..

..

JANGAN CEPAT KECAM , FAHAMI MAKSUD SEBENAR KU NAN - KJ

on Wednesday, November 29, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





 Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini membidas pihak tertentu yang cepat membuat kecaman dan memutar belit kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung isu kenyataannya yang dianggap memperkecil atau merendahkan pelajar dan juga lulusan ITM baru-baru ini. 

Terlalu cepat sangat membuat kecaman. Setiausaha Agung telah memohon maaf tetapi beliau telah jelaskan konteks kenyataan tersebut adalah berbeza daripada apa yang menjadi tanggapan orang ramai.
“Apa yang dia sebut adalah sejarah, takkan Tengku Adnan tak tahu sejarah kerana dia sendiri adalah produk ITM juga dan kita kena akui bahawa apabila ITM ditubuhkan, sekarang UiTM, antara tujuannya adalah untuk memberi tempat kepada pelajar-pelajar yang miskin, kepada pelajar-pelajar yang tak sampai tahap kecemerlangan mereka di waktu sekolah, sebab itu mereka diberikan peluang walaupun keputusan mereka tidak cemerlang tetapi dapat masuk juga ke ITM,” ujarnya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO Pergerakan Pemuda UMNO di sini petang tadi.
Jelasnya, kerana itu ITM ditubuhkan, ini tidak boleh dinafikan dan memang sejarah di mana ia untuk membantu pelajar dari golongan miskin, luar bandar dan mereka yang tidak dapat keputusan yang baik apatah lagi institusi pengajian tersebut ditubuhkan hasil daripada perjuangan UMNO itu sendiri dalam usaha untuk memartabatkan bangsa Melayu dari sudut pelajaran.
“Apa yang Tengku Adnan cakap itu adalah idea dan dasar UMNO supaya kita dapat memberi tempat kepada anak Melayu yang mungkin tidak dapat masuk ke universiti maka dapat masuk ke ITM. (ketika itu).
“Ketika ini, UiTM adalah antara universiti terbaik di Malaysia, tetapi sewaktu ITM ditubuhkan adalah untuk membenarkan mereka yang tak boleh ke universiti lain, dapat diploma, dapat melanjutkan pelajaran mereka ke ITM.
“Tapi benda itu di putar belit, kata semua pelajar UiTM adalah slow leaner. Itu bukanlah apa yang dikatakan, pelajar-pelajar cemerlang masuk UiTM, dulu pelajar-pelajar yang kurang cemerlang dapat masuk ke ITM, itu yang disebutkan,” tambahnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung laporan sebuah portal yang mendakwa Tengku Adnan memperlekehkan pelajar dan graduan UiTM dengan menyifatkan mereka sebagai slow learner. – MediaUMNO


One Response

  1. Anonymous says:

    Take a hike kj. Jangan kerohkan lagi kebebalan para menteri yang berada dalam UMNO sekarang ini yang berkepalakan najib. Kebodohan dari najib lah yang melahirkan, kebebalan demi kebodohan dari para menteri menteri dari umno ketika ini. Termasuk diri anda.
    Apa pengorbanan terbesar demi Negara Dan Rakyat semasa kamu berada di tingkat empat kj?
    Jangan sangka rakyat lupa, you are a small kiddo kj!!!
    Which you are now.

    My advise to you kiddo kj. Spend,spend,spend from your ill gotten wealth to buy and beg,beg,beg with more begging from the people.Coz as a product with a"kj". You already expired by date.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.