Ahli Majlis Mara, Datuk Dr. Yusof Yaacob berkata, keputusan tersebut dibuat bagi membolehkan siasatan dalaman dilakukan berhubung isu penajaan membabitkan pasukan bola sepak Kelantan.

“Kita mahu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap institusi ini. Oleh itu, segala siasatan akan dibuat,” katanya selepas mesyuarat tergempar Ahli Majlis Mara di sini hari ini.