..

..

MESEJ SEBENAR ZAHID, JANGAN PERALATKAN UMNO - SUA @Zahid_Hamidi

on Tuesday, August 1, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





SHAH ALAM - Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Ibrahim Yaya kesal apabila mesej utama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak disampaikan dengan baik malah ada pula yang mensensasikan kenyataannya berkaitan bekas Perdana Menteri itu.

Menurutnya, mesej yang hendak disampaikan Ahmad Zahid pada orang ramai ialah jangan peralatkan Umno demi kepentingan diri sendiri dan sedia pada parti.

"Zahid kata (Tun Dr) Mahathir guna Umno untuk kepentingan diri dan keluarga beliau dan setelah dapat digunakan, beliau keluar Umno dan jadi pembangkang, malah, beliau bersekongkol dengan DAP iaitu musuh ketatnya selama ini.

"Namun, belaiau tidak hairan sikap Mahathir sebegitu kerana PM yang memerintah Malaysia 22 tahun bukan asalnya orang Melayu tetapi keluarganya dari Kerala, India, itu saja.

"Tetapi apa yang terjadi ialah satu kejadian hiruk-pikuk dan keadaan tidak tentu arah dalam media sosial terutama penyokong kuat Mahathir atau mereka yang ingin mengambil kesempatan," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid mendakwa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun ketika berucap di majlis penutup mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya


Katanya, ini berikutan susur galur keturunan Mahathir berasal dari India.
Ibrahim berkata, sesetengah pihak menggunakan isu ini dan mengeluarkan dakwaan bahawa Ahmad Zahid menghina golongan mamak.

"Mereka silap kerana yang ditegur hanyalah hubungan kenyataan Mahathir terhadap Melayu serta sikapnya sekarang pada Umno.

"Apa yang Zahid cuba tonjolkan ialah ibarat 'habis madu sepah dibuang' yang ditonjolkan Mahathir bukanlah sifat orang Melayu dan sebab mengapa beliau berbuat demikian adalah kerana dia bukan Melayu sejati," katanya.

Sementara itu, katanya lagi, politik kebencian yang ditanamkan pembangkang  sejak tahun 2000 semakin subur dan mampu menghancurkan negara ini.

"Pembangkang menggunakan tagline menghentam BN untuk menarik rakyat membenci dan menolak BN, tidak hairan juga apabila mereka memperbesarkan sesuatu rasuah jika berkaitan dengan orang BN/Umno.
"Bagaimanapun, jika orang pembangkang yang didakwa di mahkamah, istilah yang  selalu digunakan ialah kezaliman atan menghalang proses pembongkaran penyelewengan, inilah yang dilakukan mereka untuk meraih simpati rakyat," tambahnya.


One Response

  1. BooDeer says:

    Cantikk....cover nampak, yg pi jumpa tun, minta sokong nak ganti pm, apa cerita... ini berita dari malaysiakini keer, picisan punya blog,

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.