..

..

PAKATAN HARAPAN HIPOKRIT , LANCAR POLITIK TOKSIK TAPI BULI ADUN PENANTI @dzainalabidin

on Sunday, September 10, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Inilah level parti pembangkang di Malaysia . Sudah acapkali mereka hanya beretorik  walhal tindak tanduk mereka bertentangan sama sekali  .

Contoh  mudah ialah baru baru ini   Wanita Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP melancarkan kempen "Toksik Politik",  antara lain mengecam tindakan emansipasi wanita, spt membuli, seksis dan dakwaan terpilih.


Kita tidak tahu  kepada  siapa puak Wanita Pakatan Harapan ini  tujukan  tetapi sudah tentunya kempen politik bagi memburukkan UMNO dan BN .

Cuma yang kelakarnya  kempen dilancarkan ini sebenarnya mendedahkan pekung sendiri di mana berlaku kepada kepada pemimpin PH sendiri iaitu YB Dr Norlela. ADUN Penanti itu sedang dibuli, dipulau dan hentam oleh kerajaan DAP P.Pinang, rakan dalam parti dan NGO pro PH sendiri.

Sekarang ini YB Dr Norlela keseorangan menghadapi "toksik politik" akibat dari tindakan beliau membela rakyat yg mengundi dia dlm pilihanraya. Dan terbaru Speaker & ADUN Subang Jaya Paderi Hannah Yeoh pula meng"toksik"kan Norlela, dengan menganggap YB Penanti tu menangis seperti kanak-kanak yang mahu semua kemahuannya dituruti.

Apakah makna "toksik politik" itu hanya mencari salah Barisan Nasional sahaja, tetapi menjadi madu politik jika memejam mata menutup "toksik" dalam Pakatan Harapan?? 





PULAU PINANG 9 Sept. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin mengingatkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sela­ngor, Hannah Yeoh bahawa tindakan beliau membangkitkan isu rakyat bukan perkara remeh. 

Norlela berkata, semua pihak perlu memahami perjuangan beliau adalah menyua­rakan masalah rakyat dalam kawasan yang diwakilinya. Sehubungan itu, ujarnya, setiap perkara yang dibangkitkan termasuk isu kilang haram di Kampung Sungai Lembu yang memudaratkan kesihatan penduduk bukan bersifat emosional. 

 “Kenapa Hannah hendak menggunakan contoh saya menangis dalam sidang DUN untuk menunjukkan saya beremosi? Dia (Hannah) tidak tahu kebenaran serta cara menakut-nakutkan yang saya kena kerana dia tidak pernah tanya. 

 “Saya menangis sewaktu sidang DUN pada 2015 kerana usul supaya kerajaan negeri ambil tindakan yang lebih tegas terhadap kilang haram berkenaan yang menyebabkan seorang pemandu lori melecur dan meninggal dunia. 

Adakah itu dianggap remeh dan emosional?” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini. Norlela mengulas kenya­taan Hannah baru-baru ini yang menyebut “hanya kerana anda menangis tidak bermakna orang lain perlu beri apa yang anda mahukan”. 

 Hannah menerusi Facebook juga menafikan kerajaan DAP Pulau Pinang membuli Norlela. Mengulas lanjut, Norlela menjelaskan, aduan penduduk yang mendakwa mereka menghidap kanser kerana operasi kilang haram dan di­sahkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) juga bukan isu remeh.

 “Saya juga bantu nelayan memohon infrastruktur seperti air dan bekalan elektrik serta peruntukan menaik taraf bot bagi menggalakkan pelanco­ngan sungai, adakah itu perlu diremehkan?” soalnya. 

Mengenai sindiran Hannah, Norlela memberitahu, jika ADUN Subang Jaya itu mempersendakan beliau, ia membawa maksud wakil rakyat terbabit memandang ringan isu di Kampung Sungai Lembu. “Adakah isu kilang haram yang menyebabkan kematian dan aduan penduduk sehingga saya menangis dianggap perkara lucu dan kemudian saya dipersendakan sehingga dilabelkan sebagai beremosi?” soalnya lagi.


One Response

  1. Anonymous says:

    Politik nafsu yg dihiasi dgn kata2 utk membela rakyat konon.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.