..

..

DAP SEBENARNYA RISIKO HILANG P.PINANG

on Wednesday, September 6, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mungkin mengalami sindrom kehilangan ingatan apabila mendakwa PAS berisiko kehilangan Kelantan dalam Pilihanraya Umu (PRU) akan datang jika enggan menyertai Pakatan Pembangkang. 
Sedangkan realitinya ujar Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari, pihak yang mula-mula memutuskan hubungan sesama parti di dalam Pakatan Rakyat ialah DAP.
“Sudah lupakah Guan Eng bahawa DAP yang mula-mula mengisytiharkan putus dengan Presiden PAS pada tahun 2015? Di mana akhirnya membawa keretakan hubungan di dalam Pakatan Rakyat. Bagaimana pula hari ini PAS diminta berpakat sedangkan dahulunya Pakatan Rakyat berkubur kerana DAP tidak boleh menerima prinsip PAS?
“Hakikatnya, DAP yang lebih wajib memikirkan nasib mereka di Pulau Pinang dalam situasi mereka hanya mempunyai 19 kerusi sahaja. Jumlah itu tidak cukup untuk menjadi kerajaan tanpa kerjasama dengan parti lain,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ahmad Fadhli lagi, ia berbeza dengan PAS yang sudah mempunyai majoriti menguasai Kelantan pada hari ini walaupun secara tunggal.
DAP juga ujar beliau mempunyai risiko kehilangan kerusi apabila kalah di kerusi yang ditandingi jika berlaku pertembungan tiga penjuru. 
“Di kerusi DAP akan berlawan dengan MCA atau Gerakan sebagai contoh, pengundi Melayu Islam hampir pasti secara 'solid' akan memilih PAS sebagai alternatif mereka.
“Lim Guan Eng hanya mendakwa PAS bakal kalah, tetapi tidak pula menyebut Pakatan Harapan bakal menang. Tentu beliau sedar bahawa pihak yang untung nanti apabila berlaku pertembungan tiga penjuru di Kelantan ialah UMNO. 
“Ia sekali gus menunjukkan dengan jelas siapakah yang memberikan nyawa tambahan kepada UMNO-BN,” katanya.
Tegasnya lagi, rekod menunjukkan pentadbiran Menteri Besar Kelantan dan exconya tidak terlibat dengan sebarang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Tidak seperti Pulau Pinang di mana Ketua Menteri dan salah seorang exconya telah mempunyai 'pengalaman berharga' ditahan dan didakwa oleh SPRM di mahkamah. 
“Itulah satu-satunya 'kelebihan' DAP berbanding PAS di Kelantan,” ujarnya sinis.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.