..

..

ADAKAH RAKYAT MALAYSIA TERIMA KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI ??

on Thursday, October 12, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Sejak akhir-akhir ini nama de facto DAP ,  Kit Siang mula kedengaran bercita -cita menjadi Perdana Menteri.  Menariknya jika DAP diserang dan dikritik  , Dr Mahathir sangat sensitif berhubung isu itu dan  menjadi  orang pertama menafikan dakwaan tersebut dan mempertahankan Kit Siang,


Jika melihat kepada  kedudukan kerusi Parlimen , DAP yang menguasai dalam Pakatan Harapan dan sudah tentunya calon dari DAP yang akan menjadi Perdana Menteri . Mahathir yang dilantik Pengerusi Pakatan Harapan hanyalah boneka kepada DAP . 


Jadi , adakah rakyat Malaysia boleh menerima pemimpin yang dulu dianggap rasis dan chauvinis menjadi Perdana Menteri. 


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi secara sinis menegur Lim Kit Siang yang kononnya berang dan tertekan dengan dakwaan pihak tertentu kononnya Penasihat DAP itu bercita-cita menjadi Perdana Menteri.

 Mohd. Puad Zarkashi Mohd. Puad pada masa sama turut menyindir Kit Siang serta DAP kerana tindak-tanduk mereka yang tidak mencerminkan slogan ‘Ubah’ sebagaimana dilaungkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

 Berikut merupakan kenya­taan penuh Mohd. Puad:

 1. Kit Siang amat marah pada media. Beliau tertekan apabila didakwa bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri. Beliau mendakwa setelah 52 tahun berpolitik beliau tidak pernah membuat kenyataan terbuka untuk merebut jawatan Perdana Menteri. Bermimpi pun tidak. Apatah lagi umurnya sudah mencecah 70-an.

 2. Beliau gembira apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad membantunya membuat penafian. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Apa pun penafian dan siapa pun yang tolong menafikannya, tidak ada siapa yang akan percaya. Lim Kit Siang Lim Kit Siang

3. Samalah juga, apabila DAP mendakwa dia adalah parti yang demokratik kerana namanya pun Democratic Action Party. Apakah orang percaya DAP adalah parti yang demokratik? Sedang­kan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti berkenaan masih tidak diiktiraf oleh Jaba­tan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Parti itu sendiri dikuasai oleh dinasti Lim termasuk Kit Siang yang masih berkuasa hampir 52 tahun.

 4. Justeru rakyat bukan bodoh kerana rakyat melihat perbuatan bukannya kata-kata. Elok diulang kenyataan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bekas Naib Pengerusi Kebangsaan DAP. Me­nurutnya, kalau ingin tahu apakah benar DAP adalah parti paling demokratik maka lihatlah Korea Utara. Nama penuh negara itu ialah Democratic People’s Republic of Korea (DPRK). Tapi negara itu tidak ada pilihan raya. Sebab itu Kit Siang boleh bertahan lama kerana sistem pemilihan partinya amat tidak demokratik.

5. Kit Siang berterusan menggunakan slogan ‘Ubah’ yang telah digunakan semasa PRU-13. Apakah rakyat percaya lagi kepada slogan kosong itu? Lihat apa yang mereka lakukan di Pulau Pinang setelah masuk penggal kedua mentadbirnya. Ketua Menteri sendiri didakwa kerana rasuah. Amalan kroni berlaku dalam perlaksanaan projek mega. Exco kanan juga didakwa kerana isu kilang haram. Wakil Rakyat yang kuat mengkritik seperti Dr. Norlela Ariffin dipinggirkan. Aspek alam sekitar diketepikan dalam projek menambak laut. Rumah mampu milik berharga mahal dan lain-lain.

 6. Justeru, peribahasa ‘We cannot judge a book by its cover’ sesuai digunakan untuk menyindir penafian Kit Siang itu. Dia boleh menafikan, tetapi sudah tentu dia ada banyak muslihat termasuk memulakannya dengan melantik ‘Perdana Menteri Puppet’ hakikatnya dialah Perdana Menteri.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Kit Siang as a PM? HaHaHa.. lawak!

  2. Anonymous says:

    It is just like Myanmar. Sukei is the "real" leader of the "Sètanic" Mynmar.....though she is bared by the constitution..
    .

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.