..

..

ALAHAI ! FAKTA SPIN AUTA TERBARU KERAJAAN DAP , JAS JADI KAMBING HITAM

on Tuesday, October 24, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Seperti dijangka ,  Guan Eng dan konco-konconya termasuk MBPP  akan cuba spin menggila fakta yang  ada untuk mengelirukan   dengan menyalahkan agensi kerajaan Pusat iaitu Jabatan Alam Sekitar P.Pinang pulak  . 



FAKTA: Jabatan Alam Sekitar MELULUSKAN projek berdekatan kawasan sekitar kuari di Tanjong Bunga termasuk Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR).

Projek rumah mampu milik pemaju swasta Tanjong Bunga berada pada jarak 715m daripada tapak letupan kuari. 

Projek ini mendapat kelulusan 18 jabatan teknikal di bawah Kerajaan Negeri dan Pusat termasuk Jabatan Mineral dan Geosains yang bertanggungjawab terhadap perkara berkaitan kuari, termasuk aspek keselamatan dan bencana.

Jabatan ini adalah di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Bantahan Jabatan Alam Sekitar terhadap projek tersebut telah dipertimbangkan semula pihak-pihak bertanggungjawab lain berdasarkan faktor-faktor kelulusan projek terdahulu, cth. Kolej TAR yang mempunyai jarak lebih dekat dengan tapak letupan kuari iaitu hanya 589m, NAMUN telah diluluskan oleh JAS.

Pembangkang TIDAK PERLU mempolitikkan tragedi ini. Suruhanjaya Siasatan Negeri akan menjalankan siasatan menyeluruh dan tindakan tegas akan diambil.  CM LIM GUAN ENG 







Hari ini Exco Kerajaan DAP dan Datuk Bandar MBPP mengaku bahawa projek perumahan mampu milik setinggi 50 tingkat di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, tidak mendapat sokongan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Tapi kata mereka projek itu diteruskan kerana mendapat persetujuan 20 agensi yang terbabit dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sehenti (OSC) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) termasuk JMG . 

Tunjukkan lah senarai  20 agensi mana yang menyokong itu ??  Tak kan hanya JMG sahaja . 

Cukup melucukan jawapan oleh  seorang Datuk Bandar PBT  dan Exco Kerajaan DAP   yang memetik  nama JMG sebagai agensi teknikal yang besar  kononnya telah  menyokong projek ini . 

Pergi lah tanya Jurutera Profesional tentang jawapan ini memang mereka ketawa .  Apa kaitan JMG dengan kesan  alam sekitar dan cerun lereng bukit ??  JMG adalah agensi yang mengawalselia aktiviti perlombongan dan hasil2 berkaitan .klik disini 



Apa motif Guan Eng mendedahkan di facebooknya seolah olah   mereka tidak menghiraukan   surat tidak sokong oleh    JAS disebabkan  sebelum ini agensi ini pernah  meluluskan projek  di sekitar kuari iaitu KTAR  kononnya lebih dekat dengan kuari .

Lihat gambar ini dulu..


Nampak tak betapa laju  otak penipu bagi membohongi rakyat untuk menutup silap mereka.

Lihatlah sendiri kawasan KTAR yang tiada pun cerun curam dan berhampiran lereng bukit berbanding kawasan tanah runtuh  ?



JAS menolak sokongan tentunya bersebab dan nampak akan bahaya akan menimpa jika projek di lereng bukit ini diteruskan . 


Alasan dan fakta seperti ini   dari kerajaan DAP jelas tidak masuk AKAL . 


Mungkin mereka fikir rakyat dan NGO yang membantah ini adalah BODOH !! 












Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.