..

..

TRAGEDI TANAH RUNTUH : GUAN ENG DISARAN LETAK JAWATAN

on Tuesday, October 24, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng disaran untuk meletakkan jawatan susulan insiden tanah runtuh yang berlaku di tapak pembinaan di Tanjung Bungah pada Sabtu.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, Guan Eng juga wajar dipersalahkan dalam insiden yang meragut berbelas-belas nyawa itu.

"Pembangunan di kawasan tanah tinggi dan bukit perlu dikaji semula. Perlu undang-undang yang lebih ketat. Guan Eng wajib disalahkan.

"Kerajaan Persekutuan dan Negeri perlu bekerjasama dan pantau projek di lereng bukit dan tanah tinggi. Guan Eng patut letak jawatan," katanya dalam catatan terbaharu di laman Twitternya hari ini.

Kerajaan Persekutuan dan Negeri perlu bekerjasama dan pantau projek di lereng bukit dan tanah tinggi. Insiden semlm LGE patut letak jawatan.
Pembangunan di kawasan tanah tinggi dan bukit perlu dikaji semula. Perlu undang2 yg lebih ketat. LGE wajib disalahkan dgn tanah runtuh smlm.

Guan Eng sebelum ini memberitahu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Negeri bagi menyiasat kejadian tanah runtuh yang berlaku di tapak pembinaan di Tanjung Bungah yang telah menyebabkan 14 mangsa tertimbus.

Dia juga akan bertemu dengan Gabenor Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas mendapatkan persetujuan berhubung penubuhan suruhanjaya siasatan tersebut termasuk berjanji akan mencari punca kejadian. 

Terdahulu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Muhamad Farid Saad berkata, isu pembangunan kawasan lereng bukit di negeri itu akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bulan depan bagi menggesa kerajaan negeri pimpinan DAP menghentikan segera projek-projek pembangunan di lereng bukit.

Tegasnya, projek-projek pembangunan berkenaan perlu dihentikan bagi membolehkan kajian terperinci dijalankan terlebih dahulu untuk memastikan ia selamat daripada kejadian tanah runtuh.

Kenyataan Muhamad Farid turut disokong Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong yang memberitahu Pulau Pinang sewajarnya mendengar saranan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu, yang sekian lama mendesak supaya kerajaan negeri pimpinan DAP itu menghentikan pembangunan di daerah itu.


Jelasnya,sebagai Adun DAP, Teh pasti sangat mengetahui dan memahami bahaya yang diundang, sehingga beliau begitu keras mengkritik projek pembangunan itu. - astro awani


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.