..

..

KE MANA PERGI LAPORAN TERMAHAL KAJIAN TEROWONG RM300 JUTA KERAJAAN DAP ??

on Wednesday, October 11, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Tahniah kerajaan DAP yang kononnya competent dan telus ni..

Sudah 18 bulan Kerajaan DAP Pulau Pinang masih belum menyerahkan laporan kajian kebolehlaksanaan jambatan ketiga atau projek terowong dasar laut di negeri itu sebagaimana dijanjikan kepada Kementerian Kerja Raya 


Lamanya Lim Guan Eng Buat Kajian Terowong, Duit RM300 Juta Pergi Ke Mana?



Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sebelum ini berjanji menyerahkan laporan kajian itu selepas menulis surat kepada beliau untuk menggantikan projek terowong kepada jambatan, April tahun lalu.

Beliau berkata, KKR tidak boleh meluluskan projek itu berdasarkan surat dua muka surat dan meminta kerajaan Pulau Pinang mengemukakan kajian terperinci kebolehlaksanaan mengenai projek tiga jalan dan terowong yang membabitkan kos RM305 juta.

Katanya, pada masa itu, pihaknya ingin mengetahui bentuk laporan projek yang menelan belanja RM305 juta kerana berdasarkan pengalaman kementerian, jumlah itu terlalu besar, malah Lembaga Jurutera Malaysia sebelum ini menyifatkan kos itu 400 peratus lebih tinggi.

"Sehingga kini, tiada laporan dikemukakan kepada saya. Selepas sedikit teragak-agak pada awalnya, Ketua Menteri Pulau Pinang kemudian memberi alasan bahawa kajian itu hanya 83 peratus siap dan berjanji ia akan disiapkan menjelang akhir tahun lalu dan akan menghantar laporan itu kepada kementerian sebaik selesai. Itu tidak berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadillah berkata, apabila isu sama dibangkitkan Mac lalu, Guan Eng mengatakan kajian itu baru 87 peratus siap dan berjanji untuk menghantarnya enam bulan kemudian.

"Sekali lagi, tarikh akhir sudah berlalu dan kami masih belum menerima sebarang laporan. Saya dapati penangguhan ini sangat luar biasa kerana projek itu sudah dianugerahkan pada April 2013.

"Tiada apa-apa projek pembinaan bermula, manakala laporan RM305 juta belum selesai sepenuhnya walaupun sekurang-kurangnya RM220 juta sudah dibayar oleh kerajaan Pulau Pinang," katanya.


Hairan dan pelik ...kertas kajian  apa pun tak nampak tapi sudah bayar ratusan juta duit rakyat P.Pinang !!

Cukup sangat meragukan sama sekali dan Menteri sendiri mengaku penangguhan ini sangat luar biasa . Semacam ada perkara  yang cuba disembunyikan disebalik projek mega ini .

Untuk rekod , pentadbiran Guan Eng sudah terpalit dengan isu rasuah pembelian banglo dan kini isu terowong pulak menjadi isu panas . 


Guan Eng kata LRT tidak boleh dibuat selagi Najib jadi PM. Ini dakwaan mengarut Guan Eng. Buat LRT yang hanya 14km dari Georgetown ke Bayan Baru telan belanja RM400 juta satu km. Semua sekali RM6 billion. Malah Berkali ganda mahal dari MRT yang 51km dan ada 31 stesen yang hanya berkos RM21 billion sahaja. Baik buat MRT dari LRT. 

Jadi , rakyat P.Pinang perlu tolak dan selamatkan negeri ini daripada dikuasai kleptrokasi DAP ini !!!



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.