..

..

MAHATHIR BUKAN SAHAJA HINA NAJIB TAPI KETURUNAN BUGIS

on Tuesday, October 17, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Penghinaan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri dan keturunan Bugis semasa ucapannya di Himpunan Kleptokrasi lepas jelas tidak mencerminkan sikap seorang negarawan di negara ini  .

Ia bukan sahaja menghina Perdana Menteri dan keluarganya , malah keturunan Bugis yang berada di Malaysia .


Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis, entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia, pergi balik lah ke Bugis," katanya.


Kata-kata Tun Mahathir ini tidak mencerminkan adab seorang negarawan dan mengundang kritikan dari pemimpin Pas yang mendakwa kenyataan Tun Mahathir ini biadab, berbaur hasutan dan wajar dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan.










Ekoran daripada ucapan itu juga, Persatuan Melayu Bugis mendesak Tun Mahathir memohon maaf dan menarik balik kenyataan . 




KENYATAAN BALAS
PENASIHAT PERSATUAN MELAYU BUGIS SELANGOR DAERAH SEPANG,
Y.D.M TENGKU DATO’ PROF. DR. JAMALUDDIN BIN TENGKU MAHMUD SHAH AL-HAJ,
BERHUBUNG DI MANA PERDANA MENTERI ADALAH SEORANG PEROMPAK,
IALAH MUNGKIN KERANA DIA BERASAL DARI LANUN BUGIS,
ENTAH MACAM MANA DIA SESAT SAMPAI KE MALAYSIA,

Kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad yang merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke 4 dalam ucapannya pada 14 Oktober 2017 di lihat bersifat serangan peribadi dan merendahkan ilmu pengetahuannya yang membawa kepada keruntuhan sifat-sifat sebagai seorang pemimpin yang berwibawa di Himpunan Anti-Kleptokrasi;
“ DI MANA PERDANA MENTERI ADALAH SEORANG PEROMPAK,
IALAH MUNGKIN KERANA DIA BERASAL DARI LANUN BUGIS,
ENTAH MACAM MANA DIA SESAT SAMPAI KE MALAYSIA,
PERGI BALIKLAH KE BUGIS,
KAMI TAK NAK KAMU,
KERANA KAMU ADALAH PENYANGAK DAN PENCURI ”.

Tun Mahathir Mohamad apabila menyebut “DI MANA PERDANA MENTERI ADALAH SEORANG PEROMPAK”, itu adalah haknya dan boleh dianggap sebagai serangan peribadi ataupun mengkritik kepimpinan di bawah pentadbiran Dato’ Sri Najib Tun Razak, pada pandangan saya, namun bila sebutan “IALAH MUNGKIN KERANA DIA BERASAL DARI LANUN BUGIS, ENTAH MACAM MANA DIA SESAT SAMPAI KE MALAYSIA, PERGI BALIKLAH KE BUGIS, KAMI TAK NAK KAMU, KERANA KAMU ADALAH PENYANGAK DAN PENCURI” adalah satu penghinaan kepada bangsa Bugis itu sendiri. Secara tidak langsung memperlihatkan Tun Mahathir Mohamad telah menjatuhkan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin yang unggul dan tokoh negarawan. Penghinaan ini tidak boleh diterima sama sekali dan tidak boleh sama sekali mengaitkan kepimpinan itu atas faktor keturunan.

Saya percaya Tun Mahathir Mohamad itu sendiri sedar, kalau tidak kerna kehadiran dan penglibatan Opu Bugis Lima Bersaudara yang Gagah Perkasa iaitu; Daeng Parani, Daeng Marewah, Daeng Chelak, Daeng Menambung dan Daeng Kemasi dalam kancah politik Melayu di Johor, Linggi (Negeri Sembilan), Selangor, Perak, Kedah (Semenanjung Tanah Melayu), Matan, Sambas Dan Mempawah (Kalimantan Barat) sekitar 1721 takkan wujub sebuah Empayar Kerajaan Melayu Johor-Riau-Lingga.
Contoh yang boleh dilihat mengenai sejarah bangsa Bugis iaitu Raja Lumu (Sultan Sallehuddin – Sultan Selangor pertama) putera kepada Yang di-Pertuan Muda Johor-Riau-Lingga (II) Paduka Sri Raja Chelak Ibni Upu Tenderi Burong Daing Rilaga yang merupakan dari benih Bangsawan Bugis yang telah berupaya membentuk sebuah Kesultanan Selangor yang Berdaulat, demikian jua Yang di-Pertuan Muda Johor-Riau-Lingga IV - Raja Haji Ibni Paduka Sri Raja Chelak yang terkorban dan gugur sebagai syuhada syahid Fi Sabilillah kerana melawan penjajah Belanda di Melaka. Almarhum-almarhum tersebut sanggup berkorban apa saja, termasuk harta dan nyawa, demi berjuang mengusir penjajah Portugis mahupun Belanda. Raja Haji diperakui ketokohannya apakala dianugerahi gelaran Pahlawan Nasional Indonesia oleh Presiden Republik Indonesia di Jakarta pada 11 Ogos 1997.
Sebagai mana yang diketahui umum, Dato’ Sri Najib Tun Razak merupakan penyandang gelaran Orang Kaya Indera Syahbandar Pahang iaitu gelaran di antara satu daripada Orang Besar Berempat negeri Pahang, jawatan yang disandang secara turun temurun.
Orang Kaya Indera Syahbandar XI - Dato Seri Najib Bin Orang Kaya Indera Syahbandar X - Tun Hj Abdul Razak Bin Orang Kaya Indera Syahbandar IX - Dato Hussain Bin Muhammad Taib Bin Dato Haji Andak (Tuan Hakim)Bin Orang Kaya Indera Syahbandar VI - Hussain Bin Orang Kaya Indera Syahbandar V – Jahidin @ Chalidin Bin Orang Kaya Indera Syahbandar III - Bediman Bin Orang Kaya Indera Syahbandar I - Tondek. Keturunan ini jua ada kaitan dengan raja-raja bugis di Gowa dan Luwuk Sulawesi iaitu dari perkahwinan antara Orang Kaya Indera Syahbandar V - Jahidin @ Chalidin dengan Che Embong Binti Orang Kaya Indera Syahbandar II - Jenal, ibu kepada Che Embong ialah Che Mas Binti Tok Pondoh Bin Tok Pongkeng Bin Tok Tuan Karaeng Aji yang datang ke Pahang pada tahun 1722.

