..

..

PENGUSAHA STESEN MINYAK PUJI KERAJAAN PERKENALKAN HARGA MINYAK MINGGUAN

on Saturday, October 7, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Harga Minyak Secara Mingguan Bukti Kerajaan Telus

1. Mekanisme penetapan harga minyak secara mingguan sebenarnya memberi keuntungan kepada pengguna, malah kaedah terbaik dan telus diperkenalkan oleh kerajaan. 

2. Pengguna seharusnya berterima kasih kepada kerajaan kerana mekanisme harga minyak secara mingguan ini lebih banyak memberi keuntungan kepada pengguna.  Harga minyak di pam lebih stabil dan mengikut harga sebenar pasaran. 

3. Sebelum ini penetapan harga dibuat secara bulanan, harga yang pengusaha stesen minyak jual di pam adalah harga purata bulan sebelumnya. Kemudian kerajaan mengubah mekanisme bulan ke minggu. Maksudnya harga minyak yang dijual di pam hari ini adalah harga purata minyak minggu sebelumnya.

4. Ini seterusnya akan menyebabkan harga di pam lebih stabil, tidak ada kenaikan melampau. Sejak mekanisme ini ditetapkan kenaikan purata paling tinggi hanyalah lingkungan bawah 10 sen sahaja.

5. Kerajaan juga sangat telus dengan pengguna kerana secara telus menunjukkan formula kiraan harga minyak di pam iaitu berdasarkan harga APM (Automated Price Mechanism). Pengguna tidak boleh cakap kerajaan tipu kerana ia jelas boleh dibuat kiraan sendiri.

6. Pengguna juga patut terima hakikat bahawa subsidi minyak ditarik semula, kemudian barulah pengguna faham dan dapat terima mekanisme yang ditetapkan kerajaan ini. Subsidi minyak ditarik kerana sebelum ini semua orang dapat subsidi minyak tidak kira kaya atau miskin.

7. Pengguna perlu sedar, kerajaan tiada kuasa menurunkan harga minyak dunia, ia di luar kawalan kerajaan. Turun naik harga minyak dalam negara adalah bergantung kepada harga minyak mentah dunia dan juga kadar tukaran mata wang.

Dipetik daripada soal jawab Sinar Harian bersama Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Rofaie Md Hamdan.


One Response

  1. Anonymous says:

    Harga minyak dunia dlm lingkungan usd50 per tong.

    Sepatut harga minyak dlm rm1.50 sahaja. Cuba cek masa minyak dlm harga ni 20 tahun lepas.

    Telus ke apa?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.