..

..

BELUM PUN BERMULA, HIMPUNAN HAPUS KLEPTOKRASI SUDAH DIAKUI AKAN GAGAL

on Thursday, October 12, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Himpunan Rakyat ‘Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi’ di Padang Timur, Petaling Jaya, dari jam 4 petang hingga 12 malam pada hari Sabtu 14 Oktober ini adalah satu program besar yang dilaung-laungkan sebagai “acara raksasa” yang diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, sejak 24 Julai lagi. 

Malah ia, yang mulanya dijadual untuk dilangsungkan pada bulan September sebagai kemuncak kepada semua himpunan sama di seluruh negara bermula di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 6 Julai, telah diumumkan oleh Pengerusi Penaja Jawatankuasa Bertindak 1MDB, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sejak 28 Jun lagi.

 Bagaimapun, beberapa hari kebelakangan ini kita melihat sendiri betapa Pengarah Mobilasi Himpunan Rakyat ‘Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi’ ini, iaitu Mohamad Sabu, mahupun Pengarah Teknikalnya, iaitu Muhammad Faiz Fadzil, agak kalut memaklumkan kepada media mengenai kelesuan sambutan terhadapnya. 

Turut dimaklumkan adalah sebab mengapa kelesuan ini berlaku, walaupun sasaran kehadiran peserta masih ditetapkan pada 100,000 orang, antara lainnya adalah kerana kononnya “sesetengah pemimpin Pakatan Harapan terlupa untuk menguar-uarkan himpunan itu pada majlis masing-masing” atau kerana “faktor ekonomi”. 

Malam ini saya buat pertama kali berpeluang menonton secara live program “So Apa Cita Minggu Ni? S2 (Ep 8)” yang disiarkan oleh INVOKE Malaysia milik Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, membabitkan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh, dan Pengarah Strategi Angkatan Muda KeADILan, Akmal Nasir. 

Menariknya, melalui program ini, kedua-dua Hannah Yeoh dan Akmal Nasir juga bersikap defensif dan apologetik sehubungan dengan penganjuran Himpunan Rakyat ‘Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi’ ini, malah mereka tanpa ragu-ragu sudah sedia memberikan alasan mengapa himpunan ini tidak akan menjadi acara raksasa.

 Antara lainnya, kata Hannah Yeoh, kelesuan sambutan terhadap Himpunan Rakyat ‘Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi’ ini adalah kerana “sekarang kita belum lagi masuk season ataupun musim pilihan raya, belum lagi masuk, bila pilihan raya mula kita akan lihat sentimenlah, orang akan keluar” dan kerana “bila kita buat perhimpunan di padang ada ramai yang rasa tak ada challenge kat padang kerana bukan di atas jalan raya”.

Kata Akmal Nasir pula, ia berpunca daripada ketiadaan provokasi: “Sebab dulu kita ramai kalau daripada belah-belah UMNO ataupun belah pihak sana kita ramai badut-badut yang lain, tau, cuma sekarang kita tinggal (Datuk) Jamal, saya rasa dia tak cukup popular kot untuk mempopularkan event kita.


 Kalau kita lihat sebelum ni benda ni akan jadi meriah sebab selalunya kalau dari segi jenakanya bila kita cadang buat himpunan ataupun berkumpul beramai-ramai di himpunan sebegini pihak lagi satu tu akan keluar benda yang bukan-bukan, cuma kali ini saya tak tahu mungkin kepenatan tu memang berada di kedua-dua belah pihak.”

 Satu lagi punca kelesuan sambutan terhadap Himpunan Rakyat ‘Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi’ ini, mengikut kata Akmal Nasir juga, adalah kerana “sebenarnya mungkin rakyat Malaysia ni dah buat keputusan” dan “sebenarnya telah faham isu itu”. 

Kelakar juga pemimpin Pakatan Harapan ini rupanya, kerana belum pun ia bermula, Himpunan Rakyat ‘Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi’ ini sudah diakui akan gagal.

Dr Kamarul Yusof 



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.