..

..

APA NIAT GUAN ENG KAITKAN HALANG PESTA ARAK DENGAN TALIBAN ?

on Tuesday, October 17, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya mempersoal tindakan Lim Guan Eng menyamakan Malaysia dengan Taliban dalam isu pesta arak yang diadakan di Pulau Pinang.

Katanya kenyataan tersebut adalah cubaan Guan Eng dalam menimbulkan kebencian terhadap Islam.

Tambahnya lagi, Ketua Menteri Pulau Pinang itu perlu sedar larangan pesta arak secara terbuka bukan dibenci Islam sahaja, malah agama lain turut bersetuju dengan perlakuan seperti itu.

“Apakah menghalang pesta arak bermakna Malaysia seperti Taliban? Kenapa Guan Eng cuba bandingkan dan kaitkan dengan Taliban? apa maksud beliau? cuba mengugut atau menakutkan rakyat dan cuba menimbulkan kebencian kepada orang Islam di Malaysia atau samakan pemimpin negara yang menghalang pesta arak ini sebagai Taliban?

“Beliau perlu jelaskan kepada rakyat atau sememangnya beliau berniat untuk mencari pasal dengan orang Islam dan cuba mencari helah bagi mengalihkan fokus rakyat yang sedang melihat kepincangan dan krisis identiti serta konflik yang amat teruk melanda DAP dan PH.

“Terlalu kemaruk sangatkah jiwa Guan Eng untuk menzahirkan kepada dunia bahawa Malaysia negara sekular dan bukan sebuah negara Islam?” 

Acara Oktoberfest ke-45 yang dianjurkan Persatuan Jerman Malaysia di Pulau Pinang kelmarin berlangsung tanpa sebarang halangan.

Guan Eng dengan bongkak berkata hal itu menunjukkan Pulau Pinang “bukan negara Taliban”.

“Pelampau ini mungkin berjaya mengharamkan Oktoberfest di Selangor dan Kuala Lumpur, tetapi mereka tidak akan berjaya di Pulau Pinang.

“Pulau Pinang tidak berminat melarangnya, atau mengganggu kebebasan rakyat Malaysia. Kami bukan negara Taliban,” kata Guan Eng.

Mengimbas kembali prinsip Guan Eng yang sering menyebut Amar Ma’ruf Nahi Mungkar pada suatu ketika dahulu, kini ia langsung tidak bertepatan dengan apa yang dilaungkan sebelum ini.

Ia sekaligus menunjukkan yang Guan Eng tidak layak menjadi pemimpin kerana tidak menghormati budaya bangsa lain.

“Sewaktu Guan Eng di buai dengan jolokan Khalifah Umar Abdul Aziz (jolokan yang di anugerah oleh Mat Sabu), beliau acapkali melaungkan slogan amar makruf nahi mungkar sebagai prinsip dalam setiap ucapan beliau yang mendokong kerajaan CAT nya.. tapi semuanya itu terbukti sebagai cakap burung kakak tua sahaja.. sebut apa orang suruh tapi tak faham satu apa pun dan lakonan beliau semata-mata.

“Guan Eng tidak selayaknya jadi pemimpin di sebuah negeri berbilang bangsa dan agama kerana tidak dapat menjiwai kontrak sosial dan menyelami roh kehidupan di Malaysia yang hidup secara berbilang bangsa agama dan budaya.

“Umum mengetahui rakyat secara majoriti tidak bersetuju dan membantah jika arak diminum di jalanan secara pesta terbuka. Kenapa Guan Eng masih tidak faham mesej daripada majoriti rakyat?”, soal Shabudin lagi.

Acara yang sama sebelum ini diharamkan di Selangor apabila polis menegaskan risiko keselamatan, sementara parti pembangkang seperti PAS dan Pemuda PPBM membuat petisyen kepada kerajaan negeri untuk meneruskan larangan tersebut.

Bantahan keras kemudiannya dilakukan Pengerusi Gabungan-Gabungan NGO, Datuk Seri Jamal Md Yunos dengan memecahkan puluhan botol arak di hadapan pejabat kerajaan negeri di Shah Ala


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Gone end eng bodoh. Check your facts right. Jangan menunjukjan kebodohan yg melampau. Mulmin pwnang tolak vangkai ni next pru. Say no to dapigs haram

  2. Anonymous says:

    Bagitahu LGE, Taliban ni dah berperang dengan Amerika dgn bantuan NATO dan sekutu mereka seluruh dunia selama 16 tahun, suatu pasukan yg tak pernah kalah dlm mana2 peperangan...

  3. Anonymous says:

    Sengaja nak alihkan isu arak maka dituduh pihak trtentu sebagai taliban. Apek ni punya jahat strategi politik.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.