..

..

PERJUMPAAN NAJIB-TRUMP TANDA ISU 1MDB DIPOLITIKAN PEMBANGKANG BERKUBUR @NajIbRazak

on Thursday, September 14, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






1. Pembangkang meracau dan terkial kial mencari bahan untuk memfitnah perjumpaan bersejarah DS Najib-Donald Trump di White House. Daripada pemimpin atasan hinggalah ke raja pembohong seperti Rafizi mereka cuba mencerca perjumpaan tetsebut. Pembangkang tidak menduga Donald Trump akan menjemput DS Najib ke White House. Pembangkang tidak mahu pertemuan itu berlaku dan jika berkesempatan sudah tentu mereka mahu mensabotaj supaya pertemuan itu gagal berlangsung.

2. Apa yang mereka mahukan ialah Najib ditangkap dan didakwa di Amerika kerana 1MDB. Itulah cerita yang mereka spin selama ini. Sekarang pembangkang bimbang pertemuan di Whita House itu akan menyebabkan isu 1MDB semakin tidak relevan. Mereka juga bimbang saman sivil DOJ 2.0 akan senasib dengan saman sivil DOJ 1.0 yang hilang entah ke mana. DS Najib dalam ucapan di majlis Makan Malam bersama ahli perniagaan Amerika menjelaskan isu telah 1MDB dipolitikkan sedangkan proses rasionalisasi telah menampakkan banyak keberhasilannya.

3. Sebaliknya cerita yang pembangkang spin ialah pertemuan itu tidak rasmi, cuma berlangsung selama 10 minit, isu Rohingya tidak dibangkitkan dan lain lain yang dianggap remeh temeh.

4. Pembangkang resah kerana rakyat memberikan komen positif melalui media sosial apabila menonton video pertemuan DS Najib-Trump yang diviralkan. Mereka bangga melihat betapa tingginya level of leadership dan integrity DS Najib ketika memberikan ucapan balas kepada Donald Trump.

5. Ini mengingatkan saya pengalaman semasa menjadi Timbalan Menteri Pendidikan dulu. Saya bersama tiga lagi (Menteri Luar, Timbalan Menteri MITI dan Duta Malaysia) dibawa oleh DS Najib bertemu Sarkozy Presiden French di Istana rasminya. Sarkozy menyatakan rasa tidak senangnya beliau terhadap hubungan rapat Malaysia-Iran. Najib mempertahankan hubungan itu dan menyatakan loji nuklear Iran bertujuan untuk pengeluaran tenaga dan tidak ada bukti untuk membina senjata "mass destruction". Najib juga menjelaskan dasar Islam Malaysia ialah wasatiyyah dan menentang keganasan. Tetapi di masa sama Najib juga menyatakan kekecewaan beliau terhadap kuasa Barat kerana berat sebelah dan membiarkan Israel terus melakukan keganasan di bumi Palestin. Apa pun dengan skill kepimpinan Najib yang luar biasa Sarkozy bersetuju dengan permintaan Malaysia supaya AirAsia dibenarkan beroperasi di Airport Paris bukannya di satu lagi aiport di luar kota Paris.

6. Pertemuan Najib-Trump adalah pertemuan rasmi yang bersejarah kerana pertama kali ketiga tiga pemimpin  utama Amerika iaitu Presiden, Naib Presiden dan State Secretary hadir di pertemuan itu. Ia satu penghormatan kepada Malaysia. Pertemuan itu atas jemputan Donald Trump bukan menggunakan pelobi sebagaimana kebiasaan. Bahkan Pembangkang sendiri sanggup menggunakan pelobi agar DOJ membawa saman sivil terhadap Jho Lo dan Riza Aziz ke Mahkamah Amerika. Dengan layanan VVIP,  DS Najib menjadikan Malaysia negara berperanan tinggi dan bermaruah .

Ayuh Bangkit Bersama.

Datuk Puad Zakarshi
Ahli Majlis Tertinggi Umno


One Response

  1. Anonymous says:

    hahaha..begitu mudahnya, mcm cucui punggung.
    rakyat tak lupa bro...
    jom ubah selepas pru14

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.