..

..

DAP & MACAI MEROYAN BILA MCA DEDAH KIT SIANG BAWA KEHANCURAN JIKA JADI PM

on Monday, December 18, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Pemimpin dan penyokong DAP mengamuk sakan apabila Presiden MCA, Liow Tiong Lai memberi amaran Malaysia dalam bahaya jika Lim Kit Siang menjadi PM.

 Tiong Lai yang sekian lama berdiam diri kerana tidak mahu menggugat sokongan Cina, akhirnya MCA terpaksa bersuara demi keamanan kerana Kit Siang memang bercita-cta menjadi PM.

Walaupun terdapat risiko dipanggil “budak suruhan UMNO”, Tiong Lai memilih untuk bersuara agar rakyat sedar bahawa Kit Siang sedang mempergunakan pemimpin Melayu dalam Pakatan untuk menjadi ketua negara. Jika dibiarkan ia boleh menyebabkan konflik perkauman.

Sebelum 2008, MCA menjadi parti utama untuk masyarakat Cina dan negara ini jarang berdepan isu perkauman. Namun selepas 2008, pengaruh DAP makin kuat dan makin banyak juga timbul masalah perkauman yang bukan berpunca daripada masyarakat Cina tetapi DAP yang menyemai perasan syak wasangka antara kaum. 


Amaran Tiong Lai perlu dipandang serius kerana semakin ramai orang Melayu terpedaya dengan propaganda DAP kononnya mahu menyelamatkan negara dan menggunakan pemimpin Melayu dalam PKR, PAN dan PPBM untuk menipu.




Kit Siang jadi PM bawa kehancuran


KLUANG - Hasrat Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi PRU14 disifatkan oleh MCA sebagai membawa kehancuran kepada kaum dan negara.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Ahli Parlimen Gelang Patah itu disifatkan tidak mempunyai prinsip dan pandai berputar belit menanam kebencian antara kaum di negara ini.
"Hanya beliau (Kit Siang) sendiri yang tahu sama ada beliau memang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.
"Yang kita tahu, beliau tidak boleh dipercayai. Kita yakin beliau akan membawa kepada perpecahan masyarakat," katanya kepada media selepas majlis bersama rakyat di Restoran Sin Yu Lee, Taman Kota Paloh, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas hasrat Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi PRU14.


2 Responses

  1. Wow.. finally.. alhamdulillah..

  2. Anonymous says:

    Pan kata Dap baik

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.