..

..

UMNO,BN POPULAR DI FACEBOOK BERITA BURUK KEPADA PAKATAN HARAPAN

on Wednesday, October 11, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Populariti BN di kalangan pengguna FB di negara ini dua kali ganda lebih tinggi berbanding Pakatan.

Menurut kajian Politweet, 5.8 juta pengguna FB berumur 21 tahun ke atas berminat kepada BN berbanding 3.1 juta kepada Pakatan, menurut kajian yang dilakukan Julai lalu.

Kajian itu menunjukkan, 51.6% atau 3.3 juta pengguna FB berumur 21 tahun adalah peminat ekslusif kepada BN berbanding 9.4% atau 600,000 yang dikenalpasti sebagai peminat ekslusif Pakatan manakala 39.1% atau 2.5 juta meminati kedua-duanya.
Pecahan mengikut parti pula, UMNO mendahului dengan apabila menarik minat 4.4 juta pengguna (68.8%), PKR 1.8 juta (28.1%), DAP 1.3 juta (20.3%), PAS 950,000 (14.8%), MCA 740,000 (11.6%), Gerakan 150,000 (2.34%) dan MIC 81,000 (1.3%).
Kajian mendapati, populariti Pakatan sepanjang dua bulan lalu telah menurun lebih 7% manakala populariti BN pula meningkat lebih 5%.


Komen GPB 

Menjelang PRU14 , game of perception antara field yang perlu dikuasai parti politik untuk menang 

 Nampaknya populariti BN dan UMNO sejak akhir-akhir ini di media sosial jelas berita yang menakutkan pembangkang terutama DAP . Seperti kata Rafizi, kerja kita adalah hasut rakyat benci kerajaan nampaknya kini telah ditolak pengundi muda .

Feel good factor rakyat kepada rakyat dalam 2 bulan lalu jelas memberi isyarat positif dan pastinya pasca Bajet 2018 pasti meningkat lagi populariti BN,UMNO berbanding PH .

Nampaknya indicator bahawa populariti akan jadi milik Pakatan pada PRU13 diteruskan PRU14 mungkin tidak boleh digunapakai lagi .







Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.