..

..

PEMBANGKANG SERANG PELABURAN NEGARA , BUKTI MASIH AMAL POLITIK KEBENCIAN @khairykj

on Thursday, September 14, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Kenyataan media yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali bahawa Malaysia seharusnya tidak "menghantar" wang rakyat ke luar negara sebagai respons kepada komitmen dua hala Perdana Menteri dan Presiden Amerika Syarikat menunjukkan pemahaman beliau yang cetek mengenai aliran pelaburan negara kita.

Sebagai negara yang mengamalkan konsep ekonomi terbuka, Malaysia menerima dan juga membuat pelaburan dengan negara-negara luar. Pada tahun lepas sahaja, kita telah menerima pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM47.2 bilion yang menunjukkan peningkatan sebanyak 20% daripada tahun 2015. Bagi separuh pertama tahun 2017, Malaysia telah mencatat aliran masuk bersih (FDI) bernilai RM25.3 bilion ke dalam pelbagai sektor terutamanya sektor perkhidmatan, pembuatan, dan perlombongan.

Malaysia juga melakukan pelaburan di luar negara setiap tahun dalam kedua-dua jenis pelaburan iaitu pelaburan langsung (direct investment) dan pelaburan portfolio. Kedudukan pelaburan antarabangsa kita berjumlah RM1.7 trilion pada suku kedua tahun 2017 yang menunjukkan bahawa syarikat Malaysia telah melabur, memilik dan mendapat pulangan hasil daripada aset bernilai RM1.7 trilion dalam bentuk aset di luar negara.

KWSP telah melabur hampir 7 bilion Dolar Amerika ke dalam pasaran ekuiti Amerika Syarikat. Dengan penambahan sebanyak 3 hingga 4 bilion Dolar Amerika yang dijanjikan, KWSP dijangka terus mendapat manfaat daripada pelaburan daripada pasaran Amerika Syarikat yang cemerlang . Kini sudah 20% daripada RM711 bilion aset di bawah pengurusan KWSP berada di luar negara yang menunjukkan kepelbagaian pelaburan mereka.

 Pelaburan kita di Amerika Syarikat, atau mana-mana negara berekonomi besar yang lain adalah untuk kebaikan rakyat dan negara Malaysia.

Kerajaan Barisan Nasional telah lama membuktikan bahawa kita mampu melangkaui politik murahan dan terus berkhidmat kepada rakyat Malaysia melalui kestabilan polisi ekonomi dan juga hubungan diplomatik yang utuh. Sudah tiba masanya pembangkang mengamalkan politik berteraskan idea dan intelek, bukan mengejar populariti dengan retorik dan kebencian.

KHAIRY JAMALUDDIN
KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA


One Response

  1. Anonymous says:

    cubalah tanya ngan azmin balik dr swiss hr tu berapa billion bwk balik.. ke perabih duit rakyat je makan angin sana sini.. silap hb siap singgah amterdam lg...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.