..

..

3 AHLI PARLIMEN PKR BAKAL LARI PARLIMEN , RAKYAT SELANGOR SUDAH MUAK

on Wednesday, September 27, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kaji selidik oleh sebuah portal berita tempatan mendapati rakyat Selangor sudah tidak mahu Datuk Seri Azmin Ali, Rafizi Ramli dan Zuraida Kamarudin mewakili kawasan masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Kajian oleh Sinar Harian terhadap 550 respondan berkenaan mendapati seramai 300 responden mahu ketiga-tiga wakil rakyat dari PKR itu ditukar ke kawasan lain dengan tiada seorang pun bersikap berkecuali.
Azmin yang menyandang jawatan Menteri Besar kini mewakili kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa serta Parlimen Gombak, sementara Rafizi dan Zuraida masing-masing ahli parlimen Pandan dan Ampang.
Menurut laporan oleh media berkenaan, senario ini kedudukan ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan goyah.
Selain di parlimen Gombak, Ampang, dan Pandan, turut mengalami penurunan sokongan terhadap wakil Pakatan Harapan adalah di parlimen Kuala Langat dan Sepang.
Majoriti responden yang memberikan jawapan tidak lagi mahu wakil rakyat dari Pakatan Harapan dan mahu diteraju oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Pengamatan penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugam dari Universiti Sains Malaysia (USM) terhadap kaji selidik berkenaan mendapati bahawa kedudukan Azmin kini kritikal.
Justeru beliau menyarankan agar PKR melakukan kaji selidik sekiranya mahu Timbalan Presiden partinya itu kekal sebagai Menteri Besar Selangor pasca PRU14 kelak.
 “Saya rasa PKR sendiri ada lakukan kajian di samping beberapa pihak lain termasuk Sinar Harian. Dapatan kajian ini boleh jadi rujukan sama ada wujud persamaan untuk ambil langkah berikutnya.
“Jika personaliti politik seperti Mohamed Azmin, Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin dipersoalkan, maka langkah rasional perlu diambil parti agar tiada kesan PRU14 nanti,” katanya.
Tambahnya, selagi Azmin dapat mandat dalam parti, saya rasa kedudukan beliau terselamat kerana kegoyahan itu adalah kemelut dalaman.
- mD






Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.