang 37,000 orang hilang punca pendapatan.
* Jumlah berhenti termasuk mereka yang berhenti secara sukarela atau bertukar bidang pekerjaan.
* Yang berhenti ini akan menceburi bidang lain seperti perkhidmatan dan eksport.
----------
9 Januari 2018, Menteri Sumber Manusia menjelaskan sebanyak 183,433 pencari kerja berjaya ditempatkan dalam pelbagai kategori pekerjaan sepanjang tahun 2017. Daripada jumlah itu, seramai 57,320 orang atau 31% pencari kerja itu merupakan siswazah dan 126,113 orang atau 69% bukan siswazah.
* Seramai 57,366 pencari kerja itu berjaya dipadankan dengan pekerjaan yang ditawarkan majikan untuk ditempatkan dalam pekerjaan dalam tempoh kurang daripada sebulan melalui pelbagai program kerjaya yang dianjurkan JobsMalaysia.
* Penggajian tenaga kerja asing sebanyak 13% daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja dalam negara iaitu 1,732,944 buruh asing manakala 183,000 terdiri daripada golongan pegawai dagang.
* Beberapa intervensi berterusan bagi mengawal pengambilan pekerja asing telah pun dilaksanakan kerajaan:
(i) pelaksanaan dasar penggajian pekerja asing yang ketat.
(ii) Undang-undang tidak membenarkan mana-mana majikan yang hendak mengurangkan tenaga kerja untuk menamatkan perkhidmatan pekerja tempatan melainkan pekerja asing dalam kategori pekerjaan yang sama ditamatkan terlebih dahulu.
* Laporan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bagi tempoh Januari - Disember 2017 seramai 35,097 pekerja terlibat dengan pemberhentian, menurun 6.2% berbanding 37,699 orang pada 2016. Daripada jumlah tersebut, seramai 31,159 pekerja atau 89% diberhentikan melalui pemberhentian biasa berbanding 3,938 pekerja atau 11 peratus diberhentikan melalui pemberhentian secara sukarela (VSS).
* Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh bagi 2017 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pula menunjukkan bahawa lebih 90% peluang pekerjaan baharu diwujudkan dalam sektor perdagangan borong dan runcit.
* Peningkatan peluang pekerjaan tersebut adalah berikutan peningkatan pelaburan terutamanya sektor swasta sebanyak RM113.5 bilion seperti yang dilaporkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam Laporan Ekonomi 2017/18 sehingga September 2017 terutamanya dalam sektor perkhidmatan (61%) dan perkilangan (30%).
* Kerajaan memperkenalkan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) berkuat kuasa Januari ini sebagai jaminan kepada para pekerja yang hilang pekerjaan untuk segera dibantu memandangkan terdapat keadaan di mana bayaran pampasan oleh majikan tidak dibayar dengan segera atau pun langsung tidak dibayar.
* Pelbagai insentif dilaksana kerajaan untuk membantu majikan dan pencari kerja tempatan dalam meningkatkan tahap produktiviti dan penyertaan guna tenaga dalam pasaran kerja termasuk meningkatkan akses kepada kemudahan latihan kemahiran yang disediakan bagi memenuhi keperluan industri dan sesuai dengan perubahan keperluan kerja masa hadapan. Antara inisiatif kerajaan adalah memperluas akses bagi mendapat latihan dalam bidang kemahiran melalui penubuhan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA), menyediakan kemudahan pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) serta mengukuhkan dan memperkasakan Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) melalui inisiatif seperti 1MalaysiaSkills Training and Enhancement for the Rakyat (1MASTER) yang dilaksanakan dengan kerjasama ILKA dengan mengguna pakai National Occupational Skills Standard (NOSS) sebagai rujukan utama dan menubuhkan 1Malaysia Outplace (1MOC).


One Response

  1. Esa Adam says:

    Ini semua adalah dari kenyataan Datuk Bardan Pengarah Eksekutif MEF yang selalu buat kenyataan anti pekerja. Segala kebaikan untuk pekerja semuanya dia kata akan bebankan majikan. Setengah dari pemberhentian kerja adalah dari rasionalisai majikan seperti bank mengecilkan staf kaunter dengan kerja-kerja tersebut diambil olih mesin atm. Jadi tidak adil jika MEF sentiasa menidakkan hak pekerja.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.