..

..

PKR TERDESAK FITNAH PROGRAM PM @NajibRazak KE PERMATANG PAUH @dzainalabidin

on Wednesday, August 16, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pakatan Harapan dengan Fitnah berpisah Tiada. Kerana tertekan program Ceramah Perdana Pakatan Harapan di Kubang Semang tak ramai , hari ini mula mereka reka fitnah kepada program lawatan PM ke Pmtg Pauh . 

Mereka mula sebar fitnah kononnya Umno Bahagian buat surat pelepasan untuk cuti tanpa rekod kepada yang hadir program Makan Bersila bersama PM . 

Alahai Ketua Pemuda Pakatan Harapan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin , tak kan dia  pun nak sama level dengan macai di facebook..tak perlu nak dengki la sampai terdesak reka fitnah bodoh ini. 
Mana ada surat Umno boleh dapat cuti pelepasan . Nampak sangat pembangkang semakin terdesak hingga terpaksa reka fitnah ini.

PERMATANG PAUH, 16 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said menafikan sekeras-kerasnya surat yang menjadi tular kononnya beliau memberi pelepasan cuti tanpa rekod sempena dengan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, ke sini, esok.
“Sudah menjadi lumrah kepada mereka yang akan melemparkan fitnah untuk memburukkan pihak lain termasuklah melakukan serangan peribadi bagi menggagalkan agenda pemimpin Pusat,” katanya.
Beliau berkata demikian berikutan tularnya surat yang kononnya ditandatanganinya dengan arahan untuk memberi pelepasan cuti tanpa rekod sempena lawatan Perdana Menteri pada 17 Ogos.
“Ini adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab. Mungkin kerana pemimpin tertinggi kerajaan yang mengadakan lawatan ke sini maka ada pihak yang tidak bertanggungjawab dengan cuba memburukkan nama saya dan juga UMNO di sini,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Perdana Menteri, dijadualkan akan mengadakan lawatan di Padang Politeknik Seberang Perai dengan beberapa aktiviti lain bersama penduduk setempat pada tarikh terbabit.
“Ini juga adalah serangan peribadi yang mahu merosakkan kredibiliti saya sebagai ketua bahagian dan pemimpin tempatan dalam usaha menyambut kedatangan Perdana Menteri.
“Lagi pula, surat yang tular tersebut tidak valid dan tidak boleh diguna pakai dalam mana-mana sektor sama ada swasta atau pun kerajaan.”
Dalam hal ini beliau melihat bahawa ada pihak yang tidak senang dengan pelbagai usahanya dalam membawa perubahan kepada penduduk di Permatang Pauh khususnya menyambut kedatangan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO.
“Kita tahu Permatang Pauh ini adalah kubu kuat pembangkang tetapi apabila melihat gerak kerja yang telah diatur oleh UMNO dan pelbagai program yang mendapat sokongan kepimpinan pusat maka sudah tentulah mereka panas punggung.
“Apatah lagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sudah semakin hampir maka mereka mula bimbang melihat masyarakat di sini mengubah laluan kepada UMNO,” katanya lagi. – MediaUMNO


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.