..

..

KIT SIANG DIPILIH SEBAGAI PM BUKTI PH DIKUASAI DAP

on Friday, October 13, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Tindakan beberapa pemimpin PH seperti Ramasamy & Zaid Ibrahim menyatakan Kit SIang paling layak jadi PM   membuktikan DAP yang dominan dalam PH . 

Dakwaan ini bahawa cita citanya mahu jadi PM bukan angan angan kosong mat jenin seperti dinafikannya .  

Selepa berdolak dalih dalam menamakan siapa Perdana Menteri PH ,  tak mustahil sebenarnya angan angan Kit Siang itu kerana DAP adalah Top Dog sekarang dalam PH.








KUALA LUMPUR : Tindakan Pakatan Harapan  yang mencadangkan seorang kuku besi dipilih sebagai Perdana Menteri mengkukuhkan bukti bahawa mereka ini dikawal dan dikuasai  oleh DAP.Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, tindakan ini membuktikan mereka perlu mengikut arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, dan apa menjadi persoalan sekarang adakah beliau layak menjadi Perdana Menteri.
“Seseorang yang tidak pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri, Exco Kerajaan Negeri, hanya mengetuai parti selama 51 tahun adakah itu melayakkan beliau menjadi Perdana Menteri.
“Jika kita lihat pelbagai barisan kepimpinan dalam pembangkang, mempunyai beberapa calon sesuai untuk dilantik, tetapi adakah mereka ini akan menang dalam pilihan raya nanti. Saya melihat Kit Siang lebih kepada kepentingan diri dan anaknya,” katanya.
Mohamed Razali berkata, parti yang dipimpin oleh Kit Siang juga berada dalam keadaan huru-hara, malah pemilihan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) turut diadakan semula.
Katanya, apa yang lebih menyedihkan orang yang telah lama berada dalam dunia politik negara ini masih tidak fasih berbahasa Malaysia.
“Pada pandangan saya beberapa pemimpin yang membuat kenyataan bahawa Kit Siang layak menjadi Perdana Menteri lebih kepada kepentingan politik mereka atau dikenali menjaga `periuk nasi’,” katanya.
Beberapa pemimpin pembangkang antaranya Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy mendakwa Kt Siang adalah calon yang paling layak bagi jawatan tersebut.
Beliau mendakwa Kit Siang `orang paling rendah diri’ berbanding dengan pemimpin DAP lain. Malah kenyataan itu disokong oleh Datuk Mohd Zahid Ibrahim yang juga bekas pemimpin Umno.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.