..

..

SAMBUTAN NAJIB DI AS BUKTI IMEJ TAK BURUK DITUDUH PAKATAN

on Wednesday, September 13, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




LAWATAN DATUK SERI NAJIB KE AMERIKA SYARIKAT
– CHECK MATE BUAT PEMBANGKANG

Sehari dua ini, media Singapura menyiarkan laporan yang amat positif terhadap Datuk Seri Mohd Najib Razak. Tanpa berselindung, media Singapura juga menyatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia itu telah mendahului Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump!

Media Singapura juga menyajikan betapa Najib telah diberikan layanan kelas pertama daripada Presiden Trump sewaktu ketibaan beliau di bumi AS. Kawalan khas pengawal peribadi Trump yang diberikan kepada Najib jelas menunjukkan betapa melesetnya tanggapan Tun Dr. Mahathir Mohamad serta kepimpinan Pakatan Harapan bahawa imej Najib begitu buruk di mata dunia!




Kepada mereka yang memahami ilmu bahasa gerak badan (body language), ternyata sambutan dan layanan Trump terhadap Najib menunjukkan betapa mesra dan yakinnya seorang pemimpin dunia terhadap Najib. Perlakuan Trump amat jelas menunjukkan kemesraan di antara mereka berdua bukan dibuat-buat, malah ikhlas dan penuh keyakinan.

Laporan media Singapura juga menyiarkan ucapan Trump tentang peranan besar Najib dan kerajaan Malaysia dalam mengekang dan melawan keganasan di Asia Tenggara.

Di samping itu, media AS juga memainkan peranan dalam menyiarkan dengan profesional betapa Malaysia adalah sebuah negara yang boleh diyakini untuk pelaburan di masa hadapan dan yang paling jelas, Malaysia bukanlah sebuah negara yang gagal mahupun bankrap seperti yang dicanang oleh Mahathir, Lim serta pemimpin pakatan pembangkang!



Sayugia diingatkan, bahawa kejayaan kepimpinan Najib membawa pelaburan secara besar-besaran dari Arab Saudi, China, India dan Perancis menunjukkan betapa kemahiran politik diplomasi Najib adalah sesuatu yang negara dan rakyat patut berbangga.

Sejak merdeka, hanya di zaman Najib, Presiden AS telah datang ke Malayisa sebanyak dua kali dan inilah kali pertama di dalam sejarah tanah air kita, seorang Perdana Menteri dari sebuah negara yang kerdil telah dijemput secara peribadi oleh Presiden AS!

Kepada mereka yang memahami ilmu sains politik, ini jelas menunjukkan gaya kepimpinan Najib dihormati dan diperakui oleh negara besar dunia.

Media Singapura juga melaporkan mengenai kemampanan ekonomi Malaysia. Malaysia berminat dalam tempoh lima tahun dari sekarang, membeli beberapa buah kapal terbang Boeing! Persoalan saya? Apakah ini tanda-tanda bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang gagal dan hendak bankrap?

Hanya mereka yang sakit otak, bersifat dengki, iri hati dan buta hati sahaja yang tidak mahu dan menerima hakikat bahawa kepimpinan Najib adalah terbilang dan terbaik.

Jika di zaman Mahathir, sewaktu dunia mengalami krisis dan kelembapan ekonomi, penguncupan ekonomi Malaysia amat jelas dengan bilangan pelaburan menurun dan pasaran saham merudum ke paras di bawah 500 mata, tetapi ianya amat berbeza di zaman Najib. Ekonomi Malaysia semakin berkembang dan pelaburan semakin mencurah! Perdagangan Malaysia sehingga Julai tahun ini sahaja telah mencecah RM1 trillion!

Apa yang jelas sekarang, isu DOJ dan 1MDB sebenarnya adalah cerita rekaan jahat oleh Mahathir dan puak-puak pembangkang terhadap Najib dan kerajaan Malaysia! Kepada Lim yang menggelar Trump sebagai seorang yang dunggu, apakah jika Perdana Menteri Singapura yang juga menjadi tetamu Trump pada bulan hadapan seorang yang dunggu? Hanya orang dungu seperti Lim yang akan bersama dan berjumpa dengan orang yang dunggu.

Umumnya akan mengetahui bahawa bukan semudah itu seseorang pemimpin dunia dapat bertemu dengan Presiden AS. Kejayaan Najib dijemput oleh Trump sebagai Presiden AS adalah suatu kebanggaan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia sebenarnya.

Dalam hal ini, teringat akan saya sewaktu membaca buku Bukan Kerana Pangkat: Memior Tun Dr Ismail, mengenai betapa susahnya kerajaan Malaysia suatu ketika dahulu hendak menemui dan menyakini pemerintah AS, memohon bantuan serta mencari pelaburan untuk Malaysia dari AS! Apa yang saya faham adalah jika sesebuah kerajaan berjaya mendapat sokongan dan bertemu dengan kepimpinan AS, maka dunia, khasnya negara kuasa besar akan mengiktiraf Malaysia. Pelabur akan yakin untuk melabur di Malaysia.

Buat Perdana Menteri Malaysia, kami amat berbangga dengan kejayaan Datuk Seri Najib. Tahniah! You made us very proud. Untuk Mahathir, Lim dan pemimpin parti pembangkang, eat your heart out!

Malaysia negara yang selamat dan tidak perlu diselamatkan.



Tuan Haji Azman Jaafar
Ketua Pemuda Umno,
Bahagian Pasir Gudang,
JOHOR


One Response

  1. Anonymous says:

    apapun kejayaan yg najib dpt pd hr ini dgn perancangan Allah jua.. cuba kalau clinton yg menang hr tu mayb lain pula episod nya.. walaupun madey n the gang dah tanam modal yg byk pd kempen clinton tp akhirnya perancangan jahat madey itu tdk dizinkan tuhan.. Malaysia bkn negara gagal yg gagal ialah Penang n Selangor je..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.