Salasilah Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak
Saya ingin menjelaskan kepada Tun Mahathir Mohamad bahawa dalam masyarakat bangsa Bugis. Belayar, mengembara, berdagang dan merantau merupakan tradisi utuh dalam kehidupan mereka. Sebagai suku bangsa yang terkenal dalam aktiviti pelayaran, pelaut Bugis telah mengembangkan suatu kebudayaan maritim sejak beberapa abad yang lalu. Selain itu, mereka juga cukup terkenal sebagai pahlawan yang berani sehinggakan digelar sebagai ‘Lanun’ yang digeruni oleh Belanda dan Inggeris. Bagaimanapun, persepsi segelintir masyarakat yang melabelkan orang Bugis sebagai lanun tercetus hasil daripada teknik propaganda Belanda dan Inggeris sedangkan ia tidak benar. Orang Belanda cukup anti dengan bangsa Bugis, sehingga menggelarkan bangsa Bugis sebagai lanun kerana mereka banyak terlibat dalam penentangan dengan penjajah dan merampas kembali hak, khazanah dan hasil negara yang hendak dibawa ke negara mereka. Namun kita sebagai bangsa Melayu perlu mengetahui mengapa dan sebab apa pihak menjajah melakukan propaganda tersebut!.
Maka, saya dengan tegasnya menyarakan Tun Mahathir Mohamad menarik balik kenyataan yang dibuat dan memperakui kesilapannya berhubung masyarakat bangsa Bugis dan kepada Ahli-Ahli Politik diluar sana sukacita saya memperingatkan kembali agar tidak sesekali membuat kenyataan yang melibatkan hal ehwal keturunan seandainya tidak mengetahui sejarah pembentukan Negeri-Negeri Melayu di gugusan Tanah Melayu. Saya jua sebelum ini pernah menegur dan meminta Affifuddin menarik balik kenyataan yang dibuat dan memohon maaf kepada seluruh masyarakat Bugis di atas keceluparan mulut dan keterlanjuran kata-katanya di dalam forum Mencari Pemimpin Baru Malaysia di Dewan Sivik MBPJ pada 23 Mei 2015 yang lalu.

Taat setia saya hanya pada Raja, Yang di-Pertuan Negeri dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Ketua Utama Negara.
Kenyataan saya menjurus kepada Bangsa Bugis dan bukan kepada Politik.
Sekian,
Y.D.M Tengku Dato’ Prof. Dr. Jamaluddin Bin Tengku Mahmud Shah Al-Haj,
Penasihat Persatuan Melayu Bugis Selangor Daerah Sepang,
16 Okctober 2017



3 Responses

  1. Anonymous says:

    Jahatnyer mulut madey...
    Mulut longkang
    Kau akan disumpah dihujung2 usia
    Takut kau akan jadi muflis di akhirat nnt..
    Bertaubatlah....

  2. Anonymous says:

    Tua tpi bodoh

  3. Anonymous says:

    celakak lah kamuk madey sianak keling simamak tongkang. asal kamuk keturunan hinduk india dari kerala kamuk madey datang di tanah melayu kamuk madey mukak kadak maluk menumpang. sakian lamak kamuk menumpang kini kamuk mulak naik tocang kpd sultan2 raja2 ketuanan melayu kamu hina tentang.

    celakak3... mampos3... lah kamu madey. ketuanan melayu kadak mahuk kamuk lagik situhak nyanyok bodoh bangang. saka hinduk kamuk maseh menumpang ituk pasal kamuk kadak mampos2 umor panjang. kalo kamuk madey maseh hidup lamak lagi asal kamuk dari kerala hincitlah beramboslah keluar kekerala asalmu dihantar pulang..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.