..

..

BACA FAKTA INI , JANGAN BUTA EKONOMI KRITIK MALAYSIA LABUR DI US

on Thursday, September 14, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Semalam Najib Razak bertemu dengan President Donald J. Trump dekat The White House. Walaupun Rafizi Ramli kata lawatan tersebut bukan lawatan rasmi tapi PM diraikan di sana sepertimana pemimpin-pemimpin negara lain diraikan di White House.

Selepas perjumpaan tersebut PM mengumumkan bahawa Malaysia akan:

1. Membeli pesawat daripada Boeing dengan jumlah urusniaga bernilai US$10 billion dalam tempoh 5 tahun
2. KWSP akan melabur di dalam pasaran kewangan Amerika Syarikat iaitu saham dan bon dengan jumlah pelaburan di dalam lingkungan US$3 - US$4 billion

Biasalah apa sahaja kerajaan buat ada sahaja yang tak kena dengan sesetengah orang. Bila negara luar melabur di dalam Malaysia dikatakan jual kedaulatan negara, bila Malaysia melabur di luar negara dikatakan membazir duit yang sepatutnya dilaburkan dalam negara. Bila import barangan luar negara pun dikatakan membazir duit negara.

Faktanya adalah Amerika Syarikat adalah antara rakan dagangan utama Malaysia. Tahun lepas (2016) Malaysia mengimport barangan dari USA dengan nilai RM55.7 billion, untuk 7 bulan pertama tahun in sahaja nilai import dari Amerika Syarikat bernilai RM43.2 billion.

Lebih penting daripada itu Amerika Syarikat juga membeli barangan Malaysia dengan nilai eksport Malaysia ke Amerika Syarikat bernilai RM80.2 billion tahun lepas. Ini bermakna Amerika Syarikat membeli lebih banyak barangan dari Malaysia daripada Malaysia membeli barangan dari Amerika Syarikat. Dalam ekonomi ianya disebut sebagai Malaysia mempunyai lebihan dagangan (trade surplus) dengan Amerika Syarikat manakalah Amerika Syarikat mempunyai defisit dagangan (trade deficit) dengan Malaysia.

Jadi apa masalahnya Malaysia mengimport atau membeli kapal terbang dari Boeing syarikat Amerika Syarikat jika sebelum ini kita sudahpun mengimport beratus billion Ringgit barangan dari sana?

Berkenaan pelaburan KWSP yang diumumkan PM malam tadi. KWSP sudah pun melabur lebih US$7 billion di dalam pasaran saham Amerika Syarikat. Tambahan US$3 ke 4 billion ini sepatutnya dialu-alukan kerana KWSP boleh mempelbagaikan (diversify) aset pelaburan mereka untuk menjana pendapatan bagi simpanan wang pekerja di Malaysia.

KWSP memang sudah sedia melabur lebih RM200 billion atau 29% daripada pelaburan mereka ke dalam aset-aset di luar negara. 71% atau lebih RM500 billion dilaburkan di dalam aset domestik di dalam negara.

Tahun lepas pulangan pelaburan aset (ROI) dari luar negara adalah 9.7% lebih tinggi berbanding 6.2% bagi aset dalam negara. Ini bermakna keputusan KWSP mempelbagaikan aset pelaburan adalah tepat. Sama macam kita, mempelbagaikan sumber pendapatan dan juga pelaburan untuk mengurangkan risiko pelaburan.

Setakat suku ke-2 2017, Malaysia mempunyai kedudukan pelaburan portfolio dengan nilai aset RM333 billion di luar negara. Tambahan pelaburan RM12 - 16 billion bukanlah jumlah yang besar tetapi memberi potensi kepada KWSP untuk menjana pendapatan lebih tinggi untuk pencarum KWSP di masa hadapan.

Jangan jadi katak di bawah tempurung. Banyakkan membaca bahan ilmiah, data dan statistik. Setakat baca apa yang ada dekat Facebook, Twitter takkan mengembangkan otak anda.

Kredit - #Syahir

Rujukan:
1. Malaysian prime minister to Trump: We’ll buy more U.S. stocks and planes - MarketWatch: http://www.marketwatch.com/story/malaysian-prime-minister-to-trump-well-buy-more-us-stocks-and-planes-2017-09-12
2. Top 10 Major Export Countries, 2016 - Matrade: http://www.matrade.gov.my/en/28-malaysian-exporters/trade-statistics/3449-top-10-major-export-countries-2016
3. Top 10 Major Import Countries, 2016 - Matrade: http://www.matrade.gov.my/en/28-malaysian-exporters/trade-statistics/3450-top-10-major-import-countries-2016
4. Laporan Tahunan KWSP 2016: http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/6184569/3._GIVING_VALUE_BACK.pdf


3 Responses

  1. Esa Adam says:

    Saya setuju 100% dengan tulisan anda. Sebenarnya ramai rakyat Malaysia ni menghadapi sakit konik tak boleh berfikir secara rasional. Ini gara2 tomahan tak henti-henti dari cyber trooper pembangkang. Terdapat ketakutan melampau dengan bayang-bayang.

  2. Anonymous says:

    Penjelasan yang berguna terima kasih tuan.

  3. betul tuan ..jangan percaya bulat2 cerita pembangkang

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